JAIS siasat wanita bertudung, pakai baju tanpa kain semasa senamrobik
KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat rakaman video tular aktiviti senamrobik yang melibatkan wanita berbaju kurung, bertudung tetapi tidak memakai kain yang didakwa berlaku di Bukit Badong, Selangor.
Jabatan itu menegaskan, ia memandang serius perbuatan tersebut dan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang.
Katanya, perbuatan yang ditunjukkan menerusi video tular di media sosial itu sangat tidak beradab dan mengandungi beberapa elemen perlakuan tidak sopan di tempat awam atau suatu perbuatan yang menyebabkan agama Islam dipandang hina.
“Sehubungan itu, JAIS sedang menyiasat kejadian tersebut termasuk lokasi sebenar kejadian, penganjur program dan individu-individu yang terlibat.
“JAIS memohon kerjasama daripada orang awam untuk tampil membantu siasatan atau menghubungi talian Hotline JAIS di talian 1800-88-2424,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Terdahulu tular di platform TikTok dan Threads yang memaparkan sekumpulan wanita melakukan senamrobik di atas pentas dengan memakai pakaian ‘pelik’.
Menerusi siaran langsung di TikTok, terdapat dua wanita dilihat memakai baju kurung sekolah dengan seluar ketat, manakala seorang lagi dipercayai hanya memakai seluar pendek.
Perbuatan itu menimbulkan kecaman dan kemarahan ramai pengguna media sosial. -


Tiada ulasan:
Catat Ulasan