Rabu, 20 April 2011
KEMBANGKAN NASIONALISMA DAYAK
KITAI BANGUN - KITAI LAWAN
DUNIA TAK AKAN SAMA LAGI
Dalam kehidupan kita ini akan muncul beberapa babak yang akan mengubah hidup kita. Babak-babak ini akan mengubah dunia kita untuk selama-lamanya. Babak-babak ini mungkin berlaku kepada individu, kepada kelompok bangsa atau kepada seluruh umat manusia.
Perang Dunia Kedua telah mengubah dunia Eropah, Asia dan Afrika. Di Eropah lahir negara-negara yang berpaksikan ekonomi sosialis manakala di Asia dan Afrika semangat nasionalisma bangun melawan penjajah. Bila Tembok Berlin runtuh pada tahun 1989 – Eropah berubah sekali lagi. Apabila World Trade Center di New York dilanggar kapal terbang pada 11 September 2001 - dunia yang kita ketahui dahulu telah berubah untuk selama-lamanya.
Kita tidak memiliki kudrat untuk menangkis dari berlakunya babak-babak ini. Babak ini muncul kerana hukum alam yang tidak dapat kita elakkan. Alam kita ini memiliki hukum-hukum dan nahu-nahu yang tidak akan berubah-ubah. Dunia kita ini juga bergerak kerana hukum-hukum alam ini.
Justeru, ilmu pengetahuan moden yang kita pelajari hingga ke univeristi hari ini sebenarnya adalah keinginaan manusia untuk mengetahui hukum-hukum alam ini. Ilmu moden adalah memahami hukum dan nahu alam ini.
Hukum- hukum alam ini berjalan dilandasan yang saintifik. Saintifik disini bermakna bukan mimpi, bukan tahyul dan bukan mitos. Saitifik disini bermakna boleh diuji dan di ulang uji dalam bilik makmal.
Pada tahun 1998 Mahathir Muhamad telah membuang Anwar Ibrahim dari kerajaan. Dari segi pentabiran modern sesebuah kerajaan, pembuangan menteri seharusnya dilihat sebagai satu pekara biasa. Menteri boleh dilantik dan menteri boleh dibuang. Tetapi babak September 98 ini telah digarap oleh reformasi jalan raya sehinggakan ianya telah mengubah lanskap politik Malaysia untuk selama-lamanya.
Babak pembuangan Anwar itu telah membuka ruang untuk gerakan reformasi jalan raya menaburkan benih-benih berani berontak, menabur benih-benih kebencian terhadap United Malay Natiponal Organisation. Gerakan Reformasi telah menabur benih berani dan benci. Hasilnya, sepuluh tahun kemudian benih-benih ini telah bercambah tumbuh membesar untuk dituai pada March 2008.
Saya masih ingat lagi tulisan-tulisan pada Zaman Reformasi yang saya garap semuanya menerangkan bahawa gerakan reformasi adalah hujan lebat yang sedang membasahi tanah yang kering. Diatas tanah yang kering ini para reformis berkemungkinan menabur benih-benih berani bangun melawan hegemoni United Malays National Organisation. Di tanah yang subur ini semangat kebenciaan terhadap United Malays National Organisation ini boleh ditabur.
Sepuluh tahun sesudah Zaman Reformasi – sesudah March 2008 - dunia politik Malaysia berubah untuk selama-lamanya. Seperti ledakan di World Trade Center – pada March 2008 – politik dan susunan politik di Malaysia telah berubah. Saya amat yakin - seyakin matahari akan terbit di Timur - bahawa politik berani melawan hegemoni United Malays National Organisation ini tidak mungkin dapat dimasukkan kembali ke dalam botol lama.
March 2008 kita bersama-sama telah melihat keberanian masyarakat India untuk melawan hegemoni politik Melayu. Keberanian masyarakat China untuk melawan hegemoni politik Melayu telah dibuktikan sekali lagi. Paling jelas kepada saya , pada March 2008 ialah ketrampilan masyarakat Melayu sendiri untuk bangun mendobrak dan melawan hegemoni United Malaya National Organisation.
Semua ini adalah hukum sosial yang saintifik : dimana ada penindasan disitu akan ada perlawanan. Sebanyak mana penindasan sebanyak itulah penentangan. Lagi kuat ditindas - lagi kuat perlawanan. Ini hukum sosial yang saintifik. Tidak ada sesiapa dapat melupuskan hukum sosial ini selagi molikule air masih satu oxygen dan dua atom hydrogen.
Justeru, dari pengalaman Zaman Reformasi saya merumuskan bahawa pada 16 April 2011 yang lalu hukum sosial yang saintifik ini telah sampai ke Sarawak. Tarikh 16 April ini telah mengubah dunia Sarawak untuk selama-lamanya. Mustahil dunia Sarawak akan kembali seperti sebelum 16 April. Seperti mustahilnya Mahathir Muhamad dapat menulis dan bercakap dengan jujur.
Saya dengan penuh kesedaran telah mengikuti kempen piliharaya ini. Dua minggu di Sarawak adalah dua mingu yang sibuk ke hulu ke hilir menabur benih-benih kebencaian dan keberanian. Keberanian untuk melawan kuasa yang menindas. Dan kebencian terhadap hegemoni Melanau di bawah Parti Pesaka Bumipurta Bersatu (PBB) yang dimanifestasikan dengan muka Taib Mahmud.
Kalau Zaman Reformasi kita telah berjaya menjadikan Mahathir Muhamad sebagai Mahafiraun - ikon yang dibenci. Di Sarawak ikon kebencian Dayak ialah Pek Moh atau Taib Mahmud. Dalam taktik menumbangkan satu satu kerajaan wajib ada ikon untuk di benci. Di Mesir dua bulan lalu ikon yang dibenci ialah muka Presiden Mubarak. Tanpa ikon kebencian agak susah untuk mengumpulkan kesepaduan yang ampuh untuk banguan melawan.
Kempen berani dan benci ini adalah taktik dan strateji yang telah diguna pakai secara saintifik untuk menumbangkan kerajaan. Taktik dan strateji ini bukan monopoli hak milik kita di Malausia. Warga Iran telah mengunakan taktik ini untuk menjatuhkan Shah Reza Pahlavi pada tahun 1979. Warga Tunisia telah menggunakannya taktik yang sama untuk menjatuhkan Ben Ali. Taktik benci dan berani ini juga telah disemaikan terlebih dahulu sebelum warga Mesir berjaya menghalau dan menumbangkan Mubarak.
Di Sarawak pada awal bulan April ini taktik berani dan benci ini telah mula disemaikan kepada orang Dayak. Selama ini orang Dayak memang merasa tidak puas hati terhadap hegemoni Melanau tetapi mereka tidak ada keberanian untuk bersuara. Mereka memiliki kebencian tetapi tidak dapat diterjemahkan kebencian ini kepada satu perlawanan.
Bangsa Dayak Iban yang pada satu masa dahulu dikenali sebagai bangsa pahlawan yang gagah berani kini telah menjadi bodoh dan mamai. Ini berlaku kerana dunia hutan mereka telah digondolkan. Apa yang berlaku kepada Dayak Sarawak ini samalah seperti para nelayan yang lautnya telah dikeringkan. Atau pesawah yang sawahnya telah menjadi kering kontang. Pada hari ini bangsa Dayak Iban - bangsa pahlawan - kini telah dijadikan hamba dan kuli dalam ladang-ladang sawit milik para cukong yang bersekongkol dengan Taib Mahmud.
Untuk menambak pilu pada kesedihan ini – ladang sawit tempat mereka berkuli ini pada satu ketika dahulu adalah tanah adat mereka. Dalam kawasan tanah-tanah inilah mereka merayu mencari kehidupan Di tanah tanah ini mereka mendirikan budaya bangsa. Dari gunung ganang lembah dan sungai inilah lahirnya bahasa Dayak. Dari tanah dan lurah ini lahirkan keIbanan mereka. Dayak tanpa hutan rayau bukanlah Dayak lagi tetapi hamba kepada para cukong.
Memang betul dalam kiraaan undi kali ini kita semua melihat bahawa Taib Mahmud masih berkuasa lagi. Kerusi yang ditandingi oleh Dayak tidak dapat menyingkirkan hegemoni Melanau. Kempen pilihanraya tahun 2011 ini telah membuka mata, telinga dan hati anak anak muda Dayak. Untuk pertama kali anak anak muda Dayak telah melihat para aktivis dari Semenanjung berani bangun di ceramah-ceramah umum dan memperlekehkan Taib Mahmud di khalayk ramai.
Anak-anak muda Dayak untuk pertama kalinya telah melihat gaya dan cara gempak teknik berpolitik dari Semenanjung. Wakil politik, para YB dan aktivis dari Semenanjung tanpa takut telah bangun dan mengutuk Taib Mahmud secara terbuka. Anak-anak muda Dayak terpegun dan bertepuk gemuruh apabila kutukan demi kutukan kedengaran terhadap Taib Mahmud.
