Jumaat, 20 Jun 2025

SABAH TOLAK KERAJAAN MADANI



Skandal rasuah: Menteri Sabah dilaporkan bakal didakwa

Seorang menteri Sabah dilaporkan antara tiga individu yang dijangka akan didakwa di mahkamah atas skandal rasuah lesen perlombongan mineral, yang menggegarkan negeri itu sejak ia didedahkan tahun lalu.

Memetik sumber, akhbar berbahasa Inggeris, The Star, berkata Adun yang masih berkhidmat dalam kabinet Ketua Menteri Hajiji Noor akan dipanggil untuk disoal siasat minggu depan.

Bagaimanapun, laporan itu tidak mendedahkan identiti menteri berkenaan.

Malaysiakini telah menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki untuk mengulas dakwaan itu dan jika ada rancangan untuk mendakwa Adun lain yang terlibat dalam skandal itu.

Azam baru-baru ini menyatakan bahawa dua Adun Sabah dan seorang orang awam akan didakwa berhubung skandal tersebut.

Orang awam itu kemudiannya disahkan sebagai ahli perniagaan yang mendedahkan skandal berkenaan. Dia akan didakwa di Kota Kinabalu pada 30 Jun ini.

Azam dilaporkan berkata SPRM menerima arahan untuk mendakwa pembocor maklumat terbabit selepas siasatan mendapati penglibatan aktifnya dalam transaksi rasuah.

Pemberi maklumat terbabit sebelum ini menyerahkan sekumpulan video, dokumen dan tangkapan skrin mesej WhatsApp kepada SPRM, didakwanya membabitkan beberapa Adun dalam skandal perlombongan.

Ahli perniagaan itu mendakwa dia membayar rasuah kepada Adun sebagai pertukaran untuk mendapatkan lesen cari gali mineral di Sabah, tetapi memutuskan untuk tampil selepas lesen itu dibatalkan.

JENG JENG JENG

PERKEMBANGAN

AMAT BAIK

AMIN

PRU SABAH

BULAN SEMBILAN

JENG JENG JENG

SEKARANG DAH

MULA GADUH

JENG JENG JENG

APAKAH SABAH

AKAN TINGGALKAN

MADANI 

SEKARANG?

JENG JENG JENG

MADANI AKAN

RUNTUH

KHALAS

Tiada ulasan: