Isnin, 28 September 2026

SEJAHTERA DAMAI


AL-FATIHAH


Jenazah Tun Dr Siti Hasmah akan dikebumikan di Presint 20 Putrajaya

KUALA LUMPUR: Jenazah Dr Siti Hasmah Mohamad Ali akan dibawa ke Masjid As Syarif, Taman Sungai Besi Indah, di sini untuk disolatkan, petang ini.

Difahamkan, jenazah akan disolatkan selepas solat Asar di masjid berkenaan petang ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya.

Terdahulu, jenazah dibawa pulang ke kediaman di The Mines, Seri Kembangan, Selangor dari Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada 10.48 pagi tadi.

Allahyarhamah Dr Siti Hasmah adalah antara wanita Melayu terawal yang bergelar doktor perubatan sebelum mencurahkan khidmat dalam bidang kesihatan awam negara.

Dilahirkan di Kampung Jawa, Klang, Selangor, pada 1926, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura, menerusi biasiswa kerajaan dan satu-satunya pelajar wanita Melayu dalam kumpulannya.

Di situlah beliau bertemu Dr Mahathir Mohamad sebelum mereka berkahwin pada 1956.

Beliau bukan sahaja dikenali sebagai pendamping setia Dr Mahathir, malah turut meninggalkan jasa besar menerusi pelbagai usaha memperkasakan kesihatan ibu, kanak-kanak dan kesejahteraan masyarakat.



Dr Siti Hasmah diberi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara - PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberikan taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara kepada Allahyarham  Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), pagi tadi.

Perdana Menteri,  Anwar bin Ibrahim, berkata beliau sudah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN),  Shamsul Azri Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera (PAT),  Malek Razak Sulaiman, membantu pengurusan serta melaksanakan istiadat berkenaan.

"Bagi pihak Kerajaan MADANI dan seluruh rakyat Malaysia, saya menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang menghembuskan nafas terakhir di IJN pagi tadi.

"Negara tetap mengenang sosok keibuan dan menghargai jasa Allahyarham," katanya dalam kenyataan hari in




Dr Siti Hasmah banyak menyumbang dalam bidang kesihatan, kebajikan wanita, kanak-kanak negara' - Radzi Jidin

KUALA LUMPUR: Allahyarham Dr Siti Hasmah Mohd Ali banyak menyumbang kepada negara, khususnya dalam bidang kesihatan dan kebajikan wanita serta kanak-kanak, kata Naib Presiden BERSATU,  Dr Radzi Jidin.


Tiada ulasan: