Sabtu, 6 September 2025

MADAFAKA LEBIH ZALIM DARI MAHAFIRAUN



Badrul Hisham diberkas polis malam tadi, kata peguam
Ketua Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin, ditahan polis malam tadi terkait dakwaan membuat kenyataan menghasut dan memfitnah semasa berucapan dalam majlis politik di Bagan Serai, Perak.

Peguamnya, Rafique Rashid Ali, dalam kenyataan ringkas pagi ini memberitahu Badrul Hisam ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

“Tangkapan itu dibuat untuk siasatan mengikut Akta Hasutan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah, dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Permohonan tahanan reman dijangka diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada jam 10 pagi hari ini," katanya.

Polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penahanan tersebut.

Berdasarkan pautan TikTok yang dikongsi oleh Rafique, anak guamnya itu disiasat berhubung ucapan semasa ceramah pada 29 Ogos lalu.

Program berkenaan dinamakan sebagai Ceramah Perdana: Selamatkan Malaysia.

Dalam petikan video itu, Badrul Hisam kedengaran bercakap mengenai Raja-Raja Melayu dan dakwaan cubaan pihak tertentu untuk membuat orang Melayu hilang rasa hormat terhadap istana.

Sementara itu, JSJ Bukit Aman dalam kenyataan hari ini mengesahkan bahawa polis sedang menyiasat ahli politik terbabit berhubung ucapannya.

Pengarahnya, M Kumar, berkata siasatan dimulakan selepas polis menemui klip video yang disiarkan pada akaun TikTok menunjukkan Badrul Hisham membuat kenyataan berbaur hasutan dan tidak berasas terhadap institusi diraja.

“Siasatan berhubung video tular ini sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman,” katanya.

Kumar berkata, siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan yang menetapkan kesalahan berhubung tindakan menghasut, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, yang memperkatakan kenyataan yang boleh menyebabkan ketakutan atau kebimbangan orang ramai, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian).

JELAS TERBUKTI

KERAJAAN

MADAFAKA LEBIH

ZALIM DARI

KERAJAAN

MAHAFIRAUN

KHALAS

KERAJAAN SABAH BUNGKUS


KERAJAAN SABAH

BUNGKUS

KHALAS

GANJA DAN SAKSOFON



Tokoh perniagaan Anutin Charnvirakul dipilih PM baharu Thailand


BANGKOK: Tokoh perniagaan konservatif dalam industri pembinaan, Anutin Charnvirakul, dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu selepas memenangi undian di Parlimen, hari ini.

Anutin yang juga pemimpin Parti Bhumjaithai, bakal menggantikan Paetongtarn Shinawatra yang dipecat daripada jawatan Perdana Menteri oleh Mahkamah Perlembagaan Thailand pada 29 Ogos lalu.

Parti Pheu Thai yang ditunjangi keluarga Shinawatra telah sekian lama memainkan peranan utama dalam pentadbiran Thailand sehinggalah Mahkamah Perlembagaan membuat keputusan itu.

Keputusan rasmi di Parlimen, hari ini, menunjukkan Anutin membolot sebanyak 311 undi daripada keseluruhan jumlah 492 Ahli Parlimen, sekali gus mencatat majoriti selesa.

Beliau menewaskan calon daripada Pheu Thai untuk jawatan itu, Chaikasem Nitisiri yang berkhidmat sebagai Menteri Kehakiman bawah pentadbiran sebelum ini.

"Parlimen meluluskan Anutin Charnvirakul untuk menjadi Perdana Menteri," kata Timbalan Speaker, Chalad Khamchuang.

Anutin, 58, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kesihatan.

Sokongan parti pembangkang, Parti Rakyat, memainkan peranan penting yang menyumbang kepada kemenangan Anutin dalam pengundian, hari ini.

Namun, Parti Rakyat menetapkan syarat utama, iaitu pilihan raya baharu perlu diadakan dalam tempoh empat bulan.

Anutin menyertai arena politik pada usia awal 30-an sebagai penasihat kepada Kementerian Hal Ehwal Luar.

Beliau yang turut dikenali dengan nama panggilan 'Noo' yang bermaksud 'tikus' dalam bahasa Thailand, menonjolkan dirinya sebagai individu berjiwa rakyat dan menggemari makanan jalanan Thailand walaupun kaya-raya.

Anutin juga memiliki latar belakang sebagai jurutera industri yang memperoleh latihan di New York, selain berkebolehan bermain alat muzik termasuk saksofon.


SEMUA TUNGGU

APA DASAR BARU

TERHADAP GANJA

JENG JENG JENG

ANUTIN JELAS

SOKONG GANJA

BUKAN JENAYAH

AMIN

KHALAS

DICAMPAK KE LUAR TEMBOK


 DI CAMPAK

KE LUAR TEMBOK

AMIN

Unknown commented on
 "KES INKUES JADI PELIK"

aku rasa pakar ni tak pernah tengok wresling macam mana wresler humban lawan dari atas ring kebawah..

INKUES MASIH BELUM SELESAI


INKUES MASIH

BELUM SELESAI

AMIN

Unknown commented on 

tak faham kenapa dia tolak bahawa zara tidak ditolak jatuh.. padahal diding penghadang hanya 118 cm.. bukan melebihi 2 meter.

bukan mustahil untuk panjat dan tolak.. hanya satu cadangan kemungkinan ini sangat meragukan dari pihak pakar.

adakah mustahil untuk panjat ? .. ko letak je kerusi dekat dinding dah boleh level...

mintak wartawan tangkap gambar asrama zara untuk pencerahan.. tak kan ini pun tidak boleh didedah

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

6 SEPTEMBER 2025

PERANG


INKUES DITERUSKAN
Kes arwah Zara sedang berjalan. Warga Net masih sibuk beri pandangan. Masih ramai tak puas hati dengan Pakar Patologi. Dilihat dan di baca sang Pakar ini cakap lek lok. Ini menjadikan  Warga Net tidak puas hati.

Apa pun kita wajib menunggu dan menanti apa  rumusan mahkamah. Kerana ramai lagi akan di panggil untuk beri keterangan.

Tapi yang amat jelas ialah kebencian rakyat kepada kerajaan. Gua sebagai Tukang Hasut cukup gumbira dengan fakta ini. Amin.

MENTERI MINAH SEMBAB FUZIAH
Kita wajib terus tibai dan gasak Minah Sembab ini. Jadikan dia Menteri yang di benci  macam rakyat telah berjaya menjadikan  Fadhlina ikon jahat lagi bodoh. 

Kes BODOH 100 ringgit boleh tahan satu bulan adalah kenyataan Minah Sembab yang wajib dijadikan peluru untuk hasut rakyat benci Madanon.  Kah kah kah.

PERANG BERSEDIA UNTUK PERANG
Presiden Trump telah mengubah nama Jabatan Pertahanan Amerika untuk menjadi Jabatan Perang Amerika. Ini amat baik lagi terpuji.  Amerika akan bergasak dengan musuh-musuh seperti China Merah  – Iran – Rusia – Korea Utara – di alu-alukan.

Perang ini baik. Perang dunia ke dua mengalih kedudukan dunia. Ramai negara yang di jajah merdeka. Kali ini jika perang sampai kita pula berpeluang  untuk RESET negara kita.

TAPi jika senjata nuklear di guna – maka lebih baik kita mati.  Siapa yang selamat dalam perang Dunia Ke Tiga selepas nuklear meledak  akan merana hidup. Amin.

AMERIKA
Trump hantar 10 buah jet pejuang  F35 ke Puerto Rico. Ini wilayah laut Carribbean.  Intimidasi untuk Venezuela.

RUSIA
Putin beri amaran – jika soldadu dari Eropah masuk ke Ukraine mereka akan menjadi sasaran yang halal.

SIAM
Perdana Menteri baru Anutin di lantik. Sosok ini  Orang Kaya. Apa yang baik dengan PM bari ini ialah dia pro ganja.

UK
Timbalan PM letak jawatan satelah  gagal bayar cukai.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar – sedikit basah. Kemarin hujan lari. Matahari dah keluar.  Cahaya bersinar tapi hilang timbul kerana di wilayah  Sungai Besi awan mendung – di wilayah Shah Alam cerah biru. KL & KL Sentral cerah.

Suara Tekukur dari atas bukit. Yang lain pagi ini gua tak dengar. 

Pagi ini  gua ada bawa makanan untuk anak anjing. Ha ha LIMA EKOR mereka.  Dua ekor warna hitam dan tiga  berbulu macam Tak Tak. WOW !!! – emak dan bapak mereka tak ada mungkin cari makan. Gua hampiri tapi mereka menjauhkan diri. Gua nak berbaik-baik dengan mereka.

Malam tadi gua ke NSK Kucai lama –  ada sayur di NSK ini murah – Juga di NSK ada  daging itik dan Salmon. Blueberry juga murah. Makanan untuk anjing dan kucing juga murah. Sardin  untuk Ezi dan Tak Tak lagi murah.

Wow – bila nak keluar membayar – gua terperanjat – beratur panjang. Gua rasa gua silap hari – kerana cuti am. Tapi gua nampak ada kaunter bayar tak ada  orang – Ha ha ha rupa-rupa kaunter beratur panjang ialah KAUNTER RAHMAH – duit 100 ringgit dari kerajaan sedang bertukar tangan.

Jap lagi gua nak ke Chow Kit – nak lihat buah apa  yang murah. Tapi pasar Chow Kit tidak ada Kounter Rahmah. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM MENYAMBUT
HARI SABTU

BRO
Cinta membuat lu jadi seniman. Lu akan bijak mengarang sajak.

BRO
Cinta menjadikan lu berani. Lu berani buka seluar dalam depan orang yang lu tak kenal.

BRO
Cinta akhir adalah perjuangan diatas katil. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI