Rabu, 8 Jun 2022

AMALKAN CARA UNTUK HIDUP



9 kes kematian Covid-19 di Malaysia 

MALAYSIA mencatatkan 1,128 jangkitan baharu Covid-19 semalam, lapor Kementerian Kesihatan.

Kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 4,517,447 sejak bermulanya wabak itu.

Sembilan orang lagi meninggal dunia akibat virus itu, empat daripadanya adalah kes kematian luar hospital.

Jumlah keseluruhan kes kematian kini 35,699,  yang mana 7,567 daripadanya adalah kematian luar hospital.


Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi semalam dengan 598, diikuti Kuala Lumpur (170).

Pulau Pinang melaporkan 78 kes, Sabah (63), Perak (47), Johor (44), Kedah (34), Negeri Sembilan (26), Sarawak (22), Melaka (12), Kelantan (10), Pahang (8) , Terengganu (7), Putrajaya (6), Perlis (3).

Dua kematian masing-masing berlaku di Kedah (kedua-duanya kematian luar hospital) dan Melaka dan masing-masing satu di Johor, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Melaka dan Kuala Lumpur masing-masing merekodkan satu kes kematian luar hospital.

Sementara itu jumlah kes aktif kini 21,202, yang mana 20,239 pesakit dikuarantin di rumah, 918 dimasukkan ke hospital dan 20 di pusat kuarantin berisiko rendah.

25 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, 12 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 8 Jun, 2022.


ANGKA TURUN

BAWAH 1000++

TAPI

MASIH ADA 

YANG GUGUR 

AMIN 

TERUS AMALKAN

 C.U. H 

CARA UNTUK HIDUP KHALAS

AMIN

SAH PEMIMPIN ISLAM DIZALIMI



Najib mohon batal sabitan kes SRC International

BEKAS perdana menteri Najib Razak cuba membatalkan sabitannya dalam kes SRC International Sdn Bhd dan mengarahkan pasukan peguamnya mengemukakan bukti baharu.

Bercakap kepada pemberita di lobi Mahkamah Tinggi, peguamnya Shafee Abdullah memetik dakwaan konflik kepentingan melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang kini sedang disiasat oleh badan antirasuah berhubung kekayaan yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.

 Pada Julai 2020, Nazlan – sebagai hakim Mahkamah Tinggi ketika itu – mensabitkan Najib atas pelbagai pertuduhan rasuah kerana penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Nazlan bermula selepas laporan dibuat berdasarkan artikel dalam blog Malaysia Today yang Nazlan mempunyai RM1 juta yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.

Nazlan menafikan dakwaan itu dan membuat laporan polis, menamakan editor dan penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin. – 7 Jun, 2022.

SAH LAGI

SAHIH

NAJIB PEMIMPIN

ISLAM YG JUJUR

YANG WARAK

YANG SYUMUL

YANG HANTUK 

KEPALA PADA

BATU ITAM

KINI DIZALIMI

AMIN

CARA TERBAIK

UNTUK SELESAI

KES INI IALAH

MASUKKAN 

NAJIB SEKARANG

KE PENJARA

KAH KAH KAH

KES TAMAT

KES BERES

KAH KAH KAH

RAKYAT SUKA

KITA BUKA

SEBOTOL

DOM PERIGNON

AMIN

KHALAS

SATU LAGI BALA MELANDA PAKISTAN


SATU LAGI

BALA MELANDA

PAKISTAN

AMIN

KEMBALI NAMA. ASAL


KEMBALI

NAMA ASAL

TANAH MELAYU

KHALAS

Unknown commented on 

"BERITA PELIK ADA MAKNA"

Kalau Sarawak keluar dari malaysia, malaysia jadi lagu mana....tukaq nama ka

NAMANYA MAKAN GAJI BUTA


MAKAN

GAJI BUAT

KHALAS

Asrul Sani commented on
 
"SEORANG LAGI JADI KENG"

Belot jadi keng satu hal. Tapi bekas KSN ni pun jenis buta perut juga. Langsung tak ada rasa guilty masa tedarah duit RM 30k sebulan tanpa lakukan apa2 kerja. Apa.. dia ingat dia Duta Khas Ke Timur Tengah Bertaraf Menteri ka senang2 nak makan gaji elaun buta tanpa buat kerja?


 Duit MDB tu duit rakyat wooiii...akai letak kat mana..... Mana etika sebagai seorang ketua penjawat awam. Sembahyang tunggang tonggek tak dapat mensucikan hati ka...kalau dah level KSN perangai macam tu...jangan salahkan Polis Pacak pau duit pekerja Bangla Indon la....

HARI KE 30

 




TUNGGU HUKUMAN

RABU  8/6/2022

KITA TUNGGU LAGI 30 HARI
ROSMAH AKAN JATUH HUKUM
LAGI SEBULAN
AMIN

ANGKA
BERAPA ?
GUA TAK IKUT

WOIT 
HEBOH PASAI APA
NAJIB TAK DAPAT TUN
TUNG TANG TING
KAH KAH KAH

WARGA NET HEBOH
KALAU ADA TUN
APAKAH  NAJIB
BOLEH MASUH JIL
TANG TIN TUNG
KAH KAH KAH

BAGUS JUGA
ADA TUN DALAM SUNGAI BULUH
NAIK STATUS SUNGAI BULUH
TANG TING TUNG
KAH KAH KAH
 
JANGN LUPA
7 JULAI
LAGI 30 HARI
DATIN SRI ROSMAH
FIRST LADY OF MALAYSIA OPPS..
SILAP....
FAT LADY OF MALAYSIA
AKAN TERIMA HUKUMAN
TANG TANG TING
KAH KAH KAH

UKRAINE
MAKIN BERAT
BERITA TERSEBAR'
SENJATA PELURU BERPANDU
JARAK JAUH AKAN DI HANTAR
KE UKRAINE OLEH AMERIKA

KALAU SEBUTIR TERSESAT
ATAU
SENGAJA DISESATKAN
MAKA
PUTIN AKAN MENGAMBIL
TINDAK BALAS
PERANG AKAN MEREBAK
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI RENYAI
GUA  MASUK LAMBAT
UNGGAS UNGGAS BERLAGU
BUKAN BALAM
BUKAN TERKUKUR
HANYA TIONG
YANG BERANI DALAM RENYAI

KL % KL SENTRAL KELAM
BERKABUS NIPIS
HOKKIEN PUN BERKABUS

MATA HARI ENTAH DIMANA
GUA RASA PANAS AKAN SAMPAI
TAPI LEWAT

HA HA
GUA TAK SUKA BASAH KERANA
BILA BASAH EZI & TAK TAK
AKAN  MEMUNGUT PASIR
DAN. GUA TERPAKSA
BASUH PERUT MEREKA
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUMLAH

BRO
BELAJAR BUKAN NAK CARI
KERIER DALAM HIDUP
TAPI NAK MEREDAM
KESULITAN YANG SAMPAI
DALAM HIDUP

BRO
KESEJAHTERAAN HIDUP
KITA KUMPULKAN
SEDIKIT DEMI SEDIKIT
WALAU PUN KECIL

BRO
MUSUH KITA
YANG PALING BESAR
IALAH KITA
MENIPU DIRI SENDIRI

BRO
ORANG YANG TAMAK
SEPERTI PADANG PASIR
HUJAN YANG TURUN
TERUS DISEDUT KERING
TIDAK MENGHASILKAN
MANAFAAT PADA TUMBUHAN
ATAU
PADA ORANG LAIN

BRO
TUJUAN HIDUP
IALAH HIDUP SELARAS
DENGAN ALAM

BRO
SEMUA INI
WUJUD DALAM SATU
SISTEM YNAG TUNGGAL
INI DIPANGGIL ALAM
KEHIDUPAN INDIVIDU 
JADI BAIK KETIKA SELARAS
DENGAN ALAM

BRO
GUNAKAN AKAL
KERANA ALAM INI
BERGERAK
DENGAN HUKUM AKAL
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU
7 JULAI