Isnin, 28 September 2026

ANGKAT SENJATA JALAN TEPAT UNTUK MERDEKA

 

PULO BIPP

MUJAHIDIN HANYA 

ADA NAMA

KAH KAH KAH

TAKDA GERILA

TAK PERNAH

ANGKAT SENJATA

LAWAN SIAM

KAH KAH KAH

MUNGKIN SIAM

AKAN GUNAKAN

GENG INI UNTUK

GAGALKAN

GERAKAN

PATANI MERDEKA

KHALAS


BRN tolak kumpulan lain sertai dialog damai Selatan Thai


NARATHIWAT (THAILAND): Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) menolak cada­ngan membawa masuk beberapa kumpulan pembebasan lain ke meja dialog damai Selatan Thai yang berlangsung bersama Kerajaan Thailand.

Jurucakap Pasukan Perun­ding BRN, Dr. Nikmatullah Seri berkata, rundingan akan menjadi lebih sukar sekiranya kumpulan pembebasan lain turut menyertai meja dialog kerana ia boleh menjejaskan strategi dan perancangan BRN.

Katanya, Kerajaan Thailand mahu rundingan melibatkan semua pihak termasuk Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO), Barisan Pembebasan Islam Patani (BIPP) dan Gerakan Mujahideen Islam Patani (GMIP), namun BRN berpanda­ngan kumpulan berkenaan bebas menga­dakan rundingan de­ngan kerajaan secara berasingan.

“Bagaimanapun, jika memin­ta mereka untuk menyertai rundingan yang sedang berjalan dengan BRN, saya fikir ia menjadi agak sukar kerana seperti yang telah saya katakan, BRN adalah organisasi rahsia terutama mengenai rundingan damai.

“Ada orang yang tidak terlibat dalam rundingan (duduk di meja rundingan) menyertai tetapi kita tidak boleh mendedahkan individu-individu ini kepada orang ramai. Contoh­nya, hari ini kita mempunyai wakil untuk bertemu dengan wartawan, kita tidak membawa orang yang tidak berkaitan bersama kita,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas hasrat Tha­nut untuk membawa semua kumpulan pembebasan menyer­tai Proses Dialog Damai Selatan Thai yang akan disambung semula tidak lama lagi.

Sebelum ini, Panel Dialog Damai Kerajaan Diraja Thailand (PEDP/RTG) pernah mengadakan rundingan damai dengan Majlis Syura Patani (MARA Patani) yang dianggotai PULO, BIPP dan GMIP, namun gagal mencapai sebarang keputusan sebelum dialog diteruskan hanya dengan BRN.

Dr. Nikmatullah berkata, BRN menganggap kumpulan pembebasan lain sebagai rakan seperjuangan dan tidak menghalang mereka berunding dengan mana-mana pihak.

Katanya, satu mesyuarat le­bih besar membabitkan semua kumpulan pembebasan perlu diadakan terlebih dahulu sekiranya meja rundingan mahu dibuka kepada pihak selain BRN. – UTUSAN


Tiada ulasan: