Isnin, 28 September 2026

NEGARA MISKIN MAUT MUDAH DATANG


BANJIR SAMPAI

BAWA MAUT

AMIN

PANAS SAMPAI

BAWA MAUT

AMIN

BILA NEGARA

MISKIN RAKYAT

RAMAI MAUT

MUDAH SAMPAI

KHALAS


Hujan lebat berterusan cetus banjir di utara India, sekurang-kurang 56 maut


MOSCOW: Sekurang-kurang 56 orang maut, manakala 46 lagi cedera di utara India berikutan hujan lebat berterusan yang mencetuskan banjir, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik The Times of India, semalam.

Laporan yang memetik Pesuruhjaya Bantuan Negeri Uttar Pradesh, Hrishikesh Bhaskar Yashod itu turut menyatakan lebih 1,000 bangunan di wilayah berkenaan dilaporkan rosak.

Hujan lebat yang bermula malam Jumaat lalu menyebabkan banjir di seluruh timur laut India, mengorbankan nyawa serta merosakkan infrastruktur.

Dalam laporan berasingan, stesen penyiaran CNBC TV18 semalam melaporkan paras air di Sungai Ganges di utara India mencapai tahap berbahaya susulan hujan lebat berkenaan.

Pihak berkuasa menggesa penduduk tempatan dan pengunjung di Bandar Rishikesh agar tidak mendekati tebing sungai bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Reuters pula melaporkan paras air di sekurang-kurang lima sungai di wilayah itu, termasuk Sungai Ganges, telah mencecah paras bahaya.

Tiada ulasan: