AMK
WAJIB TANYA
APA JADI
DENGAN PKR
KAH KAH KAH
PKR YANG GILA
NAK KERJASAMA
DENGAN UMNO
KAH KAH KAH
JANGAN LUPA
ANWAR BIN
IBRAHIM
TERHEGEH HEGEH
MEMBODEK
DATANG SAMBUT
HARI JADI RAUF
KAH KAH KAH
SEKARANG DAH
KENA KENCING
KHALAS
UMNO dekati Pas, di mana kedudukan MCA dan MIC? – AMK
KUALA LUMPUR – Tindakan MCA menimbulkan persoalan mengenai kedudukan parti itu dalam gabungan Barisan Nasional (BN) ketika UMNO dilihat semakin terbuka kepada kemungkinan kerjasama politik dengan Pas.
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairuddin berkata, tindakan pimpinan MCA balik awal semasa majlis pengumuman calon BN dalam PRN Melaka menunjukkan parti itu menyedari mereka tidak dihormati oleh rakan gabungannya sendiri, UMNO.
“Jelas sekali, UMNO terlalu teruja dengan kemungkinan memperoleh keuntungan politik jangka pendek melalui kerjasama dengan Pas sehingga langsung tidak menghiraukan MCA dan MIC,” dakwanya dalam kenyataan.
Menurut Danish, perkembangan itu turut menimbulkan persoalan sama ada suara serta kepentingan golongan minoriti akan diketepikan sekiranya kerajaan gabungan yang melibatkan UMNO dan Pas dibentuk.
Beliau berkata, kedudukan MCA dan MIC ketika ini turut menimbulkan persoalan mengenai sejauh mana suara kedua-dua parti itu dapat diberikan perhatian dalam percaturan politik negara.
“Hakikatnya, MCA dan MIC secara keseluruhannya hanya mempunyai tiga kerusi di Dewan Rakyat dan tidak mempunyai sebarang jawatan menteri,” katanya lagi. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan:
Catat Ulasan