Rabu, 8 Oktober 2025

ZAHID HILANG JAWATAN AKAN DI DAKWA




Haniff Khatri: Pemimpin Hadapi Kes Jenayah Wajar Berehat, Bukan Terus Kejar Jawatan


Kuala Lumpur, 7 Okt 25 — Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, menegur tindakan menamakan  Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri walaupun masih berdepan perbicaraan jenayah, sambil menyifatkannya sebagai langkah tidak matang dan tanda ketaksuban terhadap kuasa.

Haniff berkata, pemimpin yang sedang didakwa di mahkamah sepatutnya menunjukkan teladan dengan berundur atau berehat sementara, bukannya terus mengejar jawatan tertinggi negara.

“Pemimpin politik yang menghadapi pertuduhan jenayah sepatutnya rehat. Ramai yang tak mahu berundur, tapi itu tak bermakna tindakan mereka betul,” katanya.

Menurut Haniff, langkah mencalonkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri bukan sahaja mencemarkan imej Perikatan Nasional, malah menimbulkan persoalan tentang kejujuran perjuangan parti itu yang kononnya mahu membawa politik bersih dan matang.

“Daripada awal lagi bila pertuduhan dibuat, beliau sepatutnya relakan diri untuk berehat. Bila dicadangkan pula sebagai bakal Perdana Menteri, ia menunjukkan ketidakmatangan dan kepentingan peribadi lebih utama daripada kepentingan rakyat,” tegasnya.

Haniff turut menegaskan bahawa prinsip ini bukan hanya untuk Muhyiddin semata-mata, tetapi juga pernah beliau tekankan terhadap pemimpin lain seperti Ahmad Zahid Hamidi, Lim Guan Eng, dan Najib Razak ketika mereka berdepan pertuduhan mahkamah.
 
“Kita pernah desak pemimpin lain letak jawatan bila didakwa. Jadi prinsipnya mesti sama. Jangan bila kena pihak sendiri, tiba-tiba semua jadi sunyi,” katanya sinis.

Haniff berkata, dakwaan kononnya kes Muhyiddin adalah “pendakwaan terpilih” atau “konspirasi politik” bukan alasan untuk kekal berkuasa. Sebaliknya, katanya, perkara itu perlu dibuktikan di mahkamah.

“Kalau benar tidak bersalah, buktikan di mahkamah. Bila dibebaskan nanti, rakyat akan menilai dan beliau boleh kembali memimpin dengan lebih kuat,” tambahnya.

Menurut beliau lagi, setelah beberapa percubaan Muhyiddin untuk menggugurkan pertuduhan gagal di mahkamah dan Pejabat Peguam Negara, langkah paling berani dan bermaruah kini ialah berehat sementara daripada politik.

“Sebagai bekas Perdana Menteri, tunjuklah contoh. Selagi kes belum selesai, berehatlah dulu. Itu yang rakyat mahu lihat jika benar nak bawa politik matang,” katanya. @politiko.my


ZAHID AKAN

DI DAKWA JIKA

HILANG JAWATAN

AMIN

GUAN ENG

AKAN SELAMAT

KERANA ADA

JAWATAN

AMIN

BILA NAK 

MASUKKAN

ROSMAH

KE DALAM JIL

KHALAS

Tiada ulasan: