Ahad, 18 Jun 2017

INTAN BERLIAN MILIK SUAMI MO1






FACE BOOK


ADAKAH BARANG KEMAS MEWAH MILIK ISTERI MO1 BAKAL KENA RAMPAS JUGA?
Apa yang menarik dalam tindakan kali ketiga dan terbaru semalam oleh Jabatan Kehakiman AS untuk menyita beberapa lagi aset yang dipercayai berpunca daripada dana 1MDB yang diselewengkan ialah ia turut menyebut mengenai pembelian dan hadiah barang kemas mewah untuk isteri Malaysian Official 1.
Daripada wang derma AS$620 juta yang kononnya dikembalikan oleh Malaysian Official 1 kepada pemberinya, DOJ mendapati sebahagian wang tersebut turut digunakan untuk membeli loket dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu berharga AS$27.3 juta atau kira-kira RM120 juta.
Ia didakwa dibeli untuk kegunaan isteri Malaysian Official 1.
Selain itu, Jho Low didakwa menghadiahkan 27 barang kemas lain lagi bernilai RM5.5 juta atau AS$1.3 juta kepada isteri Malaysian Official 1 dalam beberapa masa yang berbeza.
Senarai barang kemas tersebut ialah:-
- 1 gelang tangan emas putih 18k bertatah berlian berharga AS$52 ribu.
- 1 gelang tangan emas 18k bertatah berlian putih berharga AS$52 ribu.
- 1 gelang tangan "rose gold" 18k bertatah berlian putih berharga AS$52 ribu.
- 2 gelang tangan emas hitam bertatah berlian perang berharga AS$99 ribu.
- 3 gelang tangan emas putih 18k bertatah berlian putih berharga AS$91,200.
- 2 gelang tangan emas 18k bertatah berlian berharga AS$60,800.
- 3 gelang tangan emas hitam bertatah berlian perang berharga AS$76,125.
- 2 gelang tangan emas hitam 18k bertatah berlian hitam berharga AS$35,500.
- 2 gelang tangan emas putih 18k bertatah berlian putih berharga AS$92 ribu.
- 4 gelang tangan emas putih 18k bertatah berlian putih dan jed hitam berharga AS$68 ribu.
- 1 gelang tangan emas 18k bertatah berlian putih berharga AS$65 ribu.
- 1 utas rantai "rose gold" berbatu nilam pelbagai warna berbentuk hati berharga AS$150 ribu.
- 1 utas rantai "rose gold" 18k bertatah berlian putih berharga AS$70,714.
- 1 utas rantai emas 18k bertatah berlian putih berharga AS$55,489.
- 1 utas rantai emas putih 18k bertatah berlian putih berharga AS$40,172.
- 1 utas rantai emas putih 18k bertatah berlian putih dan hitam berharga AS$240 ribu.
Bermakna, jumlah keseluruhan barang yang dibeli untuk kegunaan isteri Malaysian Official 1 yang DOJ percaya bersumberkan dana 1MDB yang diselewengkan ialah berjumlah AS$28.6 juta (AS$27.3 juta + AS$1.3 juta) atau dalam mata wang Malaysia kira-kira RM125.5 juta.
Keseluruhan dana 1MDB yang dipercayai diselewengkan adalah berjumlah AS$4.5 bilion atau RM20,000 juta, manakala harta dan pelbagai aset lain yang dalam senarai DOJ untuk dikejar atau disita ialah sebanyak AS$1.7 bilion atau RM7,000 juta.
Dengan menyenaraikan barang-barang kemas mewah yang dipercayai dibeli dengan menggunakan dana 1MDB itu, apakah DOJ akhirnya akan menyita dan merampasnya juga daripada isteri Malaysian Official 1 sebagaimana sebelum ini mereka berusaha menyita dan mendapatkan balik pelbagai aset, hotel, kondo mewah, karya seni dan sebagainya daripada Jho Low dan Riza Aziz?
Bagaimana DOJ mahu menyitanya daripada isteri Malaysian Official 1?
Adakah untuk tujuan tersebut, DOJ perlu datang ke Malaysia dan menggunakan saluran undang-undang untuk mendapatkan semua barangan kemas yang disenaraikan itu?
Tetapi, siapa isteri Malaysian Official 1 itu?
Syhhhhh.......(ShahbudinHusin 16/06/2017).







--------------------

3 ulasan:

Dragonfly berkata...

Kita ppakat nego dgn usa embassy jd event mgr buat pameran khas sempena bulan2 berikut: eidul fitri, eidul korban, bulan Merdeka or deepavali or christmas 2017. Kalau tak sempat, next year sewaktu cuti raya guru, hari tentera or hari buruh pun okay. Postpone sampai kiamat lar GE14 KAAH

Unknown berkata...

Nak rampas apa. ,????
Semua dah dibawa lari..bersama-sama barangan lain..
di isi dalam berpuluh-puluh beg.... penerbangan ke Eropah
tempoh hari.....

Unknown berkata...

Kalau dapat rampas dan sita semula, nanti nak serah kepada siapa? Mesti mau pulangkan kepada rakyat Malaysia kan? Wakil dr malaysia untuk collect nanti mesti MO 1 atau wakil beliau kan?