Khamis, 14 September 2023

CONTOH IKLAN POLIS




INI CONTOH

IKLAN POLIS

UNTUK TURUN

BERDEMO

KHALAS


Penganjur perhimpunan 'Selamatkan Malaysia' belum mohon permit, kata polis

DEMO DI TEUSKAN PETANG SABTU INI


Perhimpunan Selamatkan Malaysia tetap diteruskan, kata penganjur

Himpunan Selamatkan Malaysia yang akan diadakan di ibu kota pada 16 September bagi menyatakan ketidakpuasan hati berhubung pembebasan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi akan tetap diteruskan, kata penganjur.

Ahli sekretariat himpunan tersebut, Badrul Hisham Shaharin berkata, pengumuman penting akan dimaklumkan esok berhubung himpunan tersebut.

"Kami memberi jaminan isu keselamatan menjadi isu utama kami. 


“Untuk menyelamatkan negara takkan kami hendak buat huru-hara. 

“Yang buat huru-hara itu kamu (pihak kerajaan)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari tadi. 

Badrul yang mesra dipanggil Chegu Bard secara sinis berkata, himpunan tersebut akan dihadiri ramai orang jika “pejuang integriti” dalam PKR dan DAP turut menyertai himpunan berkenaan. 

Katanya, himpunan itu membabitkan pelbagai pihak antaranya parti politik dan badan-badan bukan kerajaan.

Terdahulu, beberapa wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis berhubung sidang media mengenai himpunan berkenaan yang diadadakan serentak pada Hari Malaysia. 

Antaranya Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal dan Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, Hilman Idham.

Himpunan tersebut bagi membantah keputusan lepas tanpa bebas (DNAA) Zahid yang sebelum ini berdepan 47 kes membabitkan pecah amanah, rasuah dan penggubahan wang haram wang Yayasan Akal Budi.

Menurut Badrul, lokasi himpunan akan diumum kelak namun ia dijangka di tengah-tengah Kuala Lumpur. 

Terdahulu Polis Kuala Lumpur menerima enam laporan berhubung penganjuran Himpunan Selamatkan Malaysia.

Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap penganjur.

Kenyataan itu dikritik NGO seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram), dengan menyatakan amaran berkenaan ibarat taktik lapuk yang digunakan oleh pentadbiran terdahulu.

Sementara itu, Wan Ahmad Fayshal berkata pihak polis hanya mengambil keterangan berhubung sidang media dan tiada arahan atau halangan mengenai himpunan berkenaan.

"Seperti mana Akta Himpunan Awam 2012, kita tidak melanggar apa-apa (undang-undang) dan kita akan teruskan," katanya.

Badrul berkata, makluman kepada pihak keselamatan berhubung himpunan tersebut akan diputuskan pihak sekretariat malam ini.

WOIT

TERBAIK

CUN

AMIN

POLIS DAH BANTU

BERI IKLAN

AMIN

PASTIKAN

1000 ORANG

TURUN

AMIN

LEPAS INI BUAT

HIMPUNAN RXZ

AMIN

PAGI GEMPAK

MADANON

KHALAS

BERANIKAH ABIM PUSAT PENJARAKAN ABIM TERENGGANU ?


BERANIKAH 

ABIM PUSAT

PENJARAKAN

ABIM TERENGGANU

KHALAS

HADI TIBAI ANWAR


HADI TIBAI

ANWAR

KHALAS

Unknown commented on 
"HADI PILIH PENJARA"
Selama ini habis beras saja, selama berapa tahun jadi wakil rakyat Marang, bagaimana Marang sekarang? Yang pasti semua sudah ada tiket ke syurga, kah kah kah special pass special offer confirm tak ada cancel kah kah kah hidup ini biar ada faedahnya kepada orang lain, kalaulah tak boleh bawa faedah jangan jadi lintah jangan jadi biawak jangan jadi parasit yang merosakkan semua kah kah kah


Unknown commented on 
"HADI PILIH PENJARA"
Sebenar nya Hadi memang takut masuk penjara. Disebabkan kedekut taik hidung masin nya, sengaja buat kenyataan tak mau bayar denda. Itu adalah hint supaya walaun semua untuk cari dana tong Milo. Atau dia mau orang lain bayar untuk dia. Dia ni lah kaki pelahap 90 juta kata Claire rawcastle. Kah kah kah.

ABIM TIBAI ABIM


ABIM TIBAI

ABIM

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on
 "HADI PILIH PENJARA"

Dalam dunia mana tempat tiada lawan ABIM dengan ABIM? Mana satu negara aman damai? Memang begitulah nak buat macam mana kan? Sekejap sini sekejap sana memang tak ada satu padu memang tak boleh sama semua sekali tak kiralah apa jenama manusiawi begini? Amat sedih kerana sama bangsa sama agama sama rumpun semua sama tapi gaduh tak habis-habis sampai berpuluh tahun kah kah kah kemudian nak salah Myanmar nak salahkan Bangladesh kah kah kah cermin dirinya dahulu kah kah

JAN

MENUNGGU SABTU


MENUNGGU SABTU


KHAMIS 14 SEPTEMBER 2023
LAGI SATU HARI 16 SEPTEMBER
HARI KEMATIAN CHIN PENG
HARI CUTI AM
JENG JENG JENG

SABTU 16 SEPTEMER 2023
AKAN ADA DEMO DI SOGO
AKAN ADA DEMO DI BUKIT BINTANG
AKAN ADA DEMO DALAM KUALA LUMPUR
JENG JENG JENG

POLIS DAH BANTU BERI IKLAN
PEGUAM DAH BANTU BERI IKLAN
IKAN TONGGOL JUGA
BANTU BERI IKLAN 
JENG JENG JENG

INI DEMO PERTAMA
ANTI MADANON
RAKYAT NAK TENGOK
APA TINDAKAN MADANON
KAH KAH KAH

KALAU 1000 TURUN
KIRA BERJAYA
KALAU HANYA 2O ORANG TURUN
INI DEMO HAMPEH
KAH KAH KAH

LIBYA
MAKIN BANYAK MAYAT DITEMUI
MAYAT TERDAMPAR DI PANTAI
KEMATIAN DIANGGAR
BOLEH  MENCECAH 20,000 ORANG
BANTUAN DARI LUAR SAMPAI
DALAM MASA YANG SAMA
LIBYA TIMUR BERGADUH
DENGAN LIBYA BARAT
INI PERANGAI ARAB

SUDAN
WAKIL BANGSA BERSATU
LETAK JAWATAN
DIA DI LARANG MASUK
KE SUDAN
PROJEK ITAM BUNUH ITAM
DITERUSKAN
AMIN

HOKKIEN
KERING SEGAR CERAH
MATA HARI DAH KELUAR
LANGIT BIRU BERAWAN PUTIH

DI PINTU MASUK
GUA DISAMBUT OLEH MURAI
BERKICAU NYARING
DARI POKOK GETAH

DI TENGAH HOKKIEN
SUARA KENG KENG
MEMCAH PAGI

TERKUKUR BERLAGU
DARI  SAWAH RUMPUT
YANG SEMKIN KERING

GUA YAKIN HARI INI
AKAN PANAS
BALKONI GUA TERANG
OLEH CAHAYA MATA HARI PAGI
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT KHAMIS
YANG  INDAH

BRO
LU TIDAK AKAN BERJAYA
MELIHAT PELANGI
JIKA LU TIDAK MEMILIKI
AIR MATA

BRO
PELANGI ADALAH
TANDA YANG DIA
WUJUD DI MANA  MANA

BRO
LU JANGAN TAKUT MENANGIS
IANYA AKAN BEBASKAN
DIRI LU DARI
PERANGKAP RASA SEDIH

BRO
GURU PERTAMA LU
ADALAH HATI LU SENDIRI

BRO
ORANG TANPA TUJUAN
AKAN SENTIASA BEKERJA
UNTUK ORANG YANG ADA
TUJUAN

BRO
LU BERTANYA DI LIHAT BODOH
SELAMA LIMA MINIT
YANG TAK BERTANYA
AKAN SENTIASA BODOH

BRO
JIKA LU LEMAH
JANGAN PIKUL BENDA BERAT
JIKA KATA KATA LU
TAK BERHARGA
JANGAN CUBA BERI NASEHAT
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU
PETANG SABTU