Jumaat, 16 Januari 2026

HABIS HANCUR PELUANG KHAIRY




Pemilihan UMNO tangguh sehingga selepas PRU16 - Zahid

KUALA LUMPUR: Pemilihan UMNO yang dijadual berlangsung tahun ini akan ditangguhkan dan diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Perkara itu disahkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, ketika ditemui pemberita selepas hadir pada Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Kerjasama (MoC) sempena Penganjuran Ekspo Agrikomoditi Women in Halal Industri, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini.

Ditanya sama ada dua jawatan tertinggi dalam parti itu akan dipertandingkan pada Pemilihan UMNO, beliau berkata perkara itu juga akan diputuskan selepas PRU16.

Mengulas penangguhan itu, beliau berkata ia terkandung dalam Perlembagaan UMNO yang melalui pindaan sebelum ini.

"Kita tunggu selepas pilihan raya okay... kita ada tempoh 18 bulan.

"Perlembagaan UMNO telah dipinda iaitu selepas 18 bulan daripada tarikh akhir tahun pemilihan atau selepas pilihan raya (umum)... mana-mana yang dulu," katanya.

Sebelum ini, ada pemimpin UMNO di peringkat cawangan mengesyorkan kepada pucuk pimpinan parti supaya pemilihan UMNO 2026 tidak wajar ditangguhkan.

Ahmad Zahid juga sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau terbuka sekiranya dua jawatan tertinggi dalam parti itu dipertandingkan pada Pemilihan UMNO 2026.

Bagaimanapun, beliau berkata UMNO perlu mengukuhkan parti terlebih dahulu berbanding memikirkan soal pemilihan dan jawatan tertinggi parti.


WOIT

MAKNANYA PELUANG

KHAIRY NAK JADI

PEMIMPIN UMNO

DAH DI TUTUP

KAH KAH KAH

SELAGI ZAHID ADA

KHAIRY KENA

TUNGGU

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sifat-sifat jujur semakin kurang dalam sifat manusia sekarang, KJ dah capai apa yang tidak mungkin dicapai sesiapa pun dengan bantuan bapa mertuaku, walaupun kejujuran masih tahap kurang tetapi nasib menyebelahi ramai orang, nasib lahir sebagai Melayu, nasib beragama Islam, nasib berkahwin dengan anak PM, nasib menjadi Ketua Pemuda, nasib bertambah baik apabila menjadi Menteri, kah kah kah ramai orang di luar sana tidak bernasib baik macam KJ, tetapi kita sebagai manusia memang tidak berpuas hati dengan apa yang telah dapat, masih mengidam kerusi PM, masih mengidam bidadari jelita, masih rakus memiliki harta berbillion, masih taksub memiliki jam tangan beg tangan termahal di dunia, sebabnya diri didahulukan, orang politik yang jujur tidak wujud apatah lagi penjawat awam pun menjadi berat yang amat berat kerana dominasi satu kaum satu agama diteruskan atas dasar ketuanan, kalaulah bangsa agama terbaik tidak mungkin begitu banyak kes rasuah salah-laku salah curi projek komisen bertahun lamanya? Apabila orang luar melihat inikah perangai orang-orang kita yang mendabik dada mengaku terpaling beragama tetapi sifat manusia mereka terpalit semua yang tidak baik? Apapun masa sudah sampai untuk membersihkan segala kekotoran negara, ianya perlu dibuang dan hanyalah Madani berani tampil membuang kotoran sedikit demi sedikit amin amin amin, apapun pendapat orang tidak penting lagi, Anwar Ibrahim dilihat tegas mengambil tindakan terhadap perasuah amin. Sementara menjaga beberapa pemimpin yang terpalit rasuah juga ianya kerana hanya seorang pencuri akan berjaya menangkap pencuri maka dibiarkan ketua SPRM perasuah, ketua polis sebagai perasuah, ketua kastam sebagai perasuah ketua imigresen sebagai perasuah supaya layak menangkap perasuah yang lain kah kah kah lembu