PAGI INI
PAGI INI
SENIN 26 OKTOBER 2026
IRAN AKAN DI SERANG?
TERAM DAN SETANYAHU NAK SERANG IRAN ?
Bagus sekali. LAGI CEPAT lagi molek.
SETANYAHU BOM GUDANG SENJATA DI IRAQ
Kapal perang Israel serang tempat SIMPANAN senjata Iraq. Senjata ini di katakan dari China. Tempat ini tidak jauh dari sempadan Iran.
DEMO DI PARIS
Demo berterusan – akan bersambung lagi. Parti Kanan Marin Le Pen dah umum akan mencalon diri untuk kerusi Presiden – PRU tak lama lagi.
TERAM tuduh demo di Paris kerja imigran - kerja jahat penganut Islam.
ITALI - kerajaan KANAN MELONI juga sedang berhadapan dengan DEMO – Minah ini sama macam Teram tuduh demo dihijak oleh gulungan Islam.
DEMO lawan kerajaan di EROPAH INI berpunca dari HARGA dan kos hidup MAKIN MAHAL – kos hidup makin menekan.
Tuduh imigran untuk elak orang ramai di beri tahu SEBAB SEBENAR.
PUNCA EKONOMI MELESET DI EROPAH IALAH KERANA PERANG UKRAINE dan PERANG IRAN.
BODOH BANGANG BERI DANA PADA UKRAINE. HENTI BELI MINYAK DAN GAS MURAH DARI RUSIA.
Sokong Amerika perang dengan Iran – Selat Hormuz di tutup – minyak naik harga – ELIT POLITIK EROPAH DAH JADI SEWEL. Amin.
HOKKIEN
Basah sejuk – hujan malam – hujan subuh – matahari tak kelihatan cahaya TAPI jerebu makin berundur – KL & KL Sentral boleh di lihat – agak cerah . BANGUNAN PETRONAS - dah dapat di lihat.
Awalnya hanya Mak Tetek Lanjut dan dua Puppy muncul makan – kemudian yang lain datang - Tiong dan Terkukur pun datang makan – Ramai sekali - gua gumbira.
Gua berjalan tanpa Pengawal pagi ini – Betina Baik tak kelihatan. Pulang ke Wakaf Pertama Siti menunggu atas tembok makam. Yang lain muncul.
Ha ha – Puppy Itam muncul – agak kurus – dia takut nak datang makan - Gua tabur semu nasi dan friskies – Semua gumbira.
Gua rasa hari ini akan panas – jika hujan sampai – jerebu akan diundurkan. AMIN.
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SENIN
BRO
Cinta Kucing itu sederhana tapi dalam maknanya.
BRO
Cinta Anjing cinta tidak berbelah bagi.
BRO
Setia Anjing lu tak perlu ragukan. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA






Tiada ulasan:
Catat Ulasan