PAGI INI
PAGI INI
SELASA 20 JANUARI 2026
MAHARAJA TRUMP
EROPAH & NATO
Negara Kesatuan Eropah sedang dalam krisis. Negara anggota NATO dalam krisis. Semua kerana Presiden Trump.
Niat Trump nak jajah Greenland kini menjadi isu besar di Eropah. Trump masih berkeras untuk mengambil Greenland untuk di jadikan tanah jajahan.
Trump umum semua negara Eropah yang tak sokong projek Trump jajah Greenland akan di kena tariff 10%. Tariff bermula 1 Februari - akan dikenakan kepada UK, Denmark, Norway, Jerman, Belanda, Sweden, France dan Finland.
Pada 1 Jun tarif ini akan di naikan kepada 25%.
EROPAH GELABAH – apa nak buat dengan dasar Trump ini ?
Mereka semua dalam NATO. Salah satu fasal perjanjian NATO ialah membantu negara anggota yang diserang musuh. Sweden, Finland, UK, France, Jerman dan Denmark anggota NATO.
Musuh yang menyerang Denmark ialah Amerika – juga anggota NATO. Jeng jeng jeng.
APA AKAN BERLAKU
PERTAMA : Ada kemungkinan Dewan KONGRES akan menolak rancangan Trump. Tapi ini Trump - dia tak ambil pot.
KEDUA : Jika kaum kapitalis merasa Trump mengancam Sistem Ekonomi Kapitalis Dunia maka mereka akan melakukan sesuatu. Trump akan di JIMATKAN.
KETIGA : Semua bergantung dengan apa pandangan DAULAH TERPENDAM – apakah mereka bersetuju untuk menjimatkan Trump?
KE EMPAT : Semua bergantung kepada apa keputusan Zionis dan Israel. Trump amat rapat dengan Israel. Menjimatkan Trump bermakna projek GREATER ISRAEL terganggu.
Kita tunggu dan lihat. Dalam masa yang sama juga kita wajib bersedia kerana Maharaja Trump pasti akan menghuru harakan dunia dala masa terdekat !!! Amin
HOKKIEN
Pagi ini sejuk basah. Kemarin hujan petang. Matahari dah muncul cahaya lemah. Langit biru pucat. KL & KL Sentral berkabus nipis.
Di Pintu Masuk Cengkerik bersimponi. How Wow dah beralih dari atas bukit kini bersuara dekat Pintu Masuk. Tekukur berlagu dalam sawah rumput.
Jalan lengang. Tapi bila gua melintas Wakaf Pertama Jantan Baik dan 3 Puppy muncul. Siti tidak kelihatan.
Gua ternampak satu kumpulan Pipit Uban – mereka masih berkumpul di tempat yang sama. Pagi ini tidak ramai sangat.
Jantan Baik dan 2 Puppy mengikut gua berjalan ke Wakaf Tiga. Kemudian berlari bergurau.
Berjalan pulang Siti muncul dari bukit tepi Wakaf Dua. Yang lain tidak kelihatan.
Kembali ke Wakaf Pertama gua beri makanan. Emak muncul menambah bilangan. Ketika gua tabur Friskies Tak Tak hanya melihat - dia dah mengerti makanan ini bukan untuk dirinya.
Gua yakin panas akan sampai. Tak Tak dah menjalar di balkoni walau pun cahaya belum sampai. Amin
BRO
SENYUM
SAMBUT PAGI SELASA
DENGAN SENYUMAN
BRO
Lu jangan berdendam – nanti lu pikul dendam berat ini ke hulu ke hilir.
BRO
Jika lu sayang pada diri lu - lu tak akan sakiti hati orang lain.
BRO
Beradalah di tempat lu berada. Jika tidak lu akan di tinggalkan kehidupan. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA



Tiada ulasan:
Catat Ulasan