ABIS ILANG
TINGGAL
SELUAR DALAM
Jika pembacha2 Tukar Tiub yang budiman berkunjong ke Trengganu dan Kelantan pada tahun 1960an ...terdapat banyak pondok2 tak berdinding di tepi jalan...sekarang orang panggil nama glamor Gazebo. Nama asal orang panggil Wakaf.
Sesuai dengan nama itu sering insan yang membena wakaf itu bertujuan memberi kemudahan pada musafir atau pejalan kaki berehat atau singgah solat.Selalu juga ada perigi atau telaga berdekatan.
Anak muda juga suka main dam atau aji di wakaf2 tersebut.
Dalam hukum Tajwid juga disebut pelbagai Wakaf Ikhtibari,Intizhari,Idhthrari, Ikhtiyari serta berpuloh jenis pechahan. Semua nya membawa maksud berhenti.
Kalau di Trengganu ada Wakaf Tapai di Marang dan Wakaf Mempelam Kg Tok Jamal di KT.
Di Kelantan pula ada banyak lagi tempat yang bernama Wakaf:
Wakaf Che Yeh .
Wakaf Baru.
Wakaf Stan
Wakaf Siku...dll
Sayang nya tempat2 bernama Wakaf ini dah tak ada benaan wakaf.Jadi macham Wakaf Siku di negeri Kelantan Darul Naim dah tak ada wakaf..
yang maseh ada hanyalah BUROK SIKU.
kah kah kah
Jalan Gebeng tukar jadi Jalan QinZhou.
Wakaf Siku tukar jadi BUROK SIKU.
-----------------
2 ulasan:
Wakaf tapai dah jadi tapai.
mana lagi 'jalan kaki'?
sejak bila?
zaman BAPAK mana satu?
sikalang dah MAJU, semua dah pakai "ZOOM ZOOM ZOOM"
tak dapai GAZEBO lagi,
basikal pon takrak LAKU!
VELOMOBIEL lagi tarak tarak tarak laku!
p.s. ayat apa tu "VELOMOBIEL"? dari mana? dari bulean kah?
Catat Ulasan