Apa yang memeranjatkan mereka ialah tidak ada petir dan halilintar datang untuk memanah si Penceramah. Tidak ada angin taufan datang meniup mati semua aktivis dari Semenanjung. Langit tidak runtuh. Gereja dan Masjid tegak seperti sediakala. Sungai Rejang terus mengalir walaupun Pehin yang Maha Agung di Sarawak telah diperlekeh dan menjadi bahan lawak.
Selama dua minggu anak anak muda Dayak yang bercampur aduk dan bekerjasama dengan para aktivis dari Semenanjung akan menyimpan pengalaman ini. Pengalaman selama dua minggu ini adalah latihan perang untuk membangunakan semangat nasionalsima Dayak.
Disini saya terus menekankan tentang nasionalsima Dayak. Semangat nasionalisma Dayak ini adalah senjata yang paling ampuh untuk menumpaskan hegemoni Melanau. Dari segi jumlah penduduk di Sarawak amat jelas orang Dayak adalah bangsa majoriti. Mengabaikan nasionalisma Dayak ini akan membawa kegagalan.
Apabila Dayak di Sarawak berubah maka ianya bukan hanya akan mentalkinkan hegemoni Melanau malah ianya akan melempah ke Semenanjung. Nasionalisma Dayak yang wajib di kembangkan untuk piliharaya parlimen yang akan datang jika berjaya pasti akan membantu mengkuburkan hegemoni United Malay National Organisation.
Pada 16 April yang lalu hukum alam yang sainifik telah sampai ke Sarawak. Di mana ada penindasan disitu akan ada perlawanan. Berani melawan berani menang. Tembok takut rakyat Sarawak untuk melawan telah runtuh pada 16 April yang lalu.
Mustahil anak anak muda di Senadin Miri akan melupakan slogan : Tangkap Taib Mahmud. Mustahil anak anak muda di Kuching akan lupa lawak tentang Pek Moh. Api kebencian dan keberanian telah dipasang. Ianya pasti akan membakar semangat nasionalsima Dayak Yakinlah! (TT)
nota:
tulisan ini telah disiarkan
di SUARA KEADILAN yang terbaru
akhbar ini sedang ada dalam pasaran
untuk melanggan akhbar mingguan
ini sila pukul talipon: 03-22-72-40-45
Labels:
DAYAK BANGUN MELAWAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
27 ulasan:
kembang kan nasionalis dayak dah lama kembang yang tak kembang parti PKR yang mana lobang bonto yang kembang dikerjakan oleh raja kepala babun kah kah kah
Peh Moh adalah panggilan Hokkien (mungkin juga Hock Chew) untuk kepala putih atau rambut putih.
Kalau dalam bahasa Melayu boleh dicadangkan "But-ih".
Mamat yang mula-mula bagi komen dalam entri ni lagi bodo dari babun aprika... bahkan... otak bapak ngan atok die pun cam babun... kemungkinan moyang die babun betul... tak cerdik2 lagi mamat ni...
Menang 3 kerusi nak cakap banyak..hang pi dengar lagu BPR dulu...1000 tahun takkan mungkin!Hanya yang ego dan gila nak berkuasa saja masih bersama PKR...woit orang melayu dah u-turn la beb!
Teringat Bruno Mansor(?) yang mempelopori membuka minda orang dayak(iban/penan)sekitar tahun 80-an kalu tak silap. kini diambil alih oleh aktivis semenanjung dan ada nampak sedikit peningkatan minda orang dayak vis-a-vis hegemoni Melayu-Melanau. Kena ambil masa lama lagi seperti orang Melayu atau Arab yang juga lambat sedar akan tekanan politik terhadap mereka.
Surviving Planet Earth in the Next 90 days...
Earlier this week, TEPCO released its two step plan for bringing the Fukushima Daiichi emergency under control. The plan is already in motion, and it has been stated that it will be completed within 9 months.
For everyone else, the question remains:
How will the world look in 9 months?
http://lucaswhitefieldhixson.com/print/surviving-planet-earth-next-90-days
Note: in 9 months time, the monsoon wind will change direction coming from north-easterly direction, South-East Asian countries will be in its path. How do we handle it then?
bangkit depa tu kena kekalkan. Satgi hari ni bangkit, esok tidoq balik. Jadi, orang macam hang dengan aktivis lain kena kerja bagi depa tak pi tidoq balik.
Dari google search tadi tak ada tukar tiub kepunyaan hisham. Selalunya dalam list google tukat tiub ada di senarai atas, tapi hari ini blog pencaci kepunyaan taiping mali mencaci habis hisham dan anwar.Terpaksa search history untuk ke sini. Saya nampak alamat sekarang bukan blogspot tetapi blogger.com.
Gue confuse sikit la TT, mengapa kita laung-laungkan perjuangan nasionalisma? Bukankah itu bersamaan dengan perjuangan kebangsaan ataupun yang dulu, kini & selamanya dibuat oleh umngok? Dan bukankah itu adalah perjuangan assobiyah yang ditegah oleh ALLAH & Rasulnya? Kalau TT cuma fokus kepada dayak, macam mana rakyat dari bangsa yang lain? Maaflah, mungkin gue salahfaham atau tak faham langsung tulisan TT ini.
Mamat tanpa nama 1:40 memang otak babun.
MANTAP AH,,, SATU KLIK UTK IKLAN KAU,,, !
MANTAP AH.. SATU KLIK UTK IKLAN KAU...!
penulisan ini seperti ingin melaga2-lagakan bangsa melanau dan kaum dayak....kalau mau menyatukan rakyat sarawak untuk menyokong perjuangan PKR,jgn guna taktik seperti ini...tak berhasil la kawan...kamu ingat kaum melanau tidak banyak ka disarawak? dari kuching sampai miri byk org melanau...mau menang disarawak,kena pandai ambil hati rakyat melanau sarawak...baru ble menang...sarawak bukan hanya iban,kenyah,kayan(dayak)..kena ingat tu...
Woi dol, tulisan ni x kata semua orang Melanau jahat. Hanya sebahagian Melanau yg jahat, merompak dan mendominasi kekayaan bumi Sarawak.
Sepatutnya hasil kekayaan negeri dimilik-negerikan bukan milik individu2 tertentu. Dapatlah dikongsi bersama Iban, Dayak, Melanau dan kaum2 asli lain.
Aku pun benci dengan UMNO tapi tak bermakna aku anti Melayu dan tidak patriotik. Aku benci UMNO pasal dia jahat. Menipu, merompak, merogol, meraba, menfitnah. Yg lain TT boleh tambah.
Lu kena fahamkan konsep negara Malaysia. Malaysia bukan milik Najib, Bik Mama atau Taib Mahmud. Malaysia adalah milik kita semua; Melayu, Cina, India, Peribumi termasuk di Sabah & Sarawak.
Kalau ada Melanau yg layak jadi PM, aku sokong. Asalkan dia x menipu, x merompak, x merogol, x meraba, x menfitnah etc.
maha agung hanya untuk Allah bro..carila prumpamaan lain...taib mahmud perangai mcm anjing ke..cntoh je..
salut lu brader.. gua tau lu takkan jadi yb punyer... kalo lu jadi yb, sama macam kasi lu jadi bodoh... kalo lu jadi menteri, sama macam suruh lu baca quran..
lu memang akan rebel sampai bila2.. selagi melayu masih bodoh, iban masih bodoh, cina masih bodoh, india masih bodoh, lu akan rebel sampai takder sapa2 menjadi bodoh..
salut isham!!!
hahahahahaha....
mana cukup dayak kat sarawak jee..
jemput la sekali dayak satu dunia... dayak , apache , red indian, satu dunia kena jemput beb...
kalau dayak kat serawak je mana cukup nak lawan umno.... hahahahahaha... umno terer beb... umno kuat beb....
hahahaha... baru menang 3 kerusi dah kelam kabut... kalau nak kerusi banyak lagi... suruh anwar pegi ambik kay court mammoth.... hahahahahahaha ..... macam-macam bentuk adaaaa.....
hahahahahahaha....
hahaha hahahahha... menang 3 kerusi dah kecik hati.... hahahaha
EnChe Guevara mengata :
Hahah Hoit Saga taik! KUmpul dayak satu dunia kepala Saga ngkau!
Kumpul mongolia yg satu keluarga tu pon da terkencing2... hahahaha.. ada hati nak bersihkan najis di kepala....
3 kosi ke, 4 kosi ke, so what?
kelako lah mat saga ni...
tak ada masa nak buat lawak2 tau...
kau tahu kenapa TT siarkan komen kau ni?
dia bukan demokrasi sangat pon!!!
dia cuma nak suruh macai dia maki hamun kau!!!!
macai dia antara sorang aku ler...
hoi mat saga....cakap kau tak mahu jatuh....
muka kau macam kepala butuh....
hoi....lancioooooooowwwww lah
Ramainya pencacai gerombolan duk ulas dlm blog lu tt...
Agak2 la apasal ek diorg duk menyibuk kat sini...
Ade hati ke nk join PR..
Wa yg da 2x mengundi PAS pun x pnh jenguk dlm blog gerombolan..
Buang karan je..
Apa2 pun wa tabik dgn penulisan lu tt..
Lu mmg genius!!
ye ke Tun Mahathir semua orang benci? ish ish ish
rasanya anugerah lagi ramai umah yang meluat n muntah taik hijau tengok sandiwara tipu basi dia..
ish ish ish
yang benci che det hanya org2 PR yang sesat n suka negara huru hara
adake pemimpin yang tak pernah buat salah?
apa sumbangan anu pada negar?
masa jadi menteri, dia pun kayakan bapak,adik,kawan2,samsulidah dll
kalau dapig pegang negara, belum tentu projek2 jadi transparent bro.
jgn lupa dapig bertopeng malaikat
supaya melayu percaya kononnya hati mereka suci bersih,
anu jadi ayam sabung
paspispus jadi balaci pemecah undi melayu, penyendal jamban siangkit,siangeng n kurpalpoosing.
kerja nak api2 rakyat kacang putih je utk PR n org mcm TT
nak bangunkan minda rakyat dan negara...hanya negarawan mcm che det yang dah buktikan.
korang fikirlah yang betul...
takut nanti yang tinggal hanya..
BAJU MELAYU
fuyooo , ramainya dayak dalam gambar tu. Tadi aku bilang satu-satu , semua sekali ada 4,823,259 orang.Ramainya.
Next election mesti PKR menang banyak kerusi. Hebat la tukar tiub kempen. Tu baru dayak kat Sarawak , kalau satu malaya mesti tukar tiub dah dapat 73 juta dayak. Fuh!!! mesti menang besar punya lepas ni.
Lu orang perasan tak sejak akhir2 ni pencacai UMNgOk dah mula ramai kat sini menyundol2. tetiba jer dia orang ni boleh jadi ramai plak yer. ada masyuk ker.... kahkahkah
Perasan tak?
korang fikirlah yang betul...
takut nanti yang tinggal hanya..
BAJU MELAYU
Tu tanpa nama kata 21 April 2011 2:21 AM
Selam madey memerintah jangankan baju melayu puki melayu pun dah X tinggal lg..kah3
Pencacai makin ramai sebab diorang dah macam cacing kepanasan... org Sarawak pun dah mula tolak Beer End, blog pro-UmPorno macam sampah... takdak sapa nak tengok.
Duit tak masyukkk, projek direct nego kat Selangor, Penang dah tadak... so jadilah pencacai kat blog. Komen tah apa - apa, babun pun boleh tulis lebih baik dari tu. Sekali komen, dapatlah upah sekupang dua. Untung - untung kalau Mat Monggol tahu dapat hadiah China Doll sorang...
Hello Mr. TT. I’ve read your article and I was impressed with your ecxellent Bahasa Malaysia tatabahasa.
However dear Mr. TT, saya berasa kurang selesa dengan initipati article anda. It’s kind of trying to differentiate and instill hatred among races in Sarawak or should I say racism? Yes, we all hate Taib. We all want him to step down. But Taib is Taib. Whether he is Melanau, Iban, Bidayuh or whatsoever, we don’t give a damn. In Sarawak, we don’t care what is someone’s race. We are Sarawakian. If Taib is Melanau, so what about James Jemut Masing? Dia pun 2x5 macam Taib and he is Dayak. Want to tell the Melanau to hate him too? That is why we don’t have MIC MCA and UMNO in Sarawak, because we don’t want to be differentiate like that. We don’t judge someone by his race but by his individual traits. Be careful when writing about politics; leave race and religion behind. We don’t like it.
As my friend said “Racism is not wanted in multi-cultural Sarawak. The only unwanted thing is Taib and his gang who suck our blood and resources. That's all. The rest is fine. I don't want to see Bidayuh, Melanau, Iban, org Ulu etc fighting each other when I want to eat mee kolok at Serian.”
One more thing, the picture you are using is from Penan race. They are not Dayak. As I read I begin to wonder whether you really know who the Dayak are. Are you?
Dayak2 ni brooke and the gang je yang suka pakai. We don’t really fond of being called like that.
Apa yang penulis TT cakap ini memang betul. Aku IBAN dari sarawak dan juga kawan kepada penulis TT ni. anak2 muda dayak telah bangun setelah mendengar ceramah2 umum yg diadakan oleh wakil politik, para YB dan aktivis dari Semenanjung tanpa takut. Memang dah sedar dan bangun..jadi tak hairan bila ceramah diadakan pada pilihanraya sarawak akan datang ada bangun untuk memberi kata2 semangat.
Catat Ulasan