Isnin, 8 Februari 2016

UNDUR TANGKAP DAKWA





BUKA KEMBALI SIASATAN TERHADAP DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK, KEMPEN PETISYEN MEMBUKA SIASATAN DILANCAR

Beberapa perkembangan terkini sejak minggu lalu memberi gambaran bahawa keputusan Peguam Negara,  Apandi menutup siasatan kes melibatkan Najib dan wang yang dipindahkan ke akaun beliau adalah tergopoh-gapah.

Saya merujuk kepada satu laporan di dalam New York Times semalam yang memetik Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir bahawa dana yang disebut-sebut itu bukan satu derma malah satu pelaburan oleh individu warganegara Arab Saudi.

Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu memberi dimensi baru kerana perkara-perkara berikut:

1.    Najib bukan seorang ahli perniagaan atau pakar pelaburan. Beliau tidak mempunyai apa-apa perniagaan. Seorang warganegara Arab Saudi tidak akan memberikan wang sebanyak RM2.6 bilion kepada beliau untuk dilaburkan kerana pelaburan bukanlah kepakaran beliau. Pelaburan sejumlah itu tidak mungkin diserahkan kepada seorang individu, apatah lagi yang bukan pakar pelaburan seperti Najib.

2.    Jika dana RM2.6 bilion itu adalah bagi tujuan pelaburan, ia mesti melibatkan syarikat dan aset-aset tertentu. Warganegara Arab Saudi yang memberikan dana sebesar itu bagi tujuan pelaburan sudah tentu mahukan balasan tertentu sebagai pulangan kepada pelaburannya. Ini memungkinkan wujudnya pertelingkahan kepentingan (“conflict of interest”) memandangkan kuasa Najibk yang besar sebagai seorang Perdana Menteri.

3.    Keterlibatan seorang warga Arab Saudi di dalam pelaburan di Malaysia yang bersabit dengan Perdana Menteri membawa kembali dakwaan bahawa dana RM2.6 bilion itu ada kena mengena dengan 1MDB kerana 1MDB sendiri sebelum ini mewar-warkan bahawa pelaburannya melibatkan individu tertentu dari Arab Saudi, sementara Najib pula adalah Penasihat 1MDB.

Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu juga menyangkal kenyataan Peguam Negara kononnya dana itu adalah satu derma.

Oleh yang demikian, saya mendesak supaya Peguam Negara membuka semula dengan serta merta kertas siasatan dan pendakwaan terhadap Najib mengambil kira perkembangan terbaru ini. Saya juga mengingatkan Peguam Negara supaya menggunakan sepenuh kuasa di bawah Perjanjian Bantuan Guaman Bersama (Mutual Legal Assistance) dengan negara-negara yang sedang menyiasat 1MDB dan/atau Najib termasuklah Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.

Untuk mengembalikan momentum rakyat dalam kes ini, saya juga telah mengambil inisiatif melancarkan kempen maya untuk mengumpul sokongan rakyat mendesak supaya kertas-kertas siasatan dan pendakwaan terhadap Najib. Saya bercadang mengumpul sejuta tandatangan rakyat melalui laman Facebook dan sejuta rakyat Malaysia menandatangani petisyen yang akan diangkat kepada DYMM Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu memohon campur tangan mereka supaya kertas siasatan dan pendakwaan dapat dibuka semula.

Saya menyeru supaya seberapa ramai rakyat Malaysia mengambil tindakan berikut:

1.    “Like” laman “1 Juta Desak Buka Kembali Siasatan Terhadap Najib Razak” di capaian https://www.facebook.com/1Juta-Desak-Buka-Kembali-Siasatan-Terhadap-Najib-Razak-1086535944702074/?skip_nax_wizard=true

2.    Tandatangan petisyen maya kepada DYMM Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu memohon campur tangan mereka supaya kertas siasatan dan pendakwaan dapat dibuka semula di capaian http://goo.gl/forms/pnd3XvubsQ

Setelah mendapat jumlah tandatangan yang memadai, saya dan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan akan menulis untuk merafak sembah mengadap DYMM Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mengenai perkara ini.

Saya yakin rakyat tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini ditutup apabila Peguam Negara menutup kes. Dengan desakan rakyat, saya yakin Najib boleh dihadapkan ke mahkamah.


RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN





---------------

SENARAI GAGALIS 2014






dari arkib







LAPORAN JURI
adalah dimaklumkan
pada tahun ini
senarai gagalis tegar semakin panjang
juga pada tahun ini
semakin ramai
yang kembali
  merujuk masuk untuk 
menjadi ahli  