Selasa, 14 April 2015

SOALAN KUNCI KEMENANGAN






SIAPA
perang sedang berjalan
antara mahathir & najib
 perang berjangka panjang
perang saraf
perang media
lalu timbul soalan
kunci kemenangan
siapa rakyat percaya?
siapa rakyat sokong?
anak muda dengan siapa?


SIAPA
upah  arah sirul?




SIAPA
upah sirul & azilah?



---------------------

MALAM INI PERMATANG PAUH








MALAM INI
permatang pauh
semua dijemput



JENTERA KEADILAN UNTUK PILIHAN RAYA KECIL PERMATANG PAUH

Parti KEADILAN Rakyat maklum tentang pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan bermula dengan penamaan calon pada 25 April 2015, pengundian awal pada 3 Mei 2015 dan hari mengundi pada 7 Mei 2015.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah kubu terpenting untuk perjuangan kami selama ini. Selain menjadi kerusi parlimen kepada Ketua Umum, Anwar Ibrahim - Permatang Pauh adalah nama yang dipilih untuk disematkan kepada Deklarasi Permatang Pauh – gagasan besar kepada perjuangan Reformasi dan KEADILAN. 

Pilihan Raya Kecil ini sangat penting di dalam usaha meneruskan agenda Reformasi dan masa yang sama memberi mesej jelas bahawa segala bentuk kezaliman, kepincangan, penyelewengan dan salahguna kuasa oleh UMNO dan Barisan Nasional ditentang. Kemenangan di dalam Pilihan Raya Kecil ini menjadi bukti bahawa rakyat menolak dan mengecam pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dipilih sebelum ini secara sah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Jentera KEADILAN telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil ini. Demi menzahirkan kesediaan kami; KEADILAN bersama Pakatan Rakyat akan melancarkan Jentera Pilihan Raya seperti berikut;

Pelancaran Jentera KEADILAN dan PAKATAN RAKYAT Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh

Tarikh                    : Selasa, 14 April 2015
Masa                     : 8:30 malam
Tempat                 :Dataran Rakyat Guar Perahu (bersebelahan Pusat Khidmat Parlimen Permatang Pauh, Jalan Taman Guar Perahu)





-------------------

KENA UGUT PULAK



YA AMPOOON!


Mahathir: Ada ugutan jika tak sokong Najib

Mahathir Mohamad hari ini mendakwa terdapat ugutan dibuat terhadap pihak yang tidak menyokong Najib Razak.

Oleh itu, katanya, sokongan kumpulan tertentu terhadap Najib tidak bermakna mereka menyokong 1Malaysia Developmement Bhd (1MDB) yang kini diserang daripada segenap penjuru.



KAH KAH KAH

woit
perang semakin sengit
gaduh semakin besar
ini berita baik
lagi lama lagi baik
kalah masuk jil
menang pun masuk jil
tapi mesti sokong
yang mulia tun
APA PUNYA TUN


---------------

KES MAKIN MEREBAK




Tertekan dengan kritikan Mahathir, 

Najib seru sokongan pesara kerajaan

Najib Razak hari ini menyeru lebih 750,000 pesara-pesara kerajaan "mencari" dirinya berbanding "orang lain" ketika pentadbirannya kini dikritik oleh mantan  Mahathir Mohamad
Najib bagaimanapun berkata, beliau yakin sebahagian besar "suara" pesara kerajaan masih bersama pentadbirannya, meskipun terdapat sejumlah kecil mereka yang "masuk angin."
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tertekan-dengan-kritikan-dr-m-najib-seru-sokongan-pesara-kerajaan#sthash.DwOT1WPr.dpuf

KAH KAH KAH

woit
ini sudah teruk
cari sokongan
dari orang pencen
tak lama  lagi
najib cari sokongan 
dari budak sekolah

APA PUNYA TUUUR



--------------

LAGI KESAH MUNKEE BANGANG






Ahmad Maslan nafi miliki jam Rolex berharga lebih RM30,000

Ahmad Maslan, timbalan menteri yang seringkali mencetuskan kontroversi kerana kenyataannya, hari ini tampil menafikan beliau memiliki jam tangan mewah jenama Rolex Submariner bernilai antara RM30,000 dan RM40,000 sepertimana didedah aktivis anti jenayah R Sri Sanjeevan. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahmad-maslan-nafi-miliki-jam-rolex-berharga-lebih-rm30000#sthash.D9Lbpn9p.dpuf



KAH KAH KAH

woit
jangan fitnah
munkee ni cakap benar
yang ni munkee
cakap betul
munkee ini tak ada
jam mahal
kerana munkee ini
tak pandai mengira
lebih dari lima

APA PUNYA NGOK


-------------

NASI PANGUNG








NASI PANGGUNG

PETANG AHAD


Ombaknya tak pernah berubah
Pasang surut air, tak menjanjikan apa-apa
Badai kehidupan di kota
Deras pukulan memecah bahtera
~ nakhoda miskin kota

DATANG BANTU
 
Menu & penyumbang di Jln Panggung minggu lepas:
Tim Dapur JalananKL - Bihun Sup Ayam
Tim Syed Shahir - Roti Canai / Air Mineral
Tim UIA PJ - Kueh Keria / Karipap / Buah Apple
Tim UNIKL Micet - Roti / Air Kotak / Sabun

KERJA AMAL
Anak semua bangsa; yang berkerja bakti, bersolidariti & membantu:-
Hussain birthday boy, Aisyah Amira, Afiq, Ajimmon, Syuhada, momo
Farhan, Aisyah & kembar rumah titi, Rara Othman, Wan Ji,
Fitrah & Tim Recycle, Hafizo & Tim UIA PJ, Kawan2 dari UNIKL Micet
& semua yg hadir, berkongsi kasih bersetiakawan di Jln Panggung!

GOTONG ROYONG
Terima kasih, Terima kasih semua
Ahad depan berjumpa lagi
sama lihat realiti hidup di kota!

DATANG MAKAN
Untuk maklumat terkini, info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram - dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!!

BERTUKAR PENGALAMAN
Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan,
 CIMB: 8001-7278-49
 SPKL Collective

 Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh talipon: 
ezzuandi 019-267-12-85 
atau Hadi Khalid 012-664-88-73

UNTUK KENANGAN
Solidariti untuk Miskin Kota
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
*Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*

13 April 2015












-----------------