Selasa, 14 Jun 2022

AHLI UMNO MUAK DENGAN PELACUR

 

120 penduduk Kampung Lancang ucap selamat tinggal kepada Pas

PASIR MAS – Seramai 120 ahli Pas, yang juga penduduk Kampung Lancang, dekat sini, mengucapkan selamat tinggal kepada parti itu kerana gagal menyelesaikan beberapa masalah yang menghimpit rakyat.

Mereka yang tinggal dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meranti, Parlimen Pasir Mas bertindak menyertai UMNO kerana yakin hanya parti itu yang dapat menyelesaikan masalah rakyat sejak sekian lama.

Borang keahlian baharu itu diserahkan wakil kumpulan berkenaan, Rizduan Ismail kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Ab. Ghani Harun dalam majlis ringkas di kampung itu, semalam.

Menurut Rizduan, atas kesedaran itu, semua mereka bersatu hati dan sepakat untuk tidak lagi memberi sokongan kepada Pas pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Sebaliknya, mereka mengharapkan kepada UMNO pula jika diberi peluang, untuk memulihkan kerajaan Kelantan setelah dirosakkan oleh kepimpinan Pas selama lebih 30 tahun memerintah.

“Kami istiqamah dalam menegakkan kebenaran dan memastikan kemenangan UMNO dan BN pada PRU 15 nanti.

“Kami berharap, 10 tahun akan datang, kawasan Kampung Lancang ini ada perubahan termasuk kemudahan permainan dan peluang kerja yang lebih banyak.” Katanya yang turut mewakili anak muda kampung itu.

Ab. Ghani dalam ucapannya mengharapkan penduduk kampung itu dan dalam Parlimen Pasir Mas khususnya agar bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk membina kestabilan negeri serta negara.

“Hanya UMNO dan BN saja parti terbaik untuk menerajui Malaysia dan Kelantan.

“Jika diberi kepada parti lain, akan terjadilah seperti zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan.

“Kerajaan Kelantan di bawah Pas selama 32 tahun pula hanya tahu mencari alasan menyalahkan orang lain, sedangkan mereka gagal dalam memguurus tadbir negeri,” katanya.

Dalam majlis itu juga, Penyelaras UMNO DUN Meranti, Zahari Omar turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Lancang kerana sudi bersama parti itu.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Mohd Rizduan Ibrahim meminta penduduk Kampung Lancang dan rakyat Kelantan amnya bangkit mempertahankan maruah diri.

Katanya, jangan lagi menjadi rakyat yang terus menerus diperbodohkan oleh pemimpin yang mengejar syurga dunia di atas pentas lakonan yang penuh muslihat.

“Sudah sampai masanya rakyat bersama UMNO dan BN untuk memulihkan Kelantan yang semakin mundur kesan daripada kerakusan serta kegagalan kerajaan Pas,” katanya. 

WOIT

120 ORANG

TAK RAMAI

KAH KAH KAH

SEBAGAI PEMULA

KIRA OKAY

AMIN

PERLU BAWA

RAKYAT KE JALAN

BARU ADA POTENSI

PERUBAHAN

AMIN

BAWA RAKYAT

KE JALAN RAYA

UNTUK MENANG

DI PILIHAN RAYA

KHALAS

AMIN







Tiada ulasan: