Jumaat, 20 Jun 2025

RAFIZI TAK FAHAM KENAPA NAJIB BEBAS




Najib lepas: Saya tak faham dengan pendakwa raya - Rafizi


Rafizi Ramli mengkritik pihak pendakwaan dalam kes pengubahan wang haram melibatkan dana syarikat SRC International Sdn Bhd yang menyaksikan Najib Razak dilepas tanpa dibebaskan (DNAA).

“Saya menghormati hak Datuk Seri Najib untuk membuat permohonan DNAA kerana beliau telah menunggu lama sejak 2019.

“Saya juga menghormati keputusan Hakim K Muniandy yang membenarkan permohonan DNAA itu.

“Saya tidak faham kenapa pihak pendakwa raya mengambil masa yang begitu lama (sejak 2019) untuk menyiapkan dokumen seperti yang diperlukan untuk memulakan kes?” soalnya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberikan DNAA kepada Najib dalam tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC RM27 juta.

Muniandy berkata kes tergantung enam tahun tanpa sebarang keterangan saksi dikemukakan–dengan hanya sekali penangguhan–menunjukkan bahawa pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan.

“Pihak pendakwaan masih belum bersedia untuk mendakwa kes ini dalam masa terdekat kerana mereka belum memperoleh dan mengumpulkan dokumen-dokumen penting yang diperlukan sebagai bukti terhadap tertuduh. 

“Penantian terlalu lama untuk perbicaraan ini menjadi suatu beban berpanjangan bagi tertuduh dan menafikan haknya untuk mendapat penyelesaian sewajarnya dan tepat pada masanya,” katanya.

Dalam keyataan hari ini, Rafizi berkata, dari pengalamannya mengkaji dan mendedahkan skandal 1MDB dan SRC, dakwaan penyelewengan melibatkan SRCl mempunyai bukti aliran tunai lebih jelas.

“Kelemahan ini jelas perlu dijawab oleh pihak pendakwa raya,” gesa bekas menteri ekonomi dan bekas timbalan presiden PKR itu.

“Ramai rakyat Malaysia tidak mahu melihat kes ini berlalu begitu sahaja atas kegagalan pendakwa (yang mewakili kerajaan) menyiapkan dokumen bukti ke mahkamah, berhubung satu skandal (iaitu SRC) yang telah pun dijatuhkan hukuman bersalah.”

Failkan semula pertuduhan

Rafizi juga menyeru pihak pendakwaan mengesahkan bahawa jabatan Peguam Negara (AGC) akan memfailkan semula pertuduhan dengan secepat mungkin dan menyiapkan dokumen sewajarnya, agar kes ini dapat berjalan dengan segera.

“Sebagai anggota parlimen, saya akan mengikuti perkembangan kes ini dengan dekat agar ia tidak tercicir dari pandangan awam,” katanya.

Pada 3 Feb 2019, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.

Bekas anggota parlimen Pekan itu didakwa berdasarkan Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International.

Pada 29 Jan 2024, Lembaga Pengampunan mengurangkan tempoh hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta

WOIT

RAFIZI TAK

FAHAM ATAU

BUAT BUAT

TAK FAHAM

AMIN

INI CARA

MAT MOHONG

BERSEDIA  

JANGKA PANJANG

DENGAN KES

YUSOFF RAWTHER

AMIN

KETUA HAKIM

BUANG 

KES NAJIB

NANTI

KETUA HAKIM

AKAN BUANG 

KES YUSSOFF

RAWTHER

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apabila sudah berkuasa, setiap hari setiap masa kena membohong, itu peraturan pertama, membohong sini sana orang lain cakap lain, orang kampung cakap lain, orang bandar cakap lain, billion masuk melabur menipu kena ada semua, kemudian buang orang tak sewaktu dengannya, Rafizi pun tak sudah sama waktu dulu lain sekarang lain, kena ambil bekas penyokong jadi Ketua Polis Negara, kena masuk AGC, kena masuk SPRM, siapa ikut telunjuk tanpa soal akan kekal, siapa tidak ikut kena tendang keluar, anak diutamakan dahulu, parti penyokong pengundi kalau ada masa boleh kelentong kembali apabila sampai dekat hari raya, semuanya hulur laju jalan orang kita, kulit kena sama, agama kena cium tangan, langkah kena laju, jadi tak payahlah buat tidak faham Rapizi? Nanti engkau pun sama perangai juga kah kah kah