Selasa, 23 April 2019

KAH KAH KAH MENGUBAH DUNIA









KAH KAH KAH

MENGUBAH DUNIA

Volodymyr Zelensky menang besar pilehanraya Presiden. Beliau seorang pelawak atau comedian yang berumor 41 tahun menewaskan bekas Presiden  Petro Poroshenko yang hanya dapat 30 peratus undi.

Duhai Pembacha Tukartiub Yang Budiman...kalah dengan Pelawak.Dah lah Penjawat atau incumbent....kalah dengan Pelawak ....Kah Kah Kah

Lebeh terok dari kalah dengan orang tua berumor 93 tahun !!!
Pinjam kata Saudara Isham..."This is a bad case of KUNTUM TAK MALUUN"

Tapi nanti..jangan pandang remeh profession pelawak.Hampa semua pikiaq lawak atau comedy itu benda mudah.Tidak sekali kali.Bukan senang nak buat lawak.

Mendiang Bob Hope dengan pulohan scriptwriters pernah berkata : " Humour or comedy is an extremely serious business"

Semasa sebagai pembangkang dalam PAS dan kebelakangan ini AMANAH, YB Mohamad bin Sabu lah yang boleh dianggap mempunyai bakat melawak.Dari Mak Enon ke Sakaran Dandai semua jadi mangsa..tapi dia tidak di benchi orang(selain dari pendengki2 geng semutar). Dia  disenangi Melayu China dan India.Suka melawak tapi ada keseriusan yang terselindong yang tak ada pada pemimpin lain.

Sedikit tunjok ajar dari Tun Dr M....Malaysia saperti Ukraine mungkin patut menaroh Harapan murni kepada Abang Mat untok menyatupadukan raa'ayat Malaysia dengan seikhlas mungkin.

Beraleh dari Mat Sabu ke dialek Pantai Timor.Kalau di Kelantan atau Trengganu....sebut saja  "PELAWOK"...maknanya   PEMBOHONG.
Tak heranlah  Pelawak buleh jadi President kerana bukankah pembohongan itu sebati dengan politik. kah kah kah

Selamat majujaya President  Volodymyr dan Abang Mat !!!!



---------------

Tiada ulasan: