.

Khamis, 11 Julai 2013

IQRAK - RAJINLAH MEMBACA








DARI ARKIB
tulisan ini dikeluarkan sekali lagi
untuk memberikan latar
tentang apa yang sedang 
berlaku di timur tengah




SYRIA DAN  DEMOKRASI

Kuasa imperial Amerika syarikat  sedang merancang untuk  menyerang Iran atas alasan Iran sedang berusha untuk membuat senjata bom nuklear. Ini agak senang difahami. Amerika sedang menyerang Pakistan untuk menafikan Pakistan dari terus dimiliki  bom nuklear. Ini mungkin  agak susah  sadikit untuk difahami.

Kuasa imperial Anglo-Amerika ingin menyerang Syria kerana projek New World Order. Ini lagi ramai yang tidak faham. Ini lagi susah untuk difahami.  Justeru, apa yang berlaku di Syria pada ketika ini telah melahirkan banyak kejulingan. Kejulingan yang jelas ialah kejulingan intelektual dikalangan masyrakat Melayu.

Kejulingan intelektual ini lahir dari kegagalan memahami asas politik. Kejulingan ini lahir kerana sikap malas membaca. Sikap malas berfikir. Sikap mengambil jalan pintas tanpa membuat selidikan sendiri.

Kejulingan ini juga lahir kerana telah ditanamkam sikap ‘budaya wajib mendengar’  dari bengolan-bengolan  yang dikatakan memiliki ‘authoriti’. Bengolan-bengolan   yang tahu bahasa sekian sekian sahaja yang memiliki tauliah untuk bercakap. Bengolan-bengolan yang berat serbannya sekian sekian sahaja yang pandangan boleh didengar. Akhirnya tertanam sikap suka  mendengar. Sikap suka mendengar ini telah membunuh sikap  ‘suka membaca’ dan ‘suka mengkaji dan  menyelidik’.

Hasilnya, sikap malas membaca ini melahirkan ramai tukang ikut dan ramai tukang sorak. Tukang sorak dan tukang ikut ini sebenarnya  telah lama pencen dari menggunakan akaliah dan fikrah mereka. Apabila telah pencen  maka apa yang tersimpan dibelakang dua telinga itu  tidak lagi memiliki  kudrat untuk menjadi gersang dan kritikal. Kegersangan  untuk berfikir ini telah dilepaskan kepada bengolan-bengolan yang dikatakan bertauliah.

Biar saya jelaskan disini bahawa apa yang berlaku di Syria bukan tentang konflik agama. Bukan konflik mahzab Sunni dengan  Shiah. Bukan konflik  mahzab Alawite dengan Sunnah wal Jamaah. Atau konflik Islam dengan  Kristian.

Memang saheh,  wujudnya konflik antara Shiah dan Sunni. Memang betul kerajaan yang dipimpin oleh Bashar  ini tidak demokratik. Memang betul ada gerakan rakyat yang menuntut agar ruang demokrasi dibesarkan lagi. Elit politik di Syria sama saperti elit politik di Malaysia atau  elit politik dalam negara dunia. Mereka zalim, ganas, rasuah dan  rakus merembat harta kekayaan negara.  Kezaliman dan penyempitan  hak kebebasan  warga ini adalah watak elit politik dunia ketiga.

Memang betul pada awalnya ada kumpulan  yang menuntut agar kebebasan dan ruang demokrasi di Syrian diperluaskan. Ini sama saperti tuntutan warga  Malaysia yang mahu negara ini lebih bebas dan lebih demokratik.  Tidak mahu penipuan dalam pilihan raya. Semua ini adalah asas pejuangan warga dari negara Dunia Ketiga.

Untuk memahami lebih mendalam maka saya terpaksa membuka minda pembaca untuk memahani teori kontradiksi. Kontradiksi adalah hukum alam semula jadi. Ianya sama saperti  oxygen ertinya kontradiski  wujud bersama kita. Tanpa kontradiksi alam ini tidak mungkin wujud.   Sama ada negara itu penuh dengan kafir atau penuh dengan  penganut Islam atau penuh dengan warga yang tidak percaya kepada Tuhan – kontradiksi terus wujud.

Kontradiksi tidak beragama. Tidak berbahasa. Dalam sistem ekonomi kapitalis atau ekonomi sosialis kontradiksi wujud. Alam bergerak kerana kontradiksi.  Dalam kontradiksi ada pergeseran.  Pergeseran dan percanggahan inilah  yang mengerakan alam kita ini.

Kontradiksi ini juga bertahap-tahap. Ada yang  fudumental, ada yang tahap kedua dan ada  yang kurang penting. Kontradiksi ini berubah-ubah. Contoh terbaik  ialah dalam sejarah perjuangan  orang  yang terdahulu dari  kita ketika perang  dunia ke dua.  Ketika itu Tanah Melayu  sedang dijajah oleh British. Inilah kontradiksi utama. Kontradiksi - pertentangan antara warga Tanah Melayu dengan penjajah.

Tetiba Jepun datang menyerang.  British yang menjadi musuh utama  telah menjadi musuh ke dua.  Yang wajib dilawan ialah tentera Jepun. Malah kontradsiksi dengan British menjadi luntur sehinggakan ada kerjasama antara warga Tanah Melayu dengan British untuk melawan kontradiksi yang fundumental : penjajah Jepun.

Bagitu juga di Syria sekarang. Pada awalnya kaum demokrat Syria telah bangun menuntut demokrasi. Tetapi ajenda suci rakyat Syria ini telah diambil alih oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Justeru kontradiksi yang wujud di Syria hari ini bukan antara Sunni dengan Shia.  Bukan antara Islam dengan Kristian. Bukan antara Presiden Bashar yang bermazhab Alawite dengan majoriti warga yang bermazhab Sunni.

Kontradiksi utama atau pegeseran utama pada ketika ini  ialah diantara  rakyat Syria dari semua  mahzab  agama dengan kuasa imperialis  Anglo-Amerika. Silap memahami kontradiksi fundumental ini maka akan silaplah semua analisa politik. Akan bertaburan segala hujah. Tidak akan dlihat satu kesatuan fikrah yang tersusun dalam menganalisa situasi di Syria. Inilah yang melahirkan kejulingan pandangan terhadap apa yang sedang berlaku di Syria.

Pasti para pembaca akan bertanya kenapa kuasa imperial Anglo-Amerika melakukan semua ini? Apa sebenarnya yang diperlukan oleh kuasa imperial Anglo-Amerika ini? Jawapannya  ialah kuasa imperial Anglo-Amerika ialah kuasa imperialis. Imperialisma ini  ialah tahap yang paling tinggi yang boleh dicapai oleh sistem kapitalis.

Sistem ekonomi kapitalis  yang bertuhankan keuntungan maksima memerlukan bahan mentah, buruh dan  pasaran.  Sistem ekonomi kapitalis selama 150 tahun ini telah bergerak dengan jayanya dengan bantuan bahan bakar petrol.  Tanpa bahan bakar ini sistem ekonomi kapitalis akan runtuh berderai.

Justeru wajib disedari jika Iraq hanya pengekspot petai, jering dan cincalok pasti Iraq tidak akan diserang. Jika Iran  hanya memiliki budu dan tidak memiliki bahan bakar petrolium dan gas  maka Iran tidak akan diserang.

Pasti akan ada pembaca yang bertanya Saudi juga ada minyak kenapa tidak diserang. Qatar juga ada minyak kenapa Qatar tidak diserang? Malaysia dan Berunai juga ada minyak kenapa tidak diserang? Jawabnya cukup senang. Rejim Arab Saudi  dan Qatar ini adalah barua kepada Amerika. Malah tidak perlu diserang kerana terlaga minyak di Saudi dan Qatar adalah milik Amerika.

Bagitu juga Malaysia dan Berunai.  Dua negara Melayu ini adalah ‘budak setia’ kepada Amerika. Malah Malaysia  telah menghantar tentera ke Afghansitan. Malaysia juga sedang membantu Raja Saudi yang sedang cuba memadamkan  apa kebangkitan warga Bahrain yang sedang berjuang untuk mendirikan Bahrain yang lebih demokratik.

Tetapi Syria  tidak memiliki bahan bakar petrolium? Ini betul. Tetapi dalam strateji kuasa imperial Anglo-Amerika untuk mendirikan New World Order Syria ini dilihat sebagai musuh. Syria menjadi musuh bukan kerana Syria ini Shiah tetapi  kerana Syria menyokong perjuangan Hisbulah dan Hamas yang sedang mengangkat senjata menentang kuasa zionis Israel.

Syria juga dijadikan musuh kerana Syria dari zaman Presiden Hafeez al-Assad telah berkerjasama dengan Iran dalam banyak bidang. Malah dasar luar Iran/Syria telah membantu memperkuatkan gerakan Hisbullah dan Hamas.

Dari era Perang Dingin lagi  Syria telah dilihat amat sedia untuk bekerjasama  dengan USSR, kemudian dengan  Russia. Banyak kelengkapan persenjataan Syria  yang digunakan untuk melawan zionis  Isreal telah dibekalkan oleh Russia. Russia adalah sahabat Syria yang telah diduga. Hubungan intim dengan Russia  terjalin lama dan dibuktikan dengan wujudnya pengakalan tentera laut Russia di Tartus  semenjak tahun 1971. Tartus ialah   perlabuhan yang kedua terbesar di Syria.

Mungkin ramai yang terlupa Isreal telah juga menawan dan  sedang menjajah  wilayah Bukit Tinggi Golan semenjak 1967 dahulu. Wilayah ini adalah milik Syria dan diakui oleh Bangsa Bangsa Bersatu.

Kerjasama antara Syria dengan Iran dan Russia ini adalah satu pekara yang tidak dapat diterima oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Obama dan Clinton melihat bahawa kerjaan Bashar ini berkemungkinan akan menggagalkan strateji Amerika untuk menawan Iran. Syria perlu dipatahkan dahulu sebelum serangan dapat dilakukan keatas Iran. Justeru kerajaan Bashar wajib dijatuhkan.

Disini ada tiga buah negara yang sedang menjadi barua Amerika. Saudi, Qatar dan Turkey. Saudi dan Qatar menjadi taiko mengeluarkan dana. Manakala Turkey menyedikan tempat di sempadan Turkey/Syria untuk melatih kumpulan-kumpulan pengganas anti-Syria yang kini memanggil nama mereka Free Syrian Army. Nama kumpulan ini amat menarik tetapi mereka ini dilatih oleh CIA.

Hari ini telah diberitakan sebuah jet pejuang Turki telah jatuh ditembak oleh peluru berpandu Syria. Ini mungkin  sandiwara untuk mengolah persetujuan rakyat Turkey dan rakyat dunia.  Turkey kini memiliki cita-cita untuk sekali lagi – saperti zaman Ottoman dauhulu – untuk  dapat mempengaruhi Dunia Arab. Turkey memiliki nafsu besar, untuk menjadi kuasa besar. Nafsu besar ini muncul   kerana Turkey memiliki   viagra  yang bernama Nato.

Para pembaca wajib sedar bahawa dibelakang semua ini ialah kuasa zionis Isreal. Dengan licik Israel telah berjaya menjadikan Saudi, Qatar dan Turkey sebagai budak suruhan gerakan Zionist International.

Pada ketika  ini kuasa  dan pengaruh zionis Israel  cukup kuat sehinggakan Obama terpaksa mengikut telunjuk Benjamin Natanyahu. Kaum zionis Isreal telah memilih waktu yang tepat – tahun pilihan raya -  dimana tidak ada bakal Presiden Amerika  yang berani bercanggah dengan Isreal.

Amerika , Saudi, Qatar dan Turkey semunya   sedang menjadi budak suruhan zionis Isreal. Kita wajib sedar dan berwaspada kerana  dibelakang zionis Isreal ini ialah tuan empunya bank dan gedung-gedung  perniagaan antarabangsa. Mereka inilah yang sedang merancang untuk mendirikan New World OrderSatu  Dunia Baru – dimana semua harta kekayaan dunia ini akan mereka miliki. Kuasa dan kekayaan ini akan dipertahan oleh senjata-senjata buatan  Amerika dan Nato.

Mungkin ada yang tidak percaya apa yang saya tulis ini. Mungkin ada yang melihat ini ialah perjuangan Sunni terhadap ajaran sesat Shiah. Mungkin ada yang akan mengatakan ini perjuangan adil rakyat Syria menuntut kebebasan dan demokrasi.  Mungkin ada yang percaya bahawa kuasa imperial Amerika bersama Nato sedang berusha menaburkan demokrasi saperti yang sedang mereka lakukan di Afghanistan, di Iraq atau di Libya.

Kepada yang tidak yakin dengan tulisan saya, saya  cadangkan agar  mereka  pergi ke Kedutaan Saudi dan Qatar untuk  bertanya bila piliharaya akan diadakan  di Saudi Arabia dan Qatar? Khalas. (TT)

  
TULISAN INI
ada terkumpul
dalam buku
TIPU PILIHAN RAYA
turun
JALAN RAYA

--------------

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rakyat Malaysia yang menyokong FSA memang bangang..

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah...bila pilihanraya akan di adakan di Saudi dan Qatar....uncle Sham....jawabnya senang je....lu tunggu sampai mampos pon takkan ada pru kat dua negara ni.....kalau buat juga...gua nak jumpa doktor nak sunat sekali lagi.....kah kah kah

Apesal la lu buat lawak plak tanya bila pru kat dua tempat ni....nanti akan ada yang jawap...haram ooo melawan keluarga penjaga dua masjid....kah kah kah....tanya la yang ilmiah sikit uncle....macam siapakah yang bekalkan senjata pada al Saud pada mula mula dia nak satukan arab SAUDi....kah kah kah....lu buat gua sakit perut la....tapi ok gak..soalan lu memang sesuai untuk orang Malaysia....tak semua tapi kebanyakkan.....terbaik.

aku tawkey getah berkata...

TT, yg dok jerit sorak maki hamun kau ni semuanya lebai malas membaca.

asal usik parti islam jer, mesti nak melenting hehehe

untuk pak2 lebai semua; pemimpin parti islam tak maksum.. tolong laa paham sikit.

Tanpa Nama berkata...

Hahaha..
Abis laa kau isham. Kejap lagi masuk laa lebai2 pemalas (malas membaca) siap dgn maki hamun. Utk lebai2 sekalian, korang tak wajib bersetuju dgn tulisan TT. Tapi tolong laa rajin sikit buat research. Ini bukan kuliah agama, ini kuliah ekonomi. Ada paham?

Tanpa Nama berkata...

Ahmad Mehran, antara pengasas Salvation Front (kump Tamarod) letak jawatan " I was exposed me the truth and I knew that the dispute foundation is odds with Islam, and that war is not a war political or ideological but rather is a WAR ON ISLAM and hostility to Islam and the demolition of the state is the goal, either chaos and ruin" http://www.sehha.com/world/index.php?s=cd20744e7652146c4f12f5d067eefb0b&showtopic=33389&pid=179482&st=0&#entry179482

http://arabca.blogspot.com/2013/06/blog-post_5867.html

Libang Libu berkata...

Tuan TT,

dalam artikel ini tuan tidak bercerita panjang lebaw berkenaan tamar rod.

apa dah jadi dgn tamar rod?

adakah telah dicincang2 tentera mesir untuk dibagi makan unta2 kurap?

Tanpa Nama berkata...

Justeru wajib disedari jika Iraq
hanya pengekspot petai, jering
dan cincalok pasti Iraq tidak
akan diserang. Jika Iran hanya
memiliki budu dan tidak
memiliki bahan bakar
petrolium dan gas maka Iran
tidak akan diserang. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

kejap lagi ramai la lebai2 pukimak yang bodoh pegi demo sokong FSA hari tu menyalak anjing dkt sini..kalau dah bodoh tu tunjuk plk lagi kat orang ramai lebai2 pukimak ni mmg muka tak reti malu..sepuluh kali mulia lagi syiah di iran dari sunnah wal Barua US di saudi...nk jugak tegakkan benang basah..lebai melayu mmg bodoh dan pukimak...elok mati telan biji saga lagi elok saving oxygen dunia...anarchists kat malaysia pon blh tahan bangang ramai pergi sokong FSA...bodoh sampai mampos trendy wankers..harap pakai je punkers tapi otak udang...perabih oxygen

Tanpa Nama berkata...

orang melayu islam adalah hidupan paling bodoh di muka bumi.

Tanpa Nama berkata...

sape2 kenal admin KAMI BENCI SAIFUL BUKHARI di facebook tlg nasihatkan dia sikit jangan buat perangai dajal menjulingkan mata orang ramai.

Tanpa Nama berkata...

i dont giv a damn about morsi not becoz he is morsi

i dont giv a damn becoz i don giv a damn of the whole arab league

arab sucks.and boring.

Tanpa Nama berkata...

teori 1: negara yg "menyokong" US mostly monarki raja termasuk mesia,brunai,arab saudi dan qatar yg kaya dgn minyak yg menjadi nyawa US Dollar..bukan emas.

teori2: US,Rusia hanya bersandiwara bergaduh namun masing2 melagakan syiah ( Rusia ) dan Sunni ( US ). Disebalik key player ( US & Russia) ada watak tambahan yakni Arab Saudi/Qatar ( untu Sunni ) dan Hizbullah ( Untu syiah)......maka siapa tuan director..yahudi ( Israel)..sirael yg untung.

teori 3 : Mesir dan Turki paling bahaya pada Israel..mesir/Turki telah menjelmakan kebangkitan Islam dgn mengunakan formula kapir yakni demokrasi...kebangkitan rakyat di Mesir memberi bahaya pada monarki rantau Arab yg dicorak oleh British melalui Perang Dunia 1 ( pemecahan negara arab ) dan perang Dunia 2 ( pengukuhan monarki Arab dan kelahiran Israel).

apa guna banyak membaca jika buku2 dari mereka yg sesat melainkan AlQuran dan sejarah sahabat dan Rasullah sendiri.

Tanpa Nama berkata...


NAK BUAT APA?
APA BOLIH DIBUAT?

BACA BACA BACA
LEPAS TU
UNDI UNDI UNDI
LEPAS TU
KENA TIPU
KAHKAHKAH
LEPAS TU
HARI SABTU
TURUN JALANRAYA
PAK TT, HARI SENIN MAHU KERJA
:)
KAHKAHKAH

Tanpa Nama berkata...

Syam.. hati ko masih kelabu lagi syam, berjeruburrrr, syiah tu agama baru baroo, siapa pengasas dan apa tujuanya??..Ko belum mahir mentafsir penipuan. macam mana niii.. USSSR bantu syiria ni semua wayang.. bukit golan di tawan, ini wayang.. teori Turki pulak ko keluarkan.ko tau ke roadmap New World order. bila aku baca ko punya tulisan, nampak macam sekular, macam x tau sejarah peperangan islam. macam anti khalifah.. lebih baik diam syam daripada menghasut yang bukan2/merepek, nanti jadi fitnah... aku nasihat ko sebagai kawan jer.. berjihadlah atas jalan/Nama Allah, itu yang menjamin syurga syam, bantu saudara seagama dulu syam. jangan asyik nak tunjuk terer riak bongkak sombong ko je.. juling mata aku baca
"IQRAK - RAJINLAH MEMBACA"..phuiii!!! sampah lagi.. tulis yang baru syam..kuikuikui..

Tanpa Nama berkata...

Sampah lagi ni TT... Warghkakakaka...
almaklumlaaa.. duit penuh poket, kelabu le mata ye.

Tanpa Nama berkata...

Apa pasal pulak?