Selasa, 27 Februari 2024

TURUN KE DEMO MEGA SABTU INI



Segan dengan rakyat Barat lebih bersolidariti sokong Palestin – Tian Chua

KUALA LUMPUR – Himpunan Mega Demi Palestin akan menyaksikan buat pertama kali rakyat Malaysia mengadakan perarakan besar-besaran bagi menggesa menghentikan segera pembunuhan beramai-ramai di Gaza

Jurucakap Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) Tian Chua berkata, perarakan yang akan disertai oleh lebih 100 NGO dan parti politik itu akan diketuai oleh Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd. Azmi Abdul Hamid.

“Kita telah menyaksikan himpunan raksaksa di negara lain dan segan dengan negara Barat yang walaupun pemerintah mereka beri sokongan kepada rejim zionis tetapi rakyat mereka telah menunjukkan solidariti yang kukuh terhadap rakyat Palestin.

“Saya harap di Malaysia kerajaan telah menyatakan pendirian yang tegas dan rakyat harus menunjukkan kesatuan kita dengan pendirian yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia,” kata Tian Chua dalam sidang media hari ini.

Perarakan bermula dari bangunan Tabung Haji pada pukul 2 petang menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) kemudian melewati beberapa jalan termasuk KLCC, Hotel Renaissance, Maju Junction Mall, Jalan Raja Laut dan berakhir di Padang Merbuk.

Tian Chua berkata, jemputan telah dihantar kepada semua parti politik dari kerajaan dan pembangkang untuk bersama-sama dalam perarakan yang telah mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia.

Dua pemimpin iaitu Presiden Amanah, Mohamad Sabu Presiden Pejuang,  Mukhriz Mahathir telah mengesahkan kehadiran dan akan memberikan ucapan di Padang Merbuk.

“Isu Palestin ini adalah universal di masa semua kelompok politik tanpa mengira fahaman boleh bersama. Kita harap pada Sabtu ini kita boleh mencerminkan kesatuan dan perpaduan rakyat Malaysia untuk menyatakan satu suara yang tegas dan bersatu menyokong perjuangan Palestin,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi jurucakap, Hishammuddin Rais berkata, antara pengisian termasuk persembahan daripada Ito dan Blues Gang sebelum ucapan pendek disampaikan oleh pemimpin yang hadir.

Beliau berkata, mereka yang hadir boleh memakai baju berwarna hitam, putih, hijau, merah dan hitam iaitu warna bendera Palestin.

“Kita menyediakan pengawal keselamatan seramai 200 orang dan ada ambulans. Persediaan telah dilakukan secara rapi dan berharap semua rakyat Malaysia beragama Islam, Kristian, athies, apa sahaja kamu datanglah bersama. Ini bagi menyokong kemanusiaan.

“Hari ini Presiden AS, Joe Biden berharap akan ada gencatan senjata Isnin ini tapi Presiden Netanyahu pula mahu meneruskan serangan pada bulan Ramadan. Ini keadaan kritikal untuk menunjukkan solidariti dengan rakyat Palestin,” kata Hishammuddin.

Peserta diingatkan supaya tidak melakukan tindakan ganas, menggunakan kata-kata kesat, tidak membawa senjata dan menjaga kebersihan sepanjang perarakan dan perhimpunan berlangsung.- MalaysiaGazette


TURUN TURUN

TURUN

 RAMAI RAMAI

KITA BERSETIA

KAWAN DENGAN

PALESTIN

AMIN 

Tiada ulasan: