Selasa, 2 Jun 2015

PENCERAHAN DARI PEMBACA






SUSUNAN PARA ULAMA
Bukan saja di dalam Quran tiada shahadat " aku naik saksi Muhammad itu pesuruh Allah' bahkan tiada disurahkan atau disebut dengan jelas dan teratur apa dia 1. Rukun Islam dan 2. Rukun Iman. Yang organise atau susun itu adalah para ulama, ketua mazhab dan banyak lagi peraturan kini mungkin oleh Jabatan agama yg kononnya mereka adalah pewaris Nabi yg boleh dipersoalkan dari mana mereka dapat kewibawaan atau authority untuk para pengikut gullible dan bangan mesti ikut yg mereka susunkan jika tidak mereka bukan pengikut Muhammad saw dan mereka yg berani sedikit menyoal akan dikenakan tindakan sewajarnya..

 Kita tidak disuruh ikut panduan ' first n foremost' dari Quran tapi lebih kepada Hadiths dan mereka atau bani Melayu dah 'dipaksa' sehingga takut mengguna akaliah sihat mereka untuk menyoal dan berfikir secara rasional dan terbuka apakah yg mereka ditelankan dek ulama selama ini yg banyak berdakwah karut-marut dan kini ada semacam banyak penglibur dakwah di kaca tv,radio, surau dan on SAJE NAK TANYA - JANGAN MARAH
 
UNCLE RAMLI
on 5/30/15

  JANGAN BELAJAR-TERIMA SAJESejak dari dulu lagi, umat tidak dibenarkan untuk mempelajari agama selain dari apa yang disogok oleh pemerintah. agama telah menjadi monopoli pemerintah zalim. Ayat pertama yang turun dari Allah SWT kepada Rasul-Nya SAW adalah suruhan membaca - Bacalah dengan nama tuhanmu yang menjadikan. Tidakkah kita berasa pelik bagaimana ayat yang menyuruh membaca diturunkan kepada orang yang tak tau membaca?

 Sekiranya Allah SWT ingin Nabi saw membaca, kenapakah Nabi SAW tidak diizinkan-Nya untuk belajar membaca dari kecil? walhal pada zaman itu, sastera dan syair merupakan budaya dan kebanggaan. selalu kita diwar2kan dengan ayat ini - SESIAPA YANG BELAJAR TANPA GURU, MAKA SYAITAN ADALAH GURUNYA. Tidakkah didalam al-Qur'an itu ada ayat2 yang boleh menjauhkan syaitan?

kalau tidak bagaimana mungkin penjual air jampi boleh mengubat orang yang kena buatan orang atau jin? siap ada Kit untuk histeria!!! saya amat menyokong mereka2 yang keluar dari dalam kotak dan mencari agama sendiri. dipadang on SAJE NAK TANYA - JANGAN MARAH
 
Anonymous
on 5/30/15

 SOLATMuhammad Rasullullah mengajar solat secara lengkap dan beliau juga solat. Nyata dalam solat ada syahadah. Polis kalau tak sedar dirinya polis, bagaimana nak menjalankan tugas on SAJE NAK TANYA - JANGAN MARAH
 
Magician Box
on 5/30/15

 MUSYKIL
Assalamualaikum. Saya musykil dgn niat sebenar pakcik mempertengahkan isu ini.Soalan retorikal tanpa penjelasan membuka ruang kekeliruan kepada umat islam terutama melayu islam yang sebahagiannya sudah memang keliru dgn agama sendiri kerana sifat malas membaca dan menimba ilmu. Kalau betul pakcik nk tahu shahadah rasulullah SAW,bolehlah bertanya kpd orang alim (muslim scholars).

Saya percaya yg pakcik pun tahu bahawa syahadah yg diucap seorang muslim sebagai satu kesaksian lisan terhadap keesaan Allah serta penyerahan diri kepada ketentuan Ilahi (submssion to His will ) mungkin tidak terdapat secara verbatim di dlm Al quran.namun konsepnya amat jelas di dlm quran bagi mereka yg berfikir(3.18) , (48.29).

Syahadah ini juga diucapkan oleh mereka yg menerima islam di zaman nabi dan tidak pula menjadi isu 1400 tahun yg lampau. Bagus untuk mengkaji agama sendiri tetapi dlm keadaan umat yg sedang tenat ini,pilihlah isu apa yg hendak dikaji supaya benda yg dikaji dpt memanfaatkan umat. on SAJE NAK TANYA - JANGAN MARAH
Publish | Delete | Spam






----------------------

APA PUNYA COOL






Kata dua Najib kepada kabinet tak boleh pakai

      
Ketiadaan Muhyiddin dan Zahid Hamidi ketika Najib memberi kata dua kepada anggota kabinet tidak menggambarkan sokongan sebenar terhadapnya.
 
PETALING JAYA: Kata dua  Mohd Najib Tun Razak kepada anggota Kabinet tidak boleh dipakai kerana Muhyiddin Yassin dan  Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir Mesyuarat Kabinet pada Jumaat lalu.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, kata dua Najib itu juga boleh dipertikai jika anggota Kabinet dibenarkan bercakap atau sengaja berdiam diri.

“Jika mereka diminta bercakap dan semua anggota Kabinet menyatakan sokongan mereka, maka barulah ia boleh dianggap pendirian rasmi ingin terus bersama dengan Najib dalam kemelut 1MDB ini tetapi kiranya sekadar diam dan tidak memberi respon terhadap kata dua itu, tafsirannya boleh jadi berbagai.

“Atau mungkin juga ada (Menteri Kabinet) yang beranggapan, “tak kuasa nak layanlah”,” tulisnya di shahbudindotcom.blogspot.com.

KAH KAH KAH
woit
gwa dah cakap
najib berani kerana muhyiddin tak ada
zahid tak ada
hishammuddin tak ada
najib naik tocang
kah kah kah
tapi paling cool
ialah: tak kuasa nak layanlah...
kah kah kah
APA PUNYA AYAT











------------

KALAU BOS ADA KES BUNUH?






KOMENTAR
kalau mb bawa lari duit
ke luar negera macam mana?
adun yang lain mesti senyap
dan terus sokong ke?

Tak suka bos, kamu pergi, bukan bos pergi, kata MB Negeri Sembilan
Mohamad Hasan dilaporkan menyindir segelintir pemimpin yang tidak suka kepada Najib Razak supaya meninggalkannya, mengatakan sesiapa yang tidak suka majikan mereka, harus keluar dari organisasi itu, bukan meminta majikan mereka yang keluar.

Ini kerana, kata menteri besar Negeri Sembilan itu, majikan "bukan pilihan" individu. Menggunakan contoh hubungan antara ibu bapa dan anak, dan pekerja dan majikan, Mohamad berkata, majikan dan ibu bapa tidak boleh dipilih. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tak-suka-bos-kamu-pergi-bukan-bos-pergi-kata-mb-negeri-sembilan#sthash.yxZvTDFH.dpuf

KAH KAH KAH
woit
ini betul juga
tapi kalau bos terlibat kes bunuh?
macam mana?
kalau bos terlibat kes curi duit macam mana?
kalau  bini bos rembat duit kompeni?
kalau anak tiri bos rembat duit syarikat?
kalau 52% rakyat tak caya bos macam mana?
TOK IZI TOK CIP





















---------------

PROGRAM HASUT DAN LAWAN




PROGRAM
hasut &lawan

 
 
DEWAN CHINA
KHAMIS MALAM

 
SELASA
9 JUN 2015
BANGSAR



--------------

PATUT LAH




Muhyiddin tak hadir mesyuarat kabinet lalu 5:00PM Jun 1
Timbalan perdana menteri yang sedang bercuti sejak Selasa lalu, kembali esok.


KAH KAH KAHwoit
patutlah najib naik tocang
rupa rupanya muhyiddin tak ada
rupa rupanya hishammuddin tak ada
rupa rupanya zahid tak ada
herolah isteri rosmah
kah kah kah
PATUT LAH KATA DUA
















---------------

HABIS LINGKUP SATU KELUARGA






KOMENTAR
saekor badak bawa lumpur
habis satu keluarga bergaduh

Hishamuddin setuju letak jawatan tetapi bersyarat

PETALING JAYA: Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussien bersetuju meletak jawatan daripada Menteri Kabinet.

Namun, Hishamuddin yang juga sepupu kepada Perdana Menteri, Najib Razak berkata, beliau hanya akan meletak jawatan jika beberapa syarat dipenuhi.

Melalui Twitter, Hishammuddin menyatakan, syarat-syarat itu ialah syarikat pelaburan negara, 1MDB, mesti menjalani proses rasionalisasi dan mana-mana pihak yang bertanggungjawab ke atas sebarang salah laku mesti diambil tindakan.

Katanya, proses rasionalisasi 1MDB itu juga mesti dilakukan secara telus.

Hishammuddin memberi respon terhadap gesaan Najib supaya Menteri Kabinet yang tidak bersamanya dalam usaha memulihkan 1MDB supaya meletak jawatan.

Najib dikatakan membuat gesaan itu dalam Mesyuarat Kabinet pada Jumaat lalu seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia pada Isnin.

Akhbar itu memetik sumber sebagai berkata, tiada seorang pun Menteri Kabinet yang menyatakan pendirian untuk tidak bersama Najib.


JENG JENG JENG
woit
perang makin meluas
kah kah kah
api makin merebak
makin ramai masuk gelanggang
kah kah kah
abang adik sepupu semua gaduh
tibia sepak terajang
semua kerana saekor badak
MANA BADAK ITU

---------------