Isnin, 28 September 2026

RON DALAM AIR DITAWAN


DULU IRAN

TAWAN DRON

AMIN

SAINTIS IRAN

KAJI DAN TIRU

AMIN

KALI INI TAWAN

DRON SELAM

PASTI AKAN

DI TIRU & BUAT

KHALAS




Iran rampas dron bawah air canggih milik AS di Selat Hormuz


ISTANBUL: Pasukan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran semalam mengumumkan tentera lautnya telah merampas sebuah dron bawah air milik Amerika Syarikat (AS) di Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut IRGC dalam satu kenyataan disiarkan penyiar rasmi kerajaan IRIB, pasukan tentera lautnya berjaya merampas Remus 600 - sebuah kenderaan bawah air tanpa pemandu yang canggih - dan ia kini 'berada di tangan pakar untuk pengekstrakan maklumat'.

"Tentera laut IRGC secara tegas mengisytiharkan Selat Hormuz ditutup, dan kami sedang mengambil tindakan tegas serta berterusan terhadap pergerakan berbahaya dan laluan tanpa kebenaran di selat ini," menurut kenyataan itu.

Pengumuman itu dibuat di tengah-tengah usaha diplomatik yang sedang berjalan untuk membuka semula Selat Hormuz, iaitu laluan maritim penting yang ditutup oleh Tehran susulan serangan AS-Israel pada Februari lalu serta sekatan maritim ke atas Iran.

Tiada ulasan: