Rabu, 1 Mac 2023
BANGUNAN RUNTUH KERANA RASUAH
GEMPA bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan Syria mengorbankan lebih 50,000 orang, menerusi data yang disemak oleh AFP termasuk angka dari kedua-dua bahagian kerajaan dan pemberontak di Syria yang dilanda perang.
Seramai 5,951 orang terbunuh di seluruh Syria, manakala Turkiye mencatatkan 44,374 kematian selepas gempa bumi 6 Februari lalu.
Ia menjadikan 50,325 jumlah kematian akibat bencana itu di kedua-dua negara.
Kerajaan Syria berkata 1,414 orang terbunuh di kawasan di bawah kawalannya, manakala pegawai disokong Turkiye di Syria meletakkan angka kematian pada 4,537 di seluruh kawasan yang dikuasai pemberontak di negara itu.
Jumlah korban di kawasan di luar kawalan kerajaan termasuklah kematian di wilayah yang dikuasai kumpulan pemberontak lawan.
Pihak berkuasa tempatan bergantung kepada data dikumpul dari hospital, pusat perubatan dan pertahanan awam di Idlib dan wilayah utara Aleppo, kata pegawai kesihatan Maram al-Sheikh kepada AFP.
Ia juga termasuk sumber awam yang kebanyakannya mengebumikan mayat tanpa membawa mangsa ke hospital.
Jumlah kematian dimuktamadkan dengan bantuan organisasi Unit Penyelarasan Bantuan (ACU), rakan kongsi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tempatan.
PBB berkata ia bergantung kepada data ACU, termasuk angka kematian.
Angka kematian di kawasan pemberontak adalah “hampir muktamad, kerana kebanyakan mangsa sudah dikeluarkan dari bawah runtuhan”, katanya.
Pemantau perang Syrian Observatory for Human Rights melaporkan 2,243 orang terbunuh di kawasan yang dikuasai kerajaan—merekodkan lebih 824 kematian daripada angka rasmi.
Rami Abdel Rahman, yang mengetuai kumpulan berpangkalan di Britain itu berkata jumlah mereka lebih tinggi kerana ia termasuk 50 kampung yang tidak didatangi oleh penyelamat.
Kumpulan itu yang bergantung pada rangkaian sumber yang luas di dalam Syria, melaporkan angka kematian yang sama seperti pemberontak di barat laut.
AFP sebelum ini melaporkan 3,688 kematian di seluruh Syria, menyusun angka rasmi kerajaan dan data yang dikeluarkan oleh kumpulan penyelamat White Helmets di barat laut.
Para penyelamat pemberontak memberitahu AFP jumlah korban mereka kebanyakannya termasuk mayat yang dikeluarkan sendiri daripada runtuhan.
Gempa bumi itu berlaku hampir 12 tahun selepas perang saudara Syria yang memusnahkan sebahagian besar negara itu, membunuh hampir setengah juta orang dan menyebabkan berjuta-juta lagi kehilangan tempat tinggal. – AFP, 1 Mac, 2023.
SOSOK BAIK AKAN DI KENANG
Pempengaruh TikTok buktikan rakyat Malaysia memang baik hati
ADA dua azam yang mahu dicapai Nicholas Lim Pinn Yang tahun ini – pertama, untuk menurunkan berat badan dan kedua berkelakuan baik kepada sesiapa sahaja.
Sejak awal tahun ini, anak kelahiran Pulau Pinang itu mendekati sesiapa sahaja di jalanan dan meminta bantuan, adakalanya meminta wang, untuk menguji reaksi mereka.
Mengejutkan, kata Lim kerana semua orang yang didekati tanpa ragu-ragu sudi untuk membantu walaupun mereka tidak mengenalinya.
Lelaki berusia 30 tahun itu juga berkata sikap orang ramai itu membuatkan beliau terharu, sekali gus menepis sentimen perkauman yang sering dimainkan ahli politik tertentu.
“Saya berazam untuk turunkan berat badan dan berbuat baik kepada semua orang setiap hari. Jadi saya mesti fikirkan apa yang boleh saya lakukan,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Bagi mencapai sasarannya itu, Lim membuka akaun TikTok untuk mencipta kandungan di platform media sosial itu.
“Saya terfikir untuk beri duit kepada orang ramai selepas meminta pertolongan mereka, tak kiralah apa jenis pertolongan.
“Kadang-kadang saya pergi ke mana-mana kedai dan berpura-pura tak ada duit untuk beli minuman. Saya minta tolong pada juruwang, kadang-kadang saya minta diskaun daripada penjual bunga.
“Semua orang yang saya jumpa rela hati mahu tolong tanpa sedikit pun balasan.
“Bila saya beritahu saya sekadar menguji dan mahu hadiahkan duit atas kebaikan mereka, kesemua mereka enggan terima kerana ikhlas mahu menolong saya. Tetapi saya paksa juga mereka ambil kerana mereka memang patut dihargai,” katanya.
Menurut Lim kebiasaannya beliau memberi wang antara RM50 dan RM100, dan setakat ini sejumlah RM10,000 sudah dibelanjakan.
Sikapnya yang murah hati Lim itu menarik perhatian pengguna media sosial, dan anak muda itu kini mempunyai lebih 200,000 pengikut di TikTok. Setakat ini beliau memuat naik 70 video platform itu, dengan jumlah tontonan tertinggi 5.8 juta.
Dalam salah satu videonya yang ditonton lebih sejuta kali, Lim mendekati seorang juruwang di sebuah stesen minyak lalu bertanya jika wanita itu boleh membelikannya minuman kerana tertinggal dompet di rumah.
“Oh tak apa, biar saya belanja,” kata juruwang tersebut.
Tetapi apabila Lim berkata beliau sebenarnya hanya sekadar menguji, juruwang itu tetap bertegas mahu membelikannya minuman.
Sambil mengeluarkan wang RM50, Lim menjelaskan beliau sebenarnya mempunyai wang dan sedang menjalankan eksperimen sosial.
“Wang ini untuk awak kerana sudi membantu saya,” katanya.
Juruwang itu ketawa dan berkata, “Betul ke? Saya nak belanja awak.”
Beliau melakukan eksperimen sosial pada sebelah petang apabila selesai bersenam.
“Selepas larian petang saya, saya akan terus ke jalanan dan mencari orang. Saya melakukannya bersendirian bersama telefon sebagai kamera saya. Biasanya saya akan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk merakam video dan memikirkan idea,” kata Lim.
Ditanya siapa yang menjadi inspirasinya, Lim berkata ia adalah bapanya.
“Saya bukan daripada keluarga kaya. Keluarga saya adalah keluarga biasa. Ayah saya pernah bekerja di sebuah pasar di Pulau Pinang dan semasa kecil saya selalu mengikutnya dan beliau akan membantu orang atau memberi makan haiwan terbiar.
“Banyak yang saya pelajari daripadanya dan saya sangat menghargainya,” kata Lim, anak sulung kepada dua beradik ini.
“Akhirnya, anda akan sedar tidak kira siapa anda, tanpa mengira bangsa dan agama, hanya kebaikan yang penting,” tambahnya.
Lim menjalankan Food Blog di Facebook dan Instagram. Beliau ialah pengasas bersama Foodie Media dan KL Foodie, sebuah media makanan digital yang menguruskan kandungan makanan dan aktiviti harian di Malaysia dan Singapura.
“Kami membuat ulasan makanan, mencari tempat makan yang sangat bagus dan berkongsi pengalaman secara percuma. Secara asasnya pemasaran percuma.
“Misi kami adalah untuk berkongsi makanan tempatan yang menakjubkan dan perkara perlu dilakukan kepada dunia sambil pada masa yang sama memperkasa industri F&B tempatan melalui video dan artikel kami,” katanya.
“Secara keseluruhan kami mempunyai 15 juta pengikut di Facebook, Instagram dan Tik Tok jika digabungkan.
Ditanya berapa lama beliau akan terus memberikan hadiah kepada rakyat Malaysia, Lim berkata beliau akan terus mengejutkan orang ramai selagi boleh. – 1 Mac 2023.
![]() |
SOSOK BAIK
BUDI BAIK
AKAN DIKENANG
JADI TAULADAN
AMIN
ORANG JAHAT
PENCURI MACAM
NAJIB & ROSMAH
JUGA AKAN
DI INGAT JADI
SEMPADAN
AMIN
BUAT PILIHAN
UNTUK HIDUP
KHALAS
AMARAN CUACA - HUJAN LEBAT !!!
AMARAN HUJAN BERTERUSAN 🌧️🌧️🌧️
SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BAHAYA)
Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Bera, Pekan dan Rompin) • Negeri Sembilan • Melaka • Johor sehingga Khamis, 2 Mac 2023.
SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK)
Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan) sehingga Khamis, 2 Mac 2023.
SEKSYEN C: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)
Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) • Terengganu • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub) • Selangor • WP Kuala Lumpur • WP Putrajaya • Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu) sehingga Rabu, 1 Mac 2023.
🌧️🌧️🌧️Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.
BANTUAN AUTA KEEELING
BANTUAN
AUTA KEELING
KAH KAH KAH
Unknown commented on
"SHAHIDAN TAK PUAS HATI"
Mereka ini nak wang bukan nak bantu rakyat jelata, nak bantu diri sendiri, kaum keluarga kaum kroni sekalian kah kah kah, selama ini semua dah tahu kelibat Arau seekor, nak lagi banyak mana? Harta mungkin mencecah berbilion tapi masih tak ada duit bantu rakyat miskin, satu kelemahan kerana masih ada yang miskin papa kedana selepas merdeka sejak 1957, ini satu kelemahan paling teruk dalam dunia YB. Kah kah kah
Unknown commented on
"SHAHIDAN TAK PUAS HATI"
gua selalu dengar nuar cakap "saya bersetuju secara prinsip namun..." baru ni gua dengar dia cakap pasal naik gaji orang gomen dia jawab mcm ni.. apa maksudnya bersetuju secara prinsip.. ? adakah sama macam auta keling ? kah kah kah
NASIB NAJIB - SEBELUM AKHIR BULAN TIGA
MENUNGGU
AKHIR BULAN MAC
RABU 1/3/2023
KITA MASUK BULAN TIGA
SEBELUM BULAN INI BERAKHIR
KITA AKAN TAHU
KEPUTUSAN SEMAKAN KES NAJIB
BUJET
DAH SELESAI
NAMPAKNYA RAMAI TAK PUAS HATI
KOMPLIN SANA
KOMPLIN SINI
MASIH ADA BISING
HAL TELOR
HAL SAYUR
PENJAWAT AWAM
TAK PUAS HATI
GAJI TAK NAIK
KITA TUNGGU
APA AKAN JADI
PADA KES KES RASUAH
MAKIN RAMAI KENA KEPUNG
JENG JENG JENG
PALESTIN
MAKIN HANGAT
ARAB BUNUH ZIONIS
ZIONIS BAKAR ARAB
ARAB TEMBAK ZIONIS
ZIONIS BUNUH ARAB
GUA RASA
MASA TELAH SAMPAI
SUSUN ATUR SEKALI LAGI
INTIFADA
NIGERIA
MENGUNDI SELESAI
YANG KALAH TAK PUAS HATI
MAHU PRU DIADAKAN SEKALI LAGI
BANYAK KES TIPU
BANYAK TAK BETUL
GUA RASA
NIGERIA AKAN KACAU
AMIN
HOKKIEN
PAGI INI RENYAI
GUA TAKDA PILIHAN
BASAH PUN GUA MASUK HOKKIEN
TAK TAK & EZI
NAK POO POO NAK PEE PEE
KL & KL SENTRAL
DI SELAPUTI KABUS TEBAL
BANGUNAN 118 DILIPUTI AWAN
LANGIT PUTIH BERKABUS
UNGGAS TAK BERSUARA
HANYA CENGKERIK RIUH
GUA HARAP
MATAHARI AKAN KELUAR
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM KITA SAMBUT
PAGI INI
KITA SEHAT DAN MERAYAKAN
HIDUP
BRO
KEGAGALAN ADALAH
GURU TERBAIK
BRO
TERIMA APA YANG LU
TAK DAPAT UBAH
UBAH APA YANG LU
TAK DAPAT TERIMA
BRO
BILA LU BOLEH
HIDUP TANPA SAPA BANTU
LU AKAN SELAMAT
DALAM APA JUA KEADAAN
BRO
TUJUAN TANPA PERANCANGAN
HANYA SATU HARAPAN
BRO
JANGAN SESAL
YANG LALU
BELAJAR DARINYA
BRO
BERI KASIH SAYANG
PADA SEMUA
JANGAN BENCI SAPA PUN
BRO
BERAKHIR DENGAN INGATAN
BUKAN DENGAN IMPIAN
BRO
APA SAJA DALAM
IMAJINASI LU
ADALAH BENAR
BRO
SEMPOI ADALAH
KECANGGIHAN TERAGONG
BRO
APA SAJA LU BUAT
LU BUAT DENGAN TERBAIK
BRO
UBAH DUNIA INI
DENGAN LU JADI
DIRI LU
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
KITA TUNGU
BULAN TIGA BERAKHIR
Langgan:
Catatan (Atom)





