Rabu, 8 Oktober 2025

PEJUANG KEMANUSIAAN



Selamat kembali wira, wirawati negara!


SEPANG – Semua 23 delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1) di sini, malam ini.

Kumpulan aktivis itu yang dibebaskan selepas ditahan tentera Israel mendarat di tanah air 10.07 malam tadi sebelum mula keluar di Balai Ketibaan pukul 11.25 malam dalam keadaan penuh sesak dengan kehadiran pengamal media dan orang ramai.

Turut hadir  untuk menyambut ketibaan kumpulan sukarelawan berkenaan adalah Menteri Luar, Mohamad Hasan dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Sebelum itu, ratusan orang ramai berkumpul bagi menyambut kepulangan mereka di mana suasana mula sesak bermula pukul 8.00 malam.

Mereka yang hadir dengan semangat membara dan beremosi sesekali melaungkan ‘Bebaskan Palestin’ yang bergema sambil mereka mengibarkan bendera negara itu dan memegang sepanduk solidariti.

Pihak polis juga dilihat berada di lokasi sebagai langkah keselamatan serta kawalan orang ramai bagi memastikan kelancaran pergerakan di terminal.

Sementara itu, kepulangan kesemua sukarelawan itu akhirnya menamatkan ketegangan selepas mereka ditahan oleh pasukan keselamatan Israel pada 2 Oktober lalu di perairan Gaza.

Namun kesemua mereka dibebaskan dan diterbangkan ke Istanbul hasil usaha diplomatik kerajaan.

Semua sukarelawan Malaysia itu ditahan pihak berkuasa Israel, Khamis lalu sebelum dibawa ke penjara Ketziot, yang terletak di padang pasir Negev.

Mereka sebelum ini berada di Istanbul, Turkiye selepas dibebaskan oleh pihak berkuasa Israel baru-baru ini, menaiki penerbangan Turkish Airlines TK6921 dari Eilat, Israel pada 1.40 tengah hari waktu tempatan dan tiba di Istanbul, Turkiye pada 3.40 petang waktu tempatan.

Antara yang ditahan ialah penyanyi Nur Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah Helmi, Norfarahin Romli (Farah Lee), Nur Fazelah Mad Tahil (Zizi Kirana), Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan (PU Rahmat) dan Nurul Hidayah Mohd Amin (Ardell Aryana). – 

SELAMAT  SAMPAI

SELAMAT PULANG

AMIN

SALUT

TABEK HORMAT

KEPADA PEJUANG

KEMANUSIAAN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kena tahan 120 batu nautika dari gaza kira dah sampai ke? Dah hantar bantuan ke belum? Atau cari publisity ?