BILA PENYAMUN
MULA MENYAMAN
ORANG RAMAI
GUMBIRA NAK
DENGAR CERITA
AMIN
BUKA BOGELKAN
SEMUA
KHALAS
Farhash mulakan tindakan undang-undang terhadap Rafizi
KUALA LUMPUR: Tokoh korporat, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, memulakan tindakan undang-undang terhadap bekas Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli, berhubung kenyataan berunsur fitnah yang didakwa diterbitkan mengenai dirinya.
Peguam yang mewakili Farhash, Rajan Navaratnam, berkata pihaknya memfailkan writ saman dan Pernyataan Tuntutan pada 23 Oktober lalu selepas meneliti kenyataan yang dibuat dalam sebuah podcast di saluran YouTube milik Rafizi.
Katanya, podcast itu bertajuk Dari Umno ke PKR: Zetrix – Kerajaan Bertukar, Kroni Berpindah? | YBM #68 itu diterbitkan pada 16 Oktober lalu dan berdurasi kira-kira tiga jam 14 minit.
"Podcast itu mengandungi kenyataan mengenai kepentingan perniagaan Farhash, hubungan korporat, dakwaan kaitan dengan tokoh politik serta tuduhan berkaitan kronisme dan perolehan kontrak kerajaan.
"Dokumen mahkamah berkenaan kini dalam proses penyampaian kepada Rafizi mengikut prosedur yang berkuat kuasa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada Ogos tahun lalu, Farhash menerusi Tetuan Ahmad Deniel, Ruben & Co menuntut Rafizi memohon maaf secara terbuka, menarik balik dan memadam kenyataan yang dibuat dalam tempoh 48 jam atau berdepan tindakan undang-undang.
Rajan berkata, tindakan undang-undang itu adalah yang kedua dimulakan Farhash terhadap Rafizi.
"Anak guam saya berpendirian bahawa penerbitan berulang kenyataan berunsur fitnah terhadapnya didakwa mempunyai niat jahat dan menjejaskan reputasinya.
"Anak guam kami memandang serius dakwaan sedemikian dan berpendirian bahawa dakwaan seumpama ini perlu ditangani melalui proses undang-undang yang sewajarnya serta diputuskan berdasarkan bukti dan undang-undang terpakai.
"Anak guam saya menyerahkan perkara ini kepada mahkamah yang mulia untuk diputuskan," katanya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan