Jumaat, 19 September 2008

HASAN MALEK BUAT LAPORAN KEPADA BPR – Utusan Melayu


KUALA PILAH 18 Sept. – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasan Malek (gambar) membuat laporan berhubung tawaran lompat parti kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di pejabat agensi itu di Seremban, kelmarin.

kah kah kah…. jang dah roti baca ingeris atau bolom…....

I hope you are not reporting some corruption cases that has taken place in Lengging

kah kah kah.... biar den tojomahkan.. kok kao tak paham lagi...

tadi den tanyo cakap orang putih....… rumah kao kek mano di pilah tu..... kah kah kah.

BUKTI ANWAR TAKSUB KUASA – EZAM – Utusan Melayau


KUALA LUMPUR 18 Sept. - Kegagalan pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan baru seperti dirancang akan berlaku pada 16 September, membuktikan satu lagi sikap ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hanya taksub dengan kuasa.

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, beliau bersyukur kerana kegagalan itu telah menunjukkan apa yang dikatakannya mengenai Anwar sebelum ini adalah benar.

"Ketaksuban beliau untuk mengejar jawatan dan kuasa adalah sebab kenapa saya tinggalkan parti itu dan Anwar sebelum ini.


kah kah kah…... mat ezam ni kena penyakit gila talak…..

kah kah kah... mat mak janda kacau isteri muda...

kah kah kah ….mat ezam ni udah di hinggapi oleh virus kks

kks …. aram jadah apa ni …. kah kah siol ke ....kah kah kah

bukan beeb kks ialah kureng kasih sayang.....kah kah kah

HENTIKAN BINCANG PASAL ANWAR – Utusan Melayau


PUTRAJAYA 18 Sept. - Semua pihak diminta menghentikan perbincangan mengenai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berperilaku seolah-olah negara ini ditadbir oleh beliau.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, perbincangan setiap hari sehinggakan masing-masing ingin berdebat secara tidak langsung menunjukkan pergerakan negara turut 'dikawal' oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

''Kita tidak perlu setiap hari bincang mengenai ketua pembangkang, banyak lagi benda yang boleh kita buat.


kah kah kah….. gua setuju beeb….. dah sepuluh tahun…..macam tak de cerita lain
berilaaa idea …. nak bincang hal apa....….

naik ke bulan orang tak ambil pot…....kah kah kah

cerita hal siti orang tak ambil pot…....kah kah kah

bincang mat rempit naik salji mat rempit sendiri pun tak ambil pot....kah kah kah….

kah kah kah …. cam na…. nak bincang apa kalau tidak bincang hal anwar….kah kah kah

tak kan nak bincang hal anwar musa pulak....kah kah kah

MT TIDAK BINCANG KEMASUKAN DR M – Utusan Melayau


KUALA LUMPUR 18 Sept. - Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat hari ini tidak membincangkan hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk kembali menyertai UMNO.

Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, isu tersebut tidak dibangkitkan pada mesyuarat MT petang ini.

"Ia (kemasukan semula Mahathir ke dalam UMNO) tak dibangkitkan untuk dibincangkan,''
katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di sini.


kah kah kah….. gua sedih… air mata gua bercupak-cupak keluar…..kah kah kah

kah kah kah…... tapi dia sudah sudah cover line…. dia kata dia tak apply pun….kah kah kah

LIF ROSAK SUKARKAN PENDUDUK – Utusan Melayau

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Salah satu daripada masalah yang sering melanda rumah pangsa khususnya perumahan kos rendah di ibu negara ialah kerosakan lif.

Walaupun kesukaran yang dialami penduduk apabila perkara itu berlaku sering dilaporkan oleh media tetapi sehingga kini, masih tiada langkah penyelesaian berkesan ditemui.

Ia terus berulang dan keadaan yang sama kini terpaksa ditempuhi oleh kira-kira 700 penduduk di rumah pangsa 14 tingkat di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama.


Cuba bayangkan kenapa orang miskin mesti hidup dalam keadaan daif.

Kalau rumah pangsa - bilik mereka sempit dan berasak-asak. Lif selalu rosak. Kawasan kotor.

Cuba perhatikan rumah teres mereka – kenapa sempit dan kenapa siling di buat rendah?

Pastilah mereka dalam kepanasan. Kenapa tidak buatkan rfumah mereaka agar keluarga mereka hidup selesa.

Mereka miskin kalau hidup dalam daif macam mana mereka hendak membebaskan diri dari lingkaran setan kemiskinan. – how to escape forom the vicious circle of poverty.

Apa salah nya mereka diberi rumah yang lumayan sama seperti kondo dan apartment.

Kenapa kita benci kepada orang yang susah. Kenapa kita susahkan mereka yang memang sudah susah.

PATI BAYAR RM800 COP PALSU – Utusan Melayau


BUTTERWORTH 18 Sept. - Jabatan Imigresen Pulau Pinang berjaya membongkar kegiatan sebuah sindiket pemalsuan cop pasport bagi membantu pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ingin pulang berhari raya melalui pelabuhan di negeri ini.

Sindiket itu dipercayai mengenakan bayaran sebanyak RM800 untuk setiap PATI yang menggunakan perkhidmatan cop palsu bagi 'memperbaharui' pas lawatan sosial mereka setiap bulan walaupun sebenarnya menetap secara haram di negara ini
.

Woit….. sapalah tokan yang jadi kaya raya ini… 800 sorang…. Setahun berapa kali boleh pergi London ....tokan ini....silap-silap dapat datuk.