Sabtu, 24 Oktober 2026

BERITA BAIK DARI TERAM


WAHAI TERAM

JANGAN CAKAP

JANGAN GERTAK

SILA SERANG

AMIN

NAIKKAN HARGA

MINYAK & NAIKAN

HARGA BARANG

& KACAU

KAPITALIS

KAH KAH KAH

MUDAHKAN KAMI

NAK MENGHASUT

KHALAS



Trump tidak tolak serangan baharu terhadap Iran


FORT MYERS: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, tidak menolak kemungkinan melancarkan serangan baharu terhadap Iran ketika perang antara kedua-dua negara menghampiri bulan kelapan.

"Kita mungkin melancarkan satu lagi operasi kecil Epic Fury," katanya ketika berucap pada satu perhimpunan di Florida semalam, merujuk kepada nama operasi ketenteraan AS dalam perang terhadap Iran itu.

Kenyataan itu dikeluarkan di tengah-tengah kenaikan harga bahan api yang boleh menjejaskan sokongan terhadap partinya dalam pilihan raya pertengahan penggal.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai kemungkinan operasi berkenaan.

Kenyataan itu dibuat ketika utusan AS, Tom Barrack, berkata Washington berkemungkinan menyerang Iran seawal hujung minggu ini susulan peningkatan ancaman oleh AS dan Israel.

"Adakah serangan boleh berlaku hujung minggu ini? Sudah tentu," kata Barrack, yang juga Duta AS ke Turkiye dan memainkan peranan utama dalam urusan berkaitan Syria, dalam temu bual bersama pengacara podcast, Mario Nawfal.

Beliau berkata, Trump masih terbuka untuk mencapai perjanjian dengan Iran dan rundingan sudah berlangsung selama beberapa bulan.

Bagaimanapun, Trump meremehkan kenyataan Barrack apabila ditanya sama ada serangan boleh berlaku pada hujung minggu ini.

Pada hari sama, Trump berkata perang itu boleh ditamatkan dalam masa singkat, tetapi beliau mempersoalkan sama ada AS perlu menamatkannya segera atau membiarkan konflik itu reda secara beransur-ansur.

Trump sebelum ini memberikan kenyataan berbeza mengenai matlamat dan tempoh perang berkenaan. Beliau turut berkata konflik itu akan berakhir tidak lama lagi, 'dengan satu cara atau cara lain'.

Bulan ini, Trump berkata AS tidak akan menyerang Iran sebelum pilihan raya Kongres pada 3 November, yang akan menentukan penguasaan Parti Republikan pimpinannya di kedua-dua dewan Kongres. Parti itu kini mempunyai majoriti tipis.

Walaupun Trump memberi isyarat bahawa serangan boleh disambung semula selepas rundingan diplomatik menemui jalan buntu, Barrack berkata AS tidak berhasrat menjatuhkan kerajaan Iran.

Iran menjadi musuh AS dan Israel sejak Revolusi Iran 1979 yang menggulingkan Shah Iran, pemerintah yang menyokong Barat.

"Jika anda terus mengancam dunia, sekutu kami dan negara Teluk, akan ada akibatnya. Namun, akibat itu bukanlah pertukaran rejim," kata Barrack.

Beliau menegaskan bahawa Trump tidak berminat untuk menjatuhkan kerajaan Iran.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sejak beberapa hari lalu berulang kali berikrar untuk menjatuhkan pemerintahan ulama Iran.

Kenyataan itu dibuat selepas dua kempen pengeboman besar-besaran terhadap Iran sejak tahun lalu. Netanyahu juga dijadual berdepan pilihan raya pada Selasa ini.

Dalam perkembangan berkaitan, pegawai Iran berkata Tehran merancang tindak balas lebih besar sekiranya perang kembali tercetus.

Dua pegawai kanan keselamatan Iran turut mendedahkan bahawa negara itu menyediakan rancangan terperinci untuk menyasarkan kabel komunikasi bawah laut di Teluk jika AS dan Israel melancarkan serangan baharu terhadapnya. - AGENSI


Tiada ulasan: