Sabtu, 24 Oktober 2026

ALANG ALANG NIAGA - BIAR JADI KAYA RAYA


AWAS !!!

NAMA TOWKAY

PEMILIK SYARIKAT

SAPA ?

JENG JENG JENG

BUKAN 1 KILO

BUKAN 1O KILO

KAH KAH KAH

ALANG ALANG

SELUDUP BIAR

JADI KAYA RAYA

KHALAS

Kapal bawa 1.16 tan ketamin milik syarikat Malaysia - Bukit Aman

KUALA LUMPUR: Kapal tangki MT Global 168 yang ditahan pihak berkuasa Indonesia bersama 1.16 tan ketamin, disahkan milik sebuah syarikat berdaftar di Malaysia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman,  Hussein Omar Khan, berkata pengesahan itu diperoleh pihaknya hasil semakan terhadap pemilikan kapal berkenaan.

Katanya. kapal terbabit dimiliki syarikat berdaftar di Malaysia, dengan ibu pejabat di Johor Bahru dan mempunyai dua pengarah warga tempatan berusia lingkungan 40-an dan 50-an.

"Hasil semakan juga mendapati kedua-dua pengarah syarikat berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya di sini, hari ini.

Hussein berkata, kapal berkenaan pernah memohon pendaftaran di bawah bendera Malaysia, namun belum didaftarkan, dan masih menggunakan bendera Mongolia.

Terdahulu, JSJN dilaporkan akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Polis Republik Indonesia (POLRI) berhubung rampasan ketamin berkenaan.

Menurut laporan media Indonesia yang memetik Ketua Polis Negara Indonesia, Jeneral Suyudi Ario Seto, kapal terbabit berlepas dari lokasi penyelenggaraan di Pasir Gudang, Johor, pada September lalu.

Kapal berkenaan kemudian singgah di Pelabuhan Klang untuk mengisi bekalan air dan bahan api sebelum meneruskan pelayaran ke Laut Andaman, Thailand.

Suyudi dilaporkan berkata, kapal itu dipercayai menerima muatan ketamin melalui pemindahan barang antara kapal di Laut Andaman.

Pihak berkuasa Indonesia turut mengesan kapal berkenaan mematikan Sistem Pengenalan Automatik (AIS) selama tiga hari 17 jam ketika berada di perairan berkenaan.

Selasa lalu, pasukan penguat kuasa Indonesia memintas kapal berkenaan di perairan Tanjung Balai Asahan, Sumatera Utara, sebelum membawanya ke Pelabuhan Belawan.

Pemeriksaan menemukan 58 guni mengandungi 1,160 bungkusan ketamin hidroklorida seberat kira-kira 1.16 tan yang dianggarkan bernilai 3.48 trilion rupiah (RM785 juta).

Operasi berkenaan turut membawa kepada penahanan lapan kru kapal, terdiri daripada tujuh warga Indonesia dan seorang warga Taiwan.

Tiada ulasan: