Isnin, 28 September 2026

SPY AMERIKA KANTOI LAGI !

 

DRONE INTIP

DALAM AIR AMERIKA

KANTOI  LAGI

KHALAS

SEJAHTERA DAMAI


AL-FATIHAH


Jenazah Tun Dr Siti Hasmah akan dikebumikan di Presint 20 Putrajaya

KUALA LUMPUR: Jenazah Dr Siti Hasmah Mohamad Ali akan dibawa ke Masjid As Syarif, Taman Sungai Besi Indah, di sini untuk disolatkan, petang ini.

Difahamkan, jenazah akan disolatkan selepas solat Asar di masjid berkenaan petang ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya.

Terdahulu, jenazah dibawa pulang ke kediaman di The Mines, Seri Kembangan, Selangor dari Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada 10.48 pagi tadi.

Allahyarhamah Dr Siti Hasmah adalah antara wanita Melayu terawal yang bergelar doktor perubatan sebelum mencurahkan khidmat dalam bidang kesihatan awam negara.

Dilahirkan di Kampung Jawa, Klang, Selangor, pada 1926, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura, menerusi biasiswa kerajaan dan satu-satunya pelajar wanita Melayu dalam kumpulannya.

Di situlah beliau bertemu Dr Mahathir Mohamad sebelum mereka berkahwin pada 1956.

Beliau bukan sahaja dikenali sebagai pendamping setia Dr Mahathir, malah turut meninggalkan jasa besar menerusi pelbagai usaha memperkasakan kesihatan ibu, kanak-kanak dan kesejahteraan masyarakat.



Dr Siti Hasmah diberi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara - PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberikan taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara kepada Allahyarham  Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), pagi tadi.

Perdana Menteri,  Anwar bin Ibrahim, berkata beliau sudah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN),  Shamsul Azri Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera (PAT),  Malek Razak Sulaiman, membantu pengurusan serta melaksanakan istiadat berkenaan.

"Bagi pihak Kerajaan MADANI dan seluruh rakyat Malaysia, saya menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang menghembuskan nafas terakhir di IJN pagi tadi.

"Negara tetap mengenang sosok keibuan dan menghargai jasa Allahyarham," katanya dalam kenyataan hari in




Dr Siti Hasmah banyak menyumbang dalam bidang kesihatan, kebajikan wanita, kanak-kanak negara' - Radzi Jidin

KUALA LUMPUR: Allahyarham Dr Siti Hasmah Mohd Ali banyak menyumbang kepada negara, khususnya dalam bidang kesihatan dan kebajikan wanita serta kanak-kanak, kata Naib Presiden BERSATU,  Dr Radzi Jidin.


RON DALAM AIR DITAWAN


DULU IRAN

TAWAN DRON

AMIN

SAINTIS IRAN

KAJI DAN TIRU

AMIN

KALI INI TAWAN

DRON SELAM

PASTI AKAN

DI TIRU & BUAT

KHALAS




Iran rampas dron bawah air canggih milik AS di Selat Hormuz


ISTANBUL: Pasukan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran semalam mengumumkan tentera lautnya telah merampas sebuah dron bawah air milik Amerika Syarikat (AS) di Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut IRGC dalam satu kenyataan disiarkan penyiar rasmi kerajaan IRIB, pasukan tentera lautnya berjaya merampas Remus 600 - sebuah kenderaan bawah air tanpa pemandu yang canggih - dan ia kini 'berada di tangan pakar untuk pengekstrakan maklumat'.

"Tentera laut IRGC secara tegas mengisytiharkan Selat Hormuz ditutup, dan kami sedang mengambil tindakan tegas serta berterusan terhadap pergerakan berbahaya dan laluan tanpa kebenaran di selat ini," menurut kenyataan itu.

Pengumuman itu dibuat di tengah-tengah usaha diplomatik yang sedang berjalan untuk membuka semula Selat Hormuz, iaitu laluan maritim penting yang ditutup oleh Tehran susulan serangan AS-Israel pada Februari lalu serta sekatan maritim ke atas Iran.

BERSEDIA KE JALAN RAYA


 BERSEDIA

KE JALAN RAYA

AMIN

Unknown commented on
 "DEMO DEPAN PEJAT MAT BURUT"

Kerana duit semua kaku, kerana duit semua diam, kerana harta kedudukan kekayaan semua berdiam diri menyaksikan rompakan demi rompakan, tak ada marah tak ada bising tak ada teriak, pemimpin yang bising teriak kerana stokin senyap menyap, malah pencuri yang dalam penjara mahu dibebaskan, mahu kesian mahu simpati, 

kutipan mencapai 10 juta kepada orang yang berjaya mencuri berbillion kah kah kah kah, inilah dunia alam Melayu sebenarnya, semuanya terbalik semuanya songsang, 

orang raba bontot dibebaskan, orang sondol bontot dilepaskan, orang mencuri berjuta dilepaskan, orang rasuah berjuta-juta dibebaskan, semuanya kerana duit semuanya kerana agenda agama bangsa keturunan ketuanan kah kah kah kah

APA AKAN JADI DENGAN AIR ASIA?



APA AKAN

JADI DENGAN

AIR ASIA?

AMIN


Unknown commented on
 "AIR ASIA JATUH BANGKRAP ?"

Suntikan dana sukuk bantuan kerajaan ada atau tidak? Hanya untuk MAS ? Kah kah kah kah

AL- FATIHAH


ALFATIHAH

Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Tun Siti Hasmah Mohamad Ali meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, kata anaknya,  Mokhzani Mahathir

Difahamkan, Dr Siti Hasmah yang berusia 100 tahun, meninggal dunia pada jam 9.20 pagi. - BERNAMA