Isnin, 25 April 2022

BERPADA -PADA

 


Inflasi: Pengguna lebih waspada berbelanja menjelang Aidilfitri, kata peniaga

PENGGUNA dilihat berbelanja secara berhati-hati menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri susulan berlakunya inflasi terhadap barangan makanan seperti daging lembu dan makanan laut, kata peniaga.

“Walaupun ramai keluar untuk membeli daging lembu menjelang sambutan Aidilfitri, namun mereka membelinya dalam kuantiti sedikit,” kata penjual daging lembu Khairul Anwar Ab Majid.

Beliau berkata walaupun umat Islam teruja menyambut 1 Syawal selepas pandemik Covid-19, namun mereka lebih berhati-hati.

“Sebelum ini, ada pernah membeli 10kg daging lembu tetapi kini mereka hanya mampu membeli 3kg,” katanya.


“Ini lebih teruk berbanding semasa perintah kawalan pergerakan (PKP).”

Menurut Khairul, harga daging lembu tempatan dan import secara amnya meningkat 20% hingga 30% berikutan kos pengangkutan yang lebih tinggi.

“Kos mengimport daging dari Australia, Indonesia dan Thailand kini lebih tinggi berikutan kenaikan harga minyak. Beberapa barangan import meningkat lebih daripada 50%.”

“Rusuk daging lembu yang dahulu berharga RM38 sekilogram kini RM60 sekilogram,” kata Khairul.

Selain kenaikan harga minyak, Khairul berkata penyusutan nilai Ringgit juga menyebabkan barangan import lebih mahal.

Selepas berlegar di sekitar julat 4.22, Ringgit jatuh ke paras terendah dengan 4.32 sejak Mei 2020 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat disebabkan dasar Rizab Persekutuan AS yang lemah berbanding mata wang yuan China.

Tahun ke tahun, Ringgit menyusut 3.8% berbanding dolar AS, sekali gus menyumbang prestasi teruk serantau.

Berbanding mata wang lain, ringgit juga lemah berbanding dolar Singapura (SGD) kepada serendah 3.1664 pada Jumaat, serta berbanding yen Jepun (kepada 3.3771 berbanding 3.3435) dan pound Britain (kepada 5.6156 berbanding 5.603).

Namun ketika harga minyak dan nilai mata wang susut hingga menyebabkan harga barangan lebih mahal, kerajaan berkata inflasi masih terkawal disebabkan subsidi petrol dan lain-lain.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, inflasi meningkat 2.2%, terutamanya didorong makanan dan minuman bukan alkohol .

“Daging lembu import menjadi sangat mahal. Orang dulu cakap makanan laut ini mewah. Ini sama untuk rusuk lembu,” kata peniaga daging lembu itu.

Malah, Khairul berkata gaji domestik tidak meningkat, menyebabkan kuasa membeli lebih rendah. – 25 April, 2022.

 KITA PUASA

SETAHUN SEKALI

AMIN

KITA RAYA

SETAHUN SEKALI

AMIN

BUKAN DILARANG

ENJOI DE MENJOI

AMIN

TAPI WAJIB

BERPADA-PADA

AMIN

BILA KITA BELI

KASUT INGAT

PADA SOSOK

YG PAKAI SELIPAR

AMIN

BILA KITA BELI

SELUAR INGAT

PADA KEKASIH

YG BOGEL 

 TAK PERLU

 PAKAIAN MAHAL

KAH KAH KAH

2 ulasan:

Ketua Pengarang berkata...

isham rais si atheist tapi excited nak sambut raya. kah kah kah!

Tanpa Nama berkata...

Gwa setuju kalau BERUK yang dibawa masuk ke dalam khemah besar itu adalah beruk yang setia, boleh bertolakansur, punyai nilai moral ya g baik dan tidak menganggap diri sendiri lebih tinggi dari orang lain. Kalau BERUK-BERUK yang lari ke Sheraton dan kini nak KEMBALI, lebih baik tak payah lah. Sekali dia boleh lari ke Sheraton, akan datang boleh lari ke Holton, PWC atau LAIN-LAIN. Memang DNA pengkhianatan dah melekat kuat oleh super glue dalam kepala hotak mereka. Pastu yang jenis nak berlagak bagai zoologis dan kaki tebuk atap atau pintu belakang, tak payahlah... buat sakit ati dan mencaruk je... Canpak je jenis camni..