LANTIK PECAT
YAM TUAN ADALAH
BIDANG KUASA
UNDANG BEROMPEK
AMIN
LANTI PECAT
EXCO ADALAH
BIDANG KUASA MB
AMIN
RAJA JANGAN
CAMPUR JADI
PAK SIBUK
KHALAS
SEREMBAN: Dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim serta barisan ahli EXCO cuba menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir didakwa dilakukan untuk kepentingan pihak tertentu.
Menyifatkan ia tohmahan dan fitnah, Undang Yang Empat termasuk Undang yang dipertikai, Mubarak Dohak, mendakwa tohmahan itu dirancang demi kepentingan peribadi kumpulan berkenaan.
"Kumpulan itu sebenarnya menjadi punca dan dalang kepada kemelut adat dan institusi Diraja di negeri ini berpanjangan.
"Memang Menteri Besar dan EXCO tidak mempunyai kuasa itu (menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar) sebaliknya hanya melaksanakan tugas perlembagaan bagi mematuhi ketetapan dibuat oleh Undang Yang Empat di bawah Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS 1959).
"Tindakan itu bagi memelihara kedudukan kami sebagai Raja Pemerintah Negeri ini sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 28 UUTKNS 1959.
"Oleh itu, kami mengecam sekeras-kerasnya setiap usaha pihak tertentu yang terang-terangan mahupun berselindung cuba mencabuli prerogatif dan hak perlembagaan kami di negeri ini," kata Mubarak yang membacakan kenyataan bersama itu pada sidang media di Balai Undang Luak Sungei Ujong di sini, hari ini.
Hadir sama, Undang Johol, Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan, Muhammed Abdullah, Maarof Mat Rashad, dan Abdul Rahim Yassin.
Mubarak berkata, mereka turut mengingatkan pemimpin kerajaan dan Jabatan Peguam Negara supaya tidak mencampuri urusan pemerintahan Negeri Sembilan khususnya di bawah Perkara 10 dan Perkara 11 UUTKNS 1959.
Beliau berkata, tindakan terbabit hanya akan menimbulkan keadaan tidak baik di Negeri Sembilan sekali gus boleh menyebabkan lumpuhnya pentadbiran eksekutif kerajaan negeri.
"Tindakan yang tidak berperlembagaan sebegitu jika diteruskan adalah satu perlanggaran sumpah Perdana Menteri di bawah Jadual Keenam di samping pecah amanah terhadap Perkara 71 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan serta melanggari konsep federalisme.
"Janganlah semata-mata kerana laba dan pengaruh politik atau tunduk kepada tekanan pihak tertentu, Perdana Menteri sanggup melakukan apa sahaja tanpa menggunakan akal dan hati nurani malah tidak segan silu melanggar prinsip keluhuran Perlembagaan," katanya.
Mereka turut menegaskan supaya semua pihak luar yang tiada kena mengena dengan hal adat Melayu dan pemerintahan kerajaan negeri ini terutamanya parti politik pembangkang untuk tidak menangguk di air keruh dan memutarbelitkan fakta sehingga mengeluarkan komen jelek terhadap kerajaan negeri dan institusi Adat serta pemerintahan Negeri Sembilan.
Menurut mereka, tiada mana-mana parti politik yang mempunyai kuasa menurunkan mana-mana Raja dan kuasa itu diperuntukkan semata-mata kepada punca kuasa yang sah yang mana konteks di Negeri Sembilan ia adalah kuasa Undang Yang Empat.
"Kami ingatkan bahawa, adat yang telah diamalkan ini telah berlangsung lebih daripada 500 tahun. Sudah tentulah kami selaku Pemerintah dan Ketua Adat lebih memahami apa yang berlaku," katanya.
Mereka turut mendakwa keputusan Tuanku Muhriz mengarahkan pengumuman untuk memberhentikan barisan EXCO Kerajaan Negeri Sembilan adalah salah, tidak berpelembagaan dan tiada kuat kuasa.
"Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan perlu memberikan segala keistimewaan, pemakaian dan pemakanan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kepada Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar serta merta.
"Kami ingin menegaskan, krisis adat dan pemerintahan di Negeri Sembilan telah pun selesai dengan sempurnanya proklamasi Perkara 10 UUTKNS 1959.
"Malah pemakluman rasmi berhubung penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan pemilihan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 telah pun dibuat oleh Kerajaan Negeri Sembilan," menurut mereka.
"Malah pemakluman rasmi berhubung penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan pemilihan


Tiada ulasan:
Catat Ulasan