Sabtu, 24 Oktober 2026

LU INGAT MUDAH NAK KAYA?


LU INGAT

MUDAH 

NAK KAYA?

AL-FATIHAH

AMIN



Lelaki maut tertimbus dipercayai sedang cari batu permata



PASIR GUDANG – Seorang lelaki yang dipercayai sedang mencari batu permata maut selepas tertimbus di kawasan berhampiran tangki air, Jalan Kedidi 26, Taman Kedidi di sini, hari ini.

Difahamkan mangsa, Jamaluddin Wahab, 48, dari Taman Cahaya, Masai bersama-sama seorang rakannya pergi ke kawasan tersebut sebelum tertimbus, manakala kawannya itu terselamat.

Komander Operasi Kanan, Timbalan Penguasa Bomba II Firdaus Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 10 pagi.


Anggota bomba terpaksa berhenti mencari mangsa berikutan keadaan hujan.

Susulan itu katanya, seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dan BBP Johor Jaya dikejarkan ke tempat kejadian yang jaraknya kira-kira 10 kilometer dari balai.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tersebut dibantu masing-masing sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), Compact Fire Rescue Tender (CFRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan EMRS.

“Setibanya PKO di tempat kejadian didapati terdapat seorang lelaki dewasa tertimbus di dalam tanah. PKO bertindak menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian dan operasi masih dijalankan.

“Dilaporkan operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan berikutan keadaan hujan pada pukul 11.46 pagi. Kerja-kerja menyelamat tidak dapat diteruskan atas faktor keselamatan anggota.

Mangsa berjaya ditemui pukul 12.33 tengah hari dan disahkan sudah meninggal dunia.

“Operasi SAR menyelamat kemudian diteruskan dan tindakan PKO menggunakan peralatan khas paratech, cangkul dan skop bagi memudahkan pengalian tanah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa berjaya ditemukan dan dikeluarkan pukul 12.33 tengah hari dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi.

Tambahnya, operasi SAR tamat pukul 12.53 tengah hari.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: