Khamis, 6 April 2023
LAWAT SAUDI SEKALI LAGI
Lawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi pada bulan lalu yang mana beliau tidak disambut oleh pemimpin tertinggi negara itu amat pelik, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Iris Syed Ahmad Israa Syed Ibrahim.
Beliau berkata, ini kerana Malaysia dan Arab Saudi setelah sekian lama mempunyai hubungan bilateral yang baik dan melaksanakan pelbagai siri pertemuan signifikan sebelum ini.
Justeru, Syed Ahmad berkata, Anwar sebagai seorang ketua negara, sepatutnya disambut oleh ketua negara yang dilawati dan bukannya mana-mana pegawai tidak setaraf dengan status beliau.
"Ketika Dr Mahathir Mohamad menjadi PM pada 2019, Mazlee Malik, menteri pendidikan ketika itu pun dapat berjumpa dengan Raja Salman untuk berbincang mengenai hubungan antara Malaysia dan Saudi dalam pendidikan," katanya kepada MalaysiaNow.
"Malaysia dan Arab Saudi ada banyak hubungan strategik seperti dalam isu minyak, pengurusan haji dan sebagainya.
"Tetapi apabila Anwar pergi, nampaknya perkara yang dibincangkan adalah perkara yang tidak strategik dan tak dapat pun berjumpa dengan Raja Arab Saudi."
Lawatan perdana menteri ke Arab Saudi antara 22 hingga 24 Mac lalu menimbulkan persoalan apabila beliau tidak bertemu dengan Putera Mahkota Mohammed Bin Salman yang juga merangkap perdana menteri negara itu.
Bagaimanapun Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi dalam satu kenyataan kemudian menjelaskan kerajaan Arab Saudi meminta lawatan tersebut dilanjutkan supaya pertemuan antara dua pemimpin negara itu dapat dilaksanakan.
Kenyataan itu turut menyatakan permintaan tersebut terpaksa ditolak memandangkan Anwar perlu menghadiri majlis berbuka puasa bersama Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selain dijadual berkunjung ke Kemboja dan China.
Institut Iris merupakan badan pemikir yang menghimpunkan peneliti-peneliti dalam bidang hubungan antarabangsa.
Bagaimanapun, Syed Ahmad berkata, walaupun lawatan Anwar ke negara lain selepas Arab Saudi dianggap berjaya, beliau masih perlu memberi penjelasan penuh kerana kunjungan itu mewakili rakyat Malaysia secara menyeluruh.
"Apabila perkara itu berlaku, memang bermakna ada masalah, jadi perlu ada penjelasan yang baik.
“Ini bahagian yang ramai keliru, tetapi saya rasa beliau akan elak daripada menjelaskan perkara ini"
"Tak mungkin Wisma Putra tidak tahu jadual pergerakan pemimpin negara yang dikunjungi kerana ia adalah protokol dan tanggungjawab mereka mengetahui segala butiran sebelum PM mencecah bumi sana," kata Syed Ahmad.
Syed Ahmad bagaimanapun berpandangan bahawa lawatan ke Arab Saudi itu merupakan kehendak Anwar sendiri.
LAWAK BERDIRI PEMUDA GEROMBOLAN
Masa untuk meremajakan Umno, kata ketua bahagian baharu
UMNO yang terus ditolak oleh pengundi termasuk orang Melayu pada pilihan raya umum yang lepas menjadi pencetus kepada sebahagian pimpinan akar umbi parti untuk meremajakan semula parti bermula dari peringkat paling bawah, kata beberapa ketua bahagian Umno yang baru dipilih.
Mereka yang menang pemilihan parti baru-baru ini berkata hasrat untuk membetulkan semula Umno adalah antara sebab utama mereka menawarkan diri untuk memimpin parti di peringkat bahagian.
Noor Hariri Mohamed Nor, 44, yang terpilih sebagai ketua Umno Pasir Mas berkata beliau rasa bertanggungjawab untuk memulihkan semula parti, bermula dengan bahagiannya sendiri.
“Untuk Pasir Mas rancangan pertama saya adalah untuk kembalikan keyakinan anak muda kembali kepada sokong Umno.
“Keduanya untuk kembalikan motivasi ahli di peringkat cawangan yang sedia maklum terkejut dengan keputusan PRU15, pada November lalu,” katanya, kepada The Malaysian Insight.
WOIT
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
AMIN
INI
LAWAK BERDIRI
DARI SERAMBI
MOSCOW OOPS...
SILAP
SERAMBI MEKAH
KAH KAH KAH
AMIN
KENANGAN DULU YANG MANIS
KENANGAN DULU
YANG MANIS
AMIN
Unknown commented on
"KALAU RINDU
LIHAT DI BULAN BIRU"
Manusia selalu akan fikir masa lampau, samada kenangan manis, pahit atau nostalgia. Biasa ini semua biasa berlaku dalam otak minda hati kerana ada perkara menyentuh hati kita fikiran kita, kah kah kah, dalam perjalanan hidup macam-macam berlaku, samada baik atau buruk kita terus hidup selagi mampu, itu saja, Mahathir pun nak berkuasa walau pernah jadi 22 tahun sebagai PM, itu hasrat kehendak impian dia walau apa sebab dia hanya dia seorang tahu, apa muslihat apa ada dalam hati dia, apa dia mahu hanya dia seorang tahu, kah kah kah
TENGOK ANAK BULAN - JANGAN POTONG STIM
TENGOK
ANAK BULAN
AMIN
JANGAN
POTONG STIM
KHALAS
Unknown commented on
"RAYA TARIKH DAH TETAP"
Jangan kacau penyimpan mohor raja raja sekelian, jangan kacau cari makan orang kah kah kah, ramai golongan free loader kiri kanan jadi jangan kacau ITU, kerja tak ada atau setahun Dua kali saja tak apa, tak kisah tak elok biar kan saja, ramai sangat makan gaji buta buat bisnessman sendiri masa kerja pun, semua ITU orang nampak tak apa apa tak kisah asal orang Kita Bahagian kah kah jag
LAGI 16 HARI KITA RAYA
RAYA LAGI
16 HARI
KHAMIS 6/4/2023
LAGI 16 HARI KITA RAYA
PUASA TAHUN INI AMAT SANTAI
ALAM MEMBANTU KITA
PANAS TENGAH HARI
HUJAN RENYAI PETANG
CUACA MOLEK
BAZAR RAMADAN
NIAGA RANCAK
TAPI BANYAK KOMPLIN
HARGA MAHAL
PERLU CARI
WARUNG RAHMAH
YANG JUAL JUADAH
BAWAH LIMA RINGGIT
AYAM & TELOR
KEPERLUAN RAYA
CUKUP
TAPI GUA BACA
PASAR ADA LAMBAKAN
SAYURAN
INI MUNGKIN KERANA CUACA MOLEK
SAYUR SUBUR
PASARAN MENGELEMBUNG
AMIN
AMERIKA
HEBOH PASAL
TRUMP KENA DAKWA
MASIH JADI PERBUALAN NASIONAL
MACAM MACAM PANDANGAN
MACAM MACAM ANDAIAN
TAPI APA YANG JELAS
TRUMP AMAT POPULAR
DALAM MASA 5 HARI SATELAH
BERITA DAKWAAN TERSEBAR
PENYOKONG TRUMP
TELAH MENGUMPUL
9 JUTA DOLAR
UNTUK TRUMP BERTANDING
DALAM TAHUN 2024
AMIN
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATAHARI DAH KELUAR
SINAR DI LINDUNG AWAN
LANGIT ARAH SHAH ALAM
BIRU MELEPAK
LANGIT ARAH ULU LANGAT
AWAN BERKOTAK KOTAK
DI PINTU MASUK
BURUNG HOW WOW
DARI POKOK GETAH BERSUARA
MURAI BERKICAU
SEKUMPULAN PIPIT
MELINTAS
DI LANGIT SEBUAH HELI
MENUJU SHAH ALAM
KELUARGA MASIH RAMAI
MEMBAKAR COLOK
SAMBIL SEMBAHYANG
PADA MAK BAPAK DATUK NENEK
PAGI INI GUA TAK DENGAR
BUNYI MERCUN
HARI INI GUA RASA
AKAN PANAS
TAK TAK SEDANG MENJALAR
DI BALKONI
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI KHAMIS
YANG MANIS
BRO
JIKA PELUANG
TIDAK MENGETUK
LU BUKA SEBUAH PINTU
BRO
JIKA SAMPAN LU
TAK KUNJUNG DATANG
LU BERENANG
BRO
SETIAP JUARA
PERNAH MENJADI PESAING
YANG TAK PERNAH MENGALAH
BRO
CAHAYA YANG BERSINAR
DARI DALAM
TAKDA SIAPA DAPAT
MEREDUPKAN
BRO
LU BERJALAN
KEMANA PUN
LU LAKUKAN
SEPENUH HATI
BRO
SETIAP HARI
ADALAH PELUANG
KE DUA
BRO
APA PUN KERJA
YANG LU BUAT
CINTAILAH DAN SYUKURILAH
BRO
JEMPUT KEBAHAGIAN
AGAR TAK AKAN
BERSEDIH HATI
BRO
HIDUP INI
TAK AKAN JADI BEBAN
JIKA LU JALANI
DENGAN IKHLAS
BRO
LAKUKAN YANG TERBAIK
HINGGAKAN
LU TIDAK AKAN
DI ABAIKAN
BRO
CARA TERBAIK
UNTUK MENGINGATI
DETIK YANG INDAH
IALAH DENGAN MENIKMATINYA
BRO
ADA BANYAK CARA
UNTUK MAJU
TAPI HANYA ADA SATU CARA
UNTUK DIAM
BRO
BILA HENDAK MERATAH KERANG
BILA TAK INGAT TERMAKAN CUKA
BILA KITA DI FITNAH ORANG
JANGAN CEPAT BERMASAM MUKA
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERPUAS
Langgan:
Catatan (Atom)





