Rabu, 17 April 2024

BANJIR MELANDA - KEMARAU MEMUKUL



Banjir kilat landa Negeri Sembilan, Selangor

DUA pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Selangor bagi menempatkan 374 mangsa banjir ekoran hujan lebat sejak semalam di negeri itu.

Banjir kilat dilaporkan melanda Rawang, Sungai Buloh, Bestari Jaya dan Shah Alam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar dalam satu kenyataan berkata kesemua mangsa berlindung di PPS yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau Sempak dan Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

Selain itu, satu pos kawalan hadapan (PKH) telah digerakkan di SK Merbau Sempak, katanya.

Manakala di Negeri Sembilan pula satu PPS dibuka di Dewan Masyarakat Permatang Pasir, Port Dickson awal pagi tadi susulan banjir kilat.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sembilan, PPS itu dibuka pada 4.08 pagi bagi menempatkan 46 orang daripada dua keluarga.

“Beberapa stesen sungai turut merekodkan bacaan pada paras berjaga-jaga dan bahaya setakat 7 pagi tadi iaitu di Sungai Linggi dan Sungai Triang di Jelebu,” katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman Facebook rasminya pada 6.10 pagi tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 9 pagi.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan dan Sarawak. – 17 April, 2024.

WOIT

INI MALAPETAKA

IKLIM

JEMG JENG JENG

SUNGAI TRIANG

BELAKANG RUMAH

GUA PUN AIR

DAH NAIK

AMIN

INI JARANG

BERLAKU

AMIN

KALI AKHIR

TERJADI BANJIR

TAHUN 1970-71

KHALAS

IRAN BERSEDIA JIKA ISRAEL MENYERANG


Iran tutup kemudahan nuklear atas pertimbangan susulan serangan Israel

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas pertimbangan keselamatan susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel, kelmarin, kata Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Rafael Grossi.

Beliau berkata demikian kepada wartawan di luar mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sama ada beliau bimbang mengenai kemungkinan serangan Israel ke atas kemudahan nuklear Iran sebagai tindakan balas terhadap serangan itu.

"Kami sentiasa bimbang mengenai kemungkinan ini. Apa yang saya boleh beritahu ialah pemeriksa kami di Iran telah dimaklumkan oleh kerajaan Iran bahawa semua kemudahan nuklear yang kami periksa setiap hari akan ditutup atas pertimbangan keselamatan," katanya.

Kemudahan itu akan dibuka semula pada hari Isnin, kata Rafael tetapi pemeriksa tidak akan kembali sehingga hari berikutnya.
at tergempar susulan serangan Iran.

"Saya memutuskan untuk tidak membenarkan pemeriksa pulang sehingga kita melihat keadaan benar-benar tenang," katanya.

Iran melancarkan lebih 300 dron dan peluru berpandu ke Israel pada waktu malam pada Sabtu hingga Ahad lalu sebagai membalas serangan udara ke atas bangunan konsular di Damsyik yang membunuh tujuh Pengawal Revolusinya, dua daripadanya adalah jeneral.

Israel dan sekutunya menembak jatuh sebahagian besar senjata, dan serangan itu hanya menyebabkan kerosakan kecil, tetapi kebimbangan mengenai kemungkinan tindakan balas Israel telah mencetuskan kebimbangan perang serantau habis-habisan.

Israel telah menjalankan operasi terhadap tapak nuklear di rantau itu sebelum ini.

Pada tahun 1981, Israel mengebom reaktor nuklear Osirak di Iraq pimpinan Saddam Hussein, walaupun mendapat tentangan daripada Amerika Syarikat (AS).

Pada 2018, Israel mengakui telah melancarkan serangan udara rahsia terhadap sebuah reaktor di Syria 11 tahun sebelumnya.

Israel juga dituduh oleh Iran kerana telah membunuh dua ahli fizik nuklear Iran pada 2010, dan menculik seorang lagi pada tahun sebelumnya.

Pada tahun 2010, serangan siber yang canggih menggunakan virus Stuxnet, yang dikaitkan oleh Iran kepada Israel dan AS, membawa kepada beberapa siri kerosakan dalam emparan Iran yang digunakan untuk pengayaan uranium.

Israel menuduh Iran mahu memperoleh bom atom iaitu sesuatu yang dinafikan Iran. - AFP

ISRAEL CARI

PELUANG NAK

BOM LOJI

NUKLEAR IRAN

AMIN

SARAWAK KEMARAU - SELANGOR BANJIR


SARAWAK

 KEMARAU

SELANGOR BANJIR

AMIN

MUFTI KELANTAN DENGAN ANJING


MUFTI KELANTAN

DENGAN ANJING

KHALAS

Unknown commented on
 "HIZBULLAH MENYERANG 
DARI UTARA"

Sepatutnya semua Rakyat Islam Malaysia serang lu kerana bukan sahaja bela 2 ekor anjing tapi bermegah dengan anjing2 diruang tamu tanpa samak.

İni ada lah perbuatan liberal dan hina Islam.

Lu tadak kredibiliti nak iklan pasal Hamas, Hizbullah atau Iran lawan Zionis kerana mereka semua tak hina Islam dengan bela anjing.

Lu Agen Zionis ko? Memang patut kena bom bontot lu.

MEMBERI KEMALUAN KEPADA ANWAR


MEMBERI 

KEMALUAN

PADA ANWAR

AMIN

Panglimo potaseh commented on
 "ANWAR SAKIT APA ?"

Papagomo ni dah terok sgt ngata Anwar .. kok betol pon dia tak boleh memberi kemaluan pada Anwar.
Ingat dosa memberi kemaluan pada orang ni sgt besar dan tak terampun .. Allah pun tak boleh ampun kecuali Anwar memaafkan dia .. nanti bila mampoos akan kekal di bakar dalam neraka jahanam.

HUJAN SUBUH


HUJAN SUBUH


RABU 17 APRIL 2024
KITA MASIH DALAM
SUASANA RAYA

SEMUA DAH BALIK KERJA
KERETA BERJAM JAM
TERSANGKUT DALAM JEM
KINI TINGGAL INGATAN

PETANG KELMARIN UJAN LEBAT
BANJIR KILAT SANA SINI
DI SARAWAK KEMARAU
DI KELANTAN KEMARAU
INILAH WATAK CUACA
KETIKA IKLIM BERUBAH

HOKKIEN
PAGI INI BASAH
L0PAK LOPAK AIR DI SANA SINI
HUJAN PETANG  + HUJAN SUBUH
UDARA SEGAR

GUA KEMBALI DENGAR
HOW WOW
GUA DENGAR KENG KENG
DI WILAYAH PAYA
GUA DENGAR SUARA KATAK
GUMBIRA BUMI BASAH

MATA HARI BELUM KELUAR
RINTIK RINTIK UJAN SUBUH
MASIH GUA RASAKAN
KETIKA MELINTAS HUTAN  TERAP
KEDENGARAN KUAT
TITIK UJAN KE ATAS DAUN TERAP
YANG LEBAR

GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS TERIK
JIKA UJAN PETANG
MALAM JADI ENAK

BRO
SENYUM
KITA SENYUM
SAMBUT RABU

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKERJA