Isnin, 18 Disember 2023

WARGA ISRAEL BANGUN LAWAN NETHANYAHU


WARGA ISRAEL

BANGUN MELAWAN

NETHANYAHU

AMIN

PEGAWAI POLIS DI BICARA KAN DI MAHKAMAH


KALI INI

DIBICARAKAN

DI MAHKAMAH

KHALAS

panglimo potaseh commented on
 "POLIS LANGGAR MATI"

Adoi .. nanti bila Mat Kampau tu bersabit kesalahan nye hookooman berat menunggu oooo. Hookoomang nye Tukar Balai ooo .. pindah balai ooo .. pindah bukang sonang ooo .. kono carik lori ooo .. kono carik ghumah sewo ooo .. banyak abih duit ..
Unknown commented on
 "POLIS DAN KENCING"

Macamana nak jaga rakyat? Yang nampak semua buruk belaka? Walau pakai songkok walau pakai kopiah tapi perangai asal usul tetap sama, tak boleh wayang tinggi dimana saja kah kah kah ada sesuai kerja kilang diberi jadi manager rosak woi

KES SIRUL & AZILAH BERULANG LAGI


POLIS

 PAKAI HIJAB
Tiap kali polis kena 302, dihijabkan macham Taliban.Ini Azilah dan Sirul. Adakah Madani meneruskan tradisi ini.Di Ipoh hari ini macham  business as usual jer





HEZBOLLAH TINGKATKAN SERANGAN


HEZBOLLAH

TINGKATKAN 

SERANGAN

AMIN

PANAS TERIK



PANAS TERIK

JAM 1. 20 PETANG
PANAS TERIK
BUMI HANGAT
ATK TAK TERBARIKNG
DI BALKONI

APAKAH HUJAN PETANG
AKAN SAMPAI
ATU SEPERTI KELMARIN
TAK HUJAN LANGSUNG
AMIN


POLIS LANGGAR MATI


Pegawai kanan polis didakwa bunuh Zaharif

SEORANG pegawai kanan polis hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh seorang pelajar sekolah menengah, Jumaat lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang memasuki mahkamah sambil kepala ditutup dengan kain, berbaju putih dan berseluar hitam, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Punitha kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh yang berpangkat Deputi Superintendan (DSP), didakwa melakukan kesalahan membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Ipoh, antara 12.05 tengah hari hingga 12.40 tengah hari, 15 Disember.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan jika dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pegawai Pendakwa Raya Azlina Rasdi (Ketua), Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat, Timbalan Pendakwa Raya Wan Azimah Yaakob, Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz, Timbalan Pendakwa Raya Saiful Akmal Mod Said, Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi Abdul Ghani, Timbalan Pendakwa Raya J S Geetha dan Timbalan Pendakwa Raya Low Qin Hui.

Sementara tertuduh diwakili peguam Low Yap Loong.

Tiada jaminan ditawarkan ke atas tertuduh dan mahkamah menetapkan 7 Februari 2024 sebagai tarikh sebutan semula kes, sementara menunggu laporan berkaitan, antaranya laporan kimia.

Pada 15 Disember lepas, tular di media sosial seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang dinaiki dilanggar dan diseret oleh sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran SMK Jati di Meru, Ipoh dipercayai dipandu oleh seorang pegawai kanan polis berusia 44 tahun.

Kemalangan itu menyebabkan Muhammad Zaharif meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan abdomen.

Susulan itu, pegawai kanan polis berkenaan ditahan reman tiga hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan.

Sementara itu, abang mangsa Zarul Fitri, 29, dilihat berlinangan air mata ketika mengikuti sesi pertuduhan tersebut.

Terdahulu, suasana pilu menyelubungi perkarangan mahkamah apabila keluarga Muhammad Zaharif tiba bagi mengikuti pendakwaan kes berkenaan.

Bapa saudara mangsa Abdul Razak Judin, 48, ketika ditemui pemberita di luar perkarangan mahkamah berkata beliau bersama dua lagi saudara yang lain, hadir bagi mendengar pertuduhan kes hari ini.

“Setakat ini ibu bapa dan keluarga mangsa, Alhamdulillah sudah boleh menerima apa yang telah berlaku dan kita semua reda dengan pemergian arwah,” katanya.

Puluhan anggota polis turut dilihat mengawal sekitar perkarangan mahkamah dan keadaan berada dalam keadaan terkawal.

Semalam, Jabatan Peguam Negara melalui kenyataan memaklumkan pegawai kanan polis terbabit dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini, dengan pihaknya mendapati terdapat keterangan yang mencukupi untuk mendakwa suspek atas kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Bernama, 18 Disember, 2023.

WOIT

MARI KITA IKUTI

KES INI

AMIN

ORANG DITUDUH INI

BEBAS DNAA

ATAU KENA HUKUM

JENG JENG JENG

YANG DITUDUH

PEGAWAI POLIS

YANG MENYISAT

POLIS

JENG JENG JENG

KITA TUNGGU

DAN LIHAT

AMIN

KHALAS