Khamis, 5 Oktober 2023

PROJEK LOMPAT



Semua Adun BN tidak akan 'lompat', kata Wan Rosdy


KESEMUA 15 Adun Pahang daripada Barisan Nasional (BN) menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rosdy yang juga pengerusi BN Pahang berkata perkara itu dimaklumkan sendiri kesemua Adun BN kepadanya semalam.

“Mereka semua memberi jaminan, akan terus berdiri teguh dengan kerajaan yang ada pada hari ini dan mereka menyokong kepimpinan saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas program Sembang Santai Veteran di Bentong, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin dalam ceramah perdana di Felda Chemomoi semalam yang mendakwa ada kemungkinan Adun daripada BN akan menyertai PN sekiranya gabungan itu menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Komposisi yang membentuk kerajaan Pahang ketika ini terdiri daripada 16 Adun BN dan lapan Adun Pakatan Harapan (PH), manakala PN mempunyai 17 Adun. 

Pahang adalah antara negeri yang masih belum menguatkuasakan undang-undang anti lompat parti bagi Adun sejak ia berkuat kuasa di peringkat Persekutuan pada 5 Oktober tahun lepas. 

Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata dakwaan Muhyddin itu adalah satu bentuk fitnah yang bertujuan mengelirukan dan menakutkan rakyat serta pengundi menjelang PRK Pelangai.

“Ini adalah satu budaya yang bagi saya yang tidak sihat…sebagai ahli politik kita sepatutnya cakap soal pengharapan dan kesejahteraan kepada rakyat. Bukan dengan sentimen menakut-nakutkan rakyat dan membuat cerita yang bukan-bukan,” katanya.

PRK Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya, Johari Harun daripada BN yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

PRK pada Sabtu ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Amizar Abu Adam, calon PN Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni. – Bernama, 4 Oktober, 2023.

WOIT

BILA ADA

BERITA TAK ADA

ADUN NAK LOMPAT

 ERTINYA

ADA ADUN NAK

LOMPAT

KAH KAH KAH

SEBAB ITU BUAT

BERITA TAKKDA

SAPA LOMPAT

AMIN

KHALAS

LIMA KAWASAN BAHAYA !!!



5 kawasan catat bacaan IPU tidak sihat


LIMA kawasan di seluruh negara terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi hari ini.

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (DoE) Bukit Rambai, Melaka mencatatkan bacaan tertinggi di seluruh negara iaitu 153.

Kawasan lain ialah Bandaraya Melaka di 151, Batu Pahat (134),Tangkak, 122 dan Port Dickson (124).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik; 51 hingga 100 sederhana; 101 hingga 200 tidak sihat; 201 hingga 300 sangat tidak sihat; dan melebihi 300 berbahaya.

Laman web itu menunjukkan daripada 68 stesen, 51 berada pada tahap sederhana dan 12 lagi kawasan di negara ini menunjukkan bacaan di bawah 50. – 5 Oktober, 2023.


KAWASAN TEPI

SELAT MELAKA

BAHAYA 

AMIN

DEKAT DENGAN

SUMATRA YANG

TERBAKAR

AMIN

BERAS - PANDANGAN SANUSI


BERAS

PANDANGAN

SANUSI

KHALAS

MANA PENOLONG KETUA AMK ?



MANA  PENOLONG

KETUA AMK ?

KHALAS

Unknown commented on
 "MCA DAH BERANI 
TOLAK ANWAR !!!"

Ngape presiden menikus. Harapkan penolong ketua pemuda yg nampak menyek je kih kih kih.

CUKONG MCA TOLAK TEPI


CUKONG MCA

TOLAK TEPI

KAH KAH KAH

AMIN


Unknown commented on 
"MCA DAH BERANI
 TOLAK ANWAR !!!"

sama amik pot lg kat mca ni bro? org tau dap je skrgni. yg lain2 umpama tinggal sejarah je.

LAGI SEHARI


LAGI SEHARI

KHAMIS 5 OKTOBER 2023

LAGI SEHARI
WARGA PELANGAI PAHANG 
AKAN TURUN MENGUNDI


BN LAWAN PN
MELAYU ISLAM
LAWAN
MELAYU PENCURI

PELANGAI NI
BN AKAN MENANG
YANG AKAN JADI PERHATIAN
IALAH BERAPA UNDI PN DAPAT
ADAKAH NAIK ATAU TURUN

KALAU NAIK
ERTINYA KESEDARAN MELAYU ISLAM
MASIH AMPOH
KALAU MEROSOT
MAKNANYA
MELAYU ISLAM DAH 
ILANG STIM
JENG JENG JENG

AMERIKA
HEBOH HEBOH
KES TUAN SPEAKER 
DEWAN KONGRES KENA PECAT

UKRIANE
POLITIK AMERIKA BERUBAH
UKRIANE GELABAH
APAKAH DANA AKAN PUTUS

SINGAPURA
NAK BELI KERETA
WAJIB ADA LESEN DULU
LESEN INI HARGA 
145,000 RINGGIT SINGAPURA
HARGA KERETA LAIN

AMERIKA
BICARA KES SIVIL TRUMP
TAMAT SATELAH MASUK
HARI KE TIGA

THAILAND
BUDAK 14 TAHUN
KES KEMBAK DI MALL PARAGON
DI DAPATI KURANG SIUMAN
ADA KES MENTAL

HOKKIEN
PAGI INI SEGAR BASAH
KL & KL SENTRAL
 BERJEREBU

MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA LEMBUT
DI HALANG JEREBU
LANGIT BIRU KELAM
ARAH MATAHARI
LANGIT KEKUNINGAN

HA HA HA
SAEKOR KENG KENG
TEBANG ULANG ALIK
BISING SATU HOKKIEN
PERANGAI RAJA UNDANG
SAMBIL TERBANG
SAMBIL BERSUARA

GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS
DI BALKONI GUA
TAK TAK SEDANG TERBAING
BERJEMUR
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT PAGI KHAMIS
DENGAN SENYUMAN

BRO
JANGAN SESALI
APA SAJA YANG PERNAH
BUAT LU SENYUM

BRO
SEMUA BENDA DALAM ALAM INI
INDAH CANTIK
TAPI TAK SEMUA DAPAT
MELIHAT

BRO
HIDUP LU
HIDUP GUA
ADALAH MAKLUMAT

BRO
LU JANGAN NAIKKAN SUARA
LU BAIKI HUJAH

BRO
KITA TAK PERLU MENGEKOR
KITA DILAHIR
TEGAK BERDIRI

BRO
SAYA BOLEH
MAKA SAYA WUJUD

BRO
MASALAH KITA
IALAH KITA FIKIR
KITA ADA MASA

BRO
JIKA LU DALAM
KESULITAN JANGAN UNDUR
 TERUS MARA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHAMIS