Ahad, 19 Disember 2021

PKR BERJAYA MENANG

 



Pakatan kalah teruk di Sarawak

PAKATAN Harapan kalah teruk pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, dengan hanya menang dua daripada 62 yang ditandinginya.

Terdapat 82 kerusi DUN yang dipertandingkan.

DAP bertanding di 26 kerusi, PKR di 28 kerusi dan Amanah meletakkan calonnya di lapan kerusi.

Dua kerusi yang dimenangi PH adalah melalui DAP yang mengekalkan kerusinya di Padungan dan Pending.

DAP bagaimanapun tewas di Kota Sentosa, Batu Kawah, Pujut, Pelawan, Tanjong Datu dan Bukit Assek.

Chong Chieng Jen menang kerusi Padungan dengan majoriti 1,198 selepas menerima 4,686 undi. Beliau mengalahkan calon GPS Wee Hong Seng yang mendapat 3,488 undi, PBK Raymond Thong Ee Yu (930) dan Lina Soo daripada Aspirasi yang hanya mendapat 193 undi.

Di Pending, Violet Yong mengekalkan kerusinya dengan majoriti tipis 540 undi. Beliau mendapat 5,188 undi untuk menewaskan calon GPS Milton Foo (4,648 undi), PSB Tan Kay Hok (1,858), PBK Teo Kuang Kim (978) dan Aspirasi Chan Chee Hiong (204).

PKR bagaimanapun kalah di semua kerusi yang ditandinginya.

Pada PRN 2016, DAP menang tujuh kerusi dan PKR menang tiga kerusi.

Amanah pula gagal memenangi sebarang kerusi.

Kekalahan PH di Sarawak berlaku selepas pakatan itu juga kalah teruk di Melaka, bulan lepas.

Pada PRN Melaka, PH hanya menang lima kerusi menerusi DAP (4) dan Amanah (1). PKR langsung tidak menang di Melaka.

Pada PRU14, PH menang 15 kerusi di Melaka.

Setakat jam 9.45 malam tadi, SPR berkata pakatan pemerintah Gabungan Parti Sarawak menang 60 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri sekali lagi.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan GPS menang sekurang-kurangnya 74 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan. – 18 Disember, 2021.


SAH SAHEH

PKR  MENANG

KAH KAH KAH

PARTI PKR

BEJAYA MENGONDOL

HADIAH BESAR

HADIAH

TELOR PENYU

KAH KAH KAH

BANJIR - KITA JAGA KITA

 




Hujan lebat ekstrem dijangka berterusan

HUJAN lebat ekstrem dijangka berterusan hari ini di beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Perak, Pahang dan Selangor, menurut Jabatan Meteorologi.

Peringatan dikeluarkan ketika beberapa kawasan di dalam negara lumpuh akibat banjir ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak dua hari lalu.

Di Selangor, kawasan sekitar Klang dan Shah Alam paling teruk terjejas dengan beberapa kawasan terputus hubungan dan pengguna jalan raya terkandas.

Sebanyak 46 pusat pemindahan dibuka sehingga semalam di daerah Klang, Petaling, Sepang, Kuala Langat, dan Kuala Selangor, menurut kenyataan Menteri Besar Amirudin Shari malam tadi.

Pusat tersebut menampung lebih 3,800 orang daripada kira-kira 2,500 keluarga setakat malam tadi.

Kerajaan negeri juga mengumumkan sebanyak 134 pintu air terpaksa ditutup untuk mengelak limpahan ke kawasan perumahan berdekatan kunci air, katanya.

Pada masa sama, pihak berkuasa Selangor juga mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi limpahan air di sekitar Hulu Kelang ekoran pelepasan air Empangan Klang Gate.

Laporan Selangor Kini menyebut, 25% daripada takungan empangan berkenaan sudah dilepaskan secara berperingkat dalam operasi bermula 11.50 malam tadi.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pula menyifatkan banjir besar yang menjejaskan 11,000 orang dan 4,5000 keluarga itu antara yang paling buruk dalam negara.

Keutamaan waktu ini untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap dan 188 pusat pemindahan sementara dibuka di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka, katanya.

Sebanyak 5,731 pusat pemindahan sementara juga sudahpun disediakan yang dapat menampung lebih 1.6 juta mangsa, katanya.– 19 Disember, 2021.

BERHATI HATI

BERWASPADA

AMIN

KITA JAGA KITA

INGAT

MEMPERINGATI

AMIN

BANJIR DISANA SINI

 



BANJIR 

DI SANA DI SINI

AMIN

PROJEK CEPAT KAYA

 


PROJEK

CEPAT KAYA

AMIN

Unknown commented on 

"PROJEK 

VIRUS WUHAN"

Cerita virus vaksin ini bukan lagi cerita dongeng Tok Arab, virus vaksin projek memgkayakan golongan sampai Bill Gates pun melabur dalam projek Vaksin, politikus tempatan apa lagi, ambik peluang sekali lagi kaut untung, untung free, takut kan cerita virus terus paksa Vaksin, sampai mati lah pakai Vaksin, sebab setiap bulan virus baru muncul, nama canggih pulak Delta Omicron Optimus Prime, lawak seram berterusan, apa pun untung menjadi nilai utama dalam sebarang keputusan KERA Amin kah kah

PUNGKOG NAJIB PANAS

 


 PUNGKOG NAJIB

PANAS

AMIN

Unknown commented on 

"BANJIR

 OOOH BANJIR"

Yang aku tau dunia ni cool cool saja. Yang panas tu cuma pungkog najib. Dia tu sebelah kaki dah bubuh dalam jel.

BERKHALWAT HARI KE 639

 



KHALWAT K3 639
SABTU  19/12/2021
KITA MASUK KE HARI 639
BERKHALWAT

PKP 4.0
ANGKA NAIK 4000+++
VIRUS WUHAN OMICRON
DAH MASUK

PRN SARAWAK SELESAI
KEPUTUSAN DAH KELUAR
GUA DAH CAKAP
ADA YANG DAPAT
TELOR PENYU
KAH KAH KAH

SAPERTI YANG DIRAMAL
PKR DAPAT
BANYAK TELOR PENYU
AMIN

BANJIR
DATANG 
HUJAN TAK HENTI HENTI
INI TANDA PEMANASAN DUNIA
KLANG & SHAH ALAM TEROK
KELANTAN  GANU PAHANG
KEDAH NEGERI SEMBILAN
SEMUA DILANGGAR BANJIR
AMIN

PAGI INI RENYAI
UDARA SEGAR & BASAH
LECAH SANA SINI
JALAN BERAYER

KL & KL SENTRAL
DI SELAPUTI KABUS TEBAL
YANG DIBAWA HUJAN

MATAHARI TIDAK KELIHATAN
AWAN MENDUNG MASIH DILANGIT
WALAU PUN TIDAK GELAP ITAM

GUA MENUNGGU MATAHARI
AMPIAN KAIN BAJU BASAH
AMIN

BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUMAN
LU TAK KENA BAYAR
PERCUMA UNTUK
TERSENYUM GEMBIRA
KITA LAHIR KEMBALI
UNTUK BERBUAT BAIK

BRO
BUKU KITA JADIKAN
KAPAK UNTUK
MEMMECAH RUYUNG
YANG MEMBALUTI KITA

BRO
JANGAN TUNDUK
JANGAN CAIRKAN
JANGAN SUNTING ROH KITA
UNTUK IKUT FESHEN TERKINI
TAPI
IKUT SEGALA OBSESI
DAN KEGILAAN TANPA 
BELAS  KASIHAN

BRO
ANAK MUDA TERUS GEMBIRA
KERANA DIA MELIHAT KEINDAHAN
SESIAPA  TERUS DAPAT
MELIHAT  KEINDAHAN
TIDAK AKAN  JADI TUA

BRO
 BEBASKAN DIRI
UNTUK MERAYAU SESAT

BRO
MAKNA HIDUP
IALAH
HIDUP INI TANPA NOKTAH

BRO
SEMUA BAHASA INI
ADALAH PENTERJEMAH
YANG GAGAL

BRO
YAKIN DAN PERCAYA
PADA SESUATU YANG BELUM WUJUD
KERJA KERAS UNTUK MEWUJUDKAN
BENDA YANG TAK WUJUD ITU
SEBENARNYA
KITA TIDAK BERAHIKANNYA

BRO
DENAI ITU
WUJUD KERANA
DILALUI

BRO
ADA MAT BEBAL
YANG BAGITU YAKIN
KERANA DIRINYA BEBAL

BRO
UNTUK SELESAIKAN 
MASALAH BIAR
DIA MEMAMAH KITA DULU

BRO
CINTA ITU
IALAH PISAU
YANG  LU TIKAM
DIRI LU SENDIRI

BRO
LEBIH BAIK KITA ADA
UNTUK DIPERLUKAN
DARI DIPERLUKAN
TAPI TAK ADA

BRO
ADA YANG MENGATAKAN
KEJAHILAN ITU KEBAHAGIAN
INI SALAH

BRO
BILA DUDA
KAHWIN JANDA
ADA EMPAT ORANG
ATAS KATIL
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT