Anak seni kena hasilkan karya bermanfaat untuk masyarakat
KUANTAN – Penggiat seni dan hiburan di tanah air dinasihatkan supaya menggunakan bakat masing-masing ke arah yang lebih bermanfaat kepada masyarakat.
Menteri (Hal Ehwal Agama) di Jabatan Perdana Menteri, Idris Ahmad berkata, anugerah yang diberikan itu sepatutnya digunakan untuk mendidik dan memberi mesej yang baik kepada ummah bukan mengejar populariti semata-mata.
Sejak kebelakangan ini, katanya, dunia seni tanah air disajikan dengan banyak drama Melayu yang memaparkan adegan berunsur lucah sehingga membimbangkan ramai pihak.
“Soal seni adalah benda yang tuhan beri, bukan semua orang pandai buat seni, begitu juga pelakon kebanyakannya cantik-cantik, ini pun anugerah tuhan, sebab itu kalau boleh mereka gunakannya untuk jadikan satu perkara yang boleh memberi manfaat kepada orang.
“Mesej untuk mendidik masyarakat itu biar sampai, sesetengah orang dia mahu faham agama, akhlak dan moral melalui drama, animasi dan pelbagai lagi, mereka tidak minat pada ceramah yang panjang,” katanya..
Justeru Idris berkata, beliau menghormati anak seni dan mengharapkan mereka terus berkarya dengan menghasilkan program yang bermesej dan berkualiti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan