Selasa, 27 Oktober 2026
BETUL KE APA MENTERI INI ROYAK ?
BETUL KE CAKAP
PAK MENTERI INI?
AMIN
APA JADI DENGAN
3 MATI DI MELAKA?
AMIN
BILA NAK SIASAT
DAH LAMA BERLAKU
KHALAS
Kes mati dalam tahanan polis: Keluarga Noorizwan tuntut pelaku ditahan, didakwa
KUALA LUMPUR: Keluarga Allahyarham Noorizwan Zulkefly, yang meninggal dunia ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, mahu Ahli Parlimen membangkitkan isu berkenaan di Dewan Rakyat, selain mendesak Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, menjelaskan status siasatan kes itu.
Keluarga turut meminta penjelasan mengenai dakwaan kecederaan dialami Allahyarham serta tindakan yang sudah diambil terhadap anggota polis terbabit.
Adik Allahyarham, Nooranis Zulkefly, berkata keluarga menuntut keadilan atas kematian abangnya yang memasuki hari ke-27.
"Kita menuntut keadilan, kita minta semua pelaku ditangkap serta digantung tugas dan kita minta pelaku dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Tiada sebarang cubaan tutup kes mati dalam tahanan" - Saifuddin Nasution
KUALA LUMPUR: Kes Allahyarham Noorizwan Zulkefly, yang meninggal dunia ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras sudah diambil alih oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata pihak polis sudah mengenal pasti satu seksyen mengikut Kanun Keseksaan untuk menjadi hala tuju siasatan.
"Di pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN), kita tidak pernah kompromi terhadap pelanggaran, sekiranya ada, sekalipun membabitkan penguatkuasa undang-undang.
"Tiada sebarang usaha atau tindakan percubaan untuk menutup kes ini selepas kita mengambil alih," katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 bagi KDN, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
NEGARA MAKIN SAKIT TENAT
NEGARA KITA
SEDANG DALAM
SAKIT TENAT
AMIN
WARGA MATI
DALAM LOKAP
POLIS
AMIN
KUCING DISELAMAT
BOMBA BERI
PADA ULAR SAWA
AMIN
MASA DAH SAMPAI
KITA BANGUN
DAN LAWAN
KHALAS
Persatuan Bomba Sukarela Taman Mount Austin (PBS Taman Mount Austin) di Johor dikecam hebat netizen selepas seorang anggotanya didakwa meletakkan seekor anak kucing di dalam bekas yang sama dengan seekor ular sawa dewasa, dalam satu video yang tular di media sosial.
Pasukan itu dilaporkan membuat laporan polis dengan menafikan kejadian tersebut dan mendakwa anak kucing itu selamat, namun setakat ini tidak mengemukakan sebarang bukti.
Dalam kenyataan di Facebook, PBS Taman Mount Austin menegaskan bahawa ular tersebut telah pun mati sebelum kucing itu dimasukkan ke dalam bekas.
"Dakwaan bahawa pihak kami ‘memberi kucing sebagai makanan kepada ular’ adalah tidak selaras dengan keadaan sebenar yang berlaku.
"Tiada bekas tambahan yang tersedia di lokasi pada ketika itu, lalu anggota kami menempatkan kucing tersebut bersama ular berkenaan.
"Tindakan ini merupakan kaedah penempatan sementara dalam keadaan tersebut dan bukannya bertujuan menjadikan kucing itu sebagai makanan ular," katanya.
PBS Taman Mount Austin turut memohon maaf atas kejadian itu.
"Pihak kami dengan ikhlas memohon maaf atas keresahan dan kekeliruan yang timbul akibat insiden ini.
"Kami mengakui bahawa menempatkan kucing bersama ular yang telah mati di dalam baldi yang sama bukanlah kaedah penempatan yang ideal dan boleh menimbulkan salah faham yang tidak sepatutnya," katanya.
Pasukan itu menegaskan bahawa kucing tersebut telah dilepaskan dan bukannya digunakan sebagai makanan kepada ular, sambil menggesa orang ramai mengelakkan daripada membuat kesimpulan hanya berdasarkan rakaman yang tidak lengkap atau maklumat yang belum disahkan.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyatakan lokasi atau waktu pelepasan, mahupun keadaan kucing berkenaan ketika dilepaskan.
Tindakan PBS mengakibatkan kebanyakan netizen di ruangan komen Facebook pasukan itu tidak berpuas hati dan mendesak mereka untuk menunjukkan bukti bahawa anak kucing itu masih hidup.
"Di manakah bukti bahawa anak kucing itu selamat dan telah dilepaskan?” tanya seorang netizen.
Seorang lagi netizen mempersoalkan dakwaan bahawa ular itu sudah mati.
"Dalam video itu, ular sawa tersebut melingkari anak kucing yang sedang mengiau meminta tolong. Boleh sesiapa jelaskan?” katanya.
Niat baik bukan alasan
Sementara itu, peguam hak haiwan Rajesh Nagarajan berkata operasi menyelamat tidak boleh dijadikan tontonan dan haiwan yang tidak berdaya bukan alat prop.
"Tiada anak kucing yang patut diletakkan dalam bekas bersama ular sawa, hidup atau mati. Hakikat bahawa anak kucing itu dilepaskan tanpa cedera bukan pembelaan. Persoalannya, mengapa ia diletakkan dalam situasi itu sejak awal lagi.
"Ketakutan, tekanan dan penderitaan yang tidak perlu juga diambil kira," katanya kepada Malaysiakini.
Pengasas Lawyers for Animal Rights (LFAR) itu turut menegaskan niat baik dan status sukarelawan tidak boleh dijadikan alasan untuk pengendalian yang cuai.
"Kumpulan yang mahu kepercayaan orang ramai mesti memenuhi standard profesional, dan pihak berkuasa mesti berhenti menganggap kebajikan haiwan sebagai perkara kedua.
"Jabatan Perkhidmatan Veterinar mesti memperkenalkan protokol pengendalian yang wajib, standard yang boleh dikuatkuasakan dan akauntabiliti sebenar untuk kumpulan penyelamat.
"Belas kasihan bermula dengan tidak meletakkan haiwan dalam bahaya. Mereka yang tidak memahami hal itu tidak layak mengendalikan operasi menyelamat," katanya.
POLITIK BARU - KUASA AMERIKA TERUS DI TOLAK
SAUDI TURKI
PAKISTAN TAKDA
PILIHAN
AMIN
KINI IKTIRAF
IRAN SEBAGAI
KUASA BARU
AMIN
IRAN TELAH
DIDUGA
OLEH AMERIKA
ZIONIS ISRAEL
IRAN MUNCUL
DENGAN JAYA
AMIN
Rundingan Iran, negara pakatan Makkah berkait keselamatan serantau berjalan baik
TEHRAN: Arab Saudi, Turkiye dan Pakistan sepakat mengadakan rundingan dengan Iran mengelakkan perang di Asia Barat kembali tercetus.
Tehran menyifatkan rundingan membabitkan pegawai kanan dari negara berkenaan berlangsung dalam keadaan sangat baik.
Kementerian Luar Arab Saudi, dalam kenyataan, berkata wakil dari tiga negara anggota pakatan Makkah itu berkunjung ke Iran bagi menjayakan usaha meredakan ketegangan antara pihak terbabit dalam krisis semasa.
Rundingan itu, yang turut disertai Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Khalid Salman, berlangsung selepas amaran Amerika Syarikat (AS), Iran dan Israel bahawa permusuhan dalam konflik yang berlarutan selama lapan bulan itu boleh kembali tercetus.
Lawatan berkenaan adalah kunjungan bersama pertama Pakistan, Arab Saudi dan Turkiye ke Tehran sejak ketiga-tiga negara membentuk pakatan pertahanan di Makkah, pada Ogos lalu.
Delegasi berkenaan mengadakan pertemuan dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian dan Menteri Luarnya, Abbas Araghchi.
Menurut media kerajaan Iran, pertemuan itu berakhir tanpa sebarang pengumuman penting, namun semua pihak menyatakan persetujuan untuk meneruskan perbincangan.
Namun, media kerajaan Tehran melaporkan Ketua Keselamatan Iran, Mohsen Rezaei, menyifatkan rundingan di ibu negara Tehran itu sebagai sangat baik.
"Saya berasakan suasana baharu sedang terbentuk di rantau ini... Saya mengesan suasana sangat positif dalam perbincangan antara wakil yang hadir," katanya.
Beliau berkata, semua pihak bersetuju bahawa keselamatan serantau perlu dipastikan oleh negara di rantau itu sendiri dan sebarang bentuk campur tangan asing mesti dielakkan.
Katanya, perbincangan turut memberi penekanan kepada pendudukan Israel di selatan Lubnan, selatan Syria, Gaza dan Tebing Barat.
Putera Khalid, Ketua Tentera Pakistan, Jeneral Asim Munir serta Ketua Perisikan Turkiye, Ibrahim Kalin, turut mengadakan pertemuan dengan Rezaei.
Ketegangan serantau meningkat menjelang pilihan raya penting Israel dan pilihan raya pertengahan penggal AS minggu depan, ketika Parti Republikan pimpinan Presiden Donald Trump berusaha mengekalkan penguasaan di kedua-dua dewan Kongres AS.
Ketika rundingan di Tehran bermula, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, berkata langkah menghentikan sebarang peningkatan ketegangan di Asia Barat adalah penting.
"Risiko serangan ketenteraan besar-besaran terhadap Iran, digabungkan dengan serangan besar-besaran oleh Iran terhadap negara Teluk, perlu dielakkan dengan sebarang cara," katanya pada sidang media di Kaherah. - AFP
AKHIRNYA DUNIA INI MILIK ANAK MUDA
LIHAT APA
YANG BERLAKU
DI PARIS
AMIN
DI PERANCHIS
ANAK MUDA
MENYEDIAKAN
MASA DEPAN
AMIN
AKHIRNYA
DUNIA INI MILIK
ANAK MUDA
KHALAS
Unknown commented on
"TOWKAY CHINA SAKSI
TEROWONG BUNUH DIRI ?"
Ramai orang kita tampal duit RM 100 jadikan pedoman, jadikan matlamat hidup mereka, kerana Mahathir RM 500 dan RM 1000 tiada lagi, kalau tidak penuh dinding rumah ditampal dengan wang kertas terpaling tinggi nilai, sekarang manusia tak kira agama tak kira bangsa sudah menikam belakang sesama sendiri untuk mendapatkan RM, bukan Rosmah Mansor tetapi Ringgit Malaysia kah kah kah kah kah
Unknown commented on
"DR SAM SOSOK BERJIWA BESAR"
Inilah sikap orang-orang kita sebelum dapat jawatan, apabila dapat terus menjadi panglima bangsa agama ketuanan kah kah kah, kalau masih percaya orang-orang politik dan barua mereka dalam agensi tunggu saja hari kiamat kah kah kah kah lari dahulu
Unknown commented on
"PAGI ESOK KE PARLIMEN -
ORANG MISKIN MATI DALAM LOKAP"
Senyap menyap ketua uruskan dua lubang nikmat, mana ada masa tengok masalah anak buah yang dipilih khas, kah kah kah, pergi lah mana pun ada aku kisah? Inilah sikap majoriti yang selesa yang mendapat segala kemudahan nikmat percuma tanpa usaha kah kah kah mendidik anak-anak biar dari kecil kah kah kah kah
Unknown commented on
"AKHIRNYA DUNIA INI
DIMILIKI ANAK MUDA"
Betulkah? Nak kentut petai? Tengok muka pemimpin mana satu anak muda? Akmal Salleh ketua pemuda berapa usia? Pemuda dikategorikan 40 an? Kah kah kah jangan buat lawak bersiri pulak TT?
Kah kah kah semua pemimpin alam melayu sekaligus pemuda pemudi generasi strawberi 🍓
Awaiting moderation
Unknown commented on
"AKHIRNYA DUNIA INI
DIMILIKI ANAK MUDA"
dunia ini milik orang yang masih hidup..
Unknown commented on
"AKHIRNYA DUNIA INI
DIMILIKI ANAK MUDA"
auku, kos sara hidup, akta hasutan, pendidikan percuma, hapus ptptn, kebebasan bersuara.. dan macam2 lagi janji yang telah pun dicapati..
apa yang anak muda terpandai dekat UM mampu buat hanya bercakap depan kj drrma najib bodoh.
kah kah kah
hidup madanon.. tahniah, anak muda telah dimandulkan pemikiran mereka.. semua perkara adalah sebab najib
kah kah kah
Unknown commented on
"PAGI ESOK KE PARLIMEN -
ORANG MISKIN MATI DALAM LOKAP"
x kiralah miskin atau tidak bila ada kematian yang d sangsikan mesti d siasat supaya keadilan dapat d tegakkan dan jika terbukti wujud salah laku penyebab kepada kematian tersebut pihak pelaku d hadap ke muka pengadilan!!!
Unknown commented on
"DR SAM SOSOK BERJIWA BESAR"
Another cult member = sakaunomics, economy kosong, budaya arab A plus. Kakakakak...baik pindah ke mekah aja pertahankan dari houthi.
Unknown commented on
"DR SAM SOSOK BERJIWA BESAR"
Contoh pemimpin negara fokus bagaimana berkhidmat negara dan rakyat. Yang fokus menang pilihanraya adalah politikus yang gila kuasa dan bagaimana guna kuasa sakau kekayaan negara.
JANGAN BUNUH ORANG MISKIN - MEREAK PUN SAMA MACAM KITA
JANGAN BUNUH
ORANG MISKIN
AMIN
MEREKA SAMA
MACAM KITA
KHALAS
Unknown commented on
"PAGI ESOK KE PARLIMEN -
ORANG MISKIN MATI DALAM LOKAP"
Jika yang mati itu:
anak ketua polis negara,
anak pengarah siasatan jenayah bukit aman,
anak pesuruhjaya polis,
anak ketua polis kuala lumpur
anak menteri dalam negeri,
anak zahid hamidi
anak Ketua Menteri,
boleh jadi sama selepas 3minggu masih belum ada tangkapan malaun mana yang menyebabkan kematian? selepas setahun kes senyap?
Bertindak Atas Maklumat. Malaysia Boleh!
DARI BALKONI LE CHATEAU
DARI BALKONI
LE CHATEAU
JAM SATU ++
AWAL TADI RENYAI BASAH
MATAHARI HILANG
KINI JALAN DEPAN LE CHATEAU JEM
ABAH EMAK DAN BAS SEKOLAH
BERASAK-ASAK AMBIL
ANAK-ANAK PULANG DARI
SEKOLAH RENDAH
KWANG CHENG
DI BELAKANG MAKAM
KWANTUNG
KAPAL TANGKI DADAH SAPA TOWKAY ?
SYARIKAT KAPAL
SAPA TOWKAY?
AMIN
DATU SERI MANA
PEMILIK ?
KHALAS
Dua rakyat tempatan termasuk pemilik kapal ditahan susulan rampasan ketamin 1.16 tan oleh pihak berkuasa Indonesia
KUALA LUMPUR: Pengarah syarikat pemilik asal kapal tangki MT Global 168 antara dua lelaki ditahan polis susulan rampasan 1.16 tan ketamin oleh pihak berkuasa Indonesia, minggu lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan, berkata dua lelaki warga tempatan berusia 45 dan 44 tahun itu ditahan di Johor Bahru, Ahad lalu.
Katanya, lelaki berusia 45 tahun adalah pengarah syarikat pemilik asal kapal tangki MT Global 168, manakala lelaki berusia 44 tahun ejen atau broker penjualan kapal berkenaan.
"Siasatan awal mendapati kapal itu dibeli April lalu untuk dijual semula selepas kerja penambaikan bagi mendapatkan keuntungan.
"Kapal MT Global 168 dijual kepada sebuah syarikat beralamat di Yangon, Myanmar pada 28 Jun lalu melalui ejen," katanya di sini, hari ini.
Hussein berkata, kedua-dua lelaki direman tujuh hari bermula semalam hingga 1 November ini bagi membantu siasatan.
Katanya, siasatan turut mengenal pasti tiga individu lain dipercayai warga Singapura, Taiwan dan Myanmar yang dikehendaki bagi membantu siasatan.
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
SELASA 27 OKTOBER 2026
MENGUNDI DI ISRAEL
ISREAL MENGUNDI HARI INI
Kemarin Senin di beritakan Setanyahu gaduh dengan Kepala Tentera Isreal. Setanyahu mahu Israel serang Iran – bikin kacau sebelum PRU.
KEPALA TENTERA tolak projek jahat Netanyahu.
TUJUAN PROJEK
Setanyahu akan dilihat hebat.
Setanyahu akan selamat jika kacau berlaku – maka PRU di tunda – ini kerana jika Setanyahu kalah KES RASUAH AKAN DI BUKA.
MAT TERAM mula tuduh demo budak sekolah di Peranchis kerja kumpulan IMIGRAN dan ISLAM.
ISREAL – juga tuduh demo di EROPAH KERJA IMIGRAN dan KUMPUALN ISLAM.
BRAZIL
Sah Lula kini menang dan di nobat jadi Presiden Brazil kali ke lima.
Lawan Lula Bolsonaro TOLAK kemenangan Lula – KRISIS muncul ?
PERANCHIS
3 – 4- 5 NOVEMBER sedang di susun untuk demo besar – selagi tuntutan tidak di beri rakyat akan ke jalan raya.
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar – matahari dah keluar cahaya masih lemah – KL & KL Sentral berkabus nipis – JEREBU dah berkurang – Langit biru dah mula di lihat - bersama awan putih.
Jelas Jerebu di wilayah KL makin berkurang.
Pagi ini awalnya hanya Puppy dan Mak yang menunggu – kemudian ramai datang – Siti ada sama - Tiong pun datang sama – Terkukur tak muncul. Ramai makan gua gumbira.
Gua tak dengar suara burung – mungkin kerana sejuk.
Di pintu LIF Tak Tak dapat JAJAN SPESIAL.
Dua amoi datang menunggu lif – Tak mencium bungkusan – Ha ha Amoi Baik buka dan beri SEKEPING KAKI ITIK yang dah jadi macam keropok.
Manusia BAIK DALAM DUNIA INI RAMAI. Amin.
Jap lagi gua nak bersama demo ke Parlimen – KES BUNUH ORANG MISKI – Amin
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SELASA SEPERTI BIASA
BRO
Budak sekolah berbaju batik
Belajar sejarah Asli Senoi
Tak Tak dapat kaki itik
Jajan di beri oleh Amoi
Orang Asli orang Senoi
Tebang buluh dengan kapak
Yang baik hati ialah Amoi
Yang dapat rezeki ialah Tak Tak
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKERJA
Langgan:
Catatan (Atom)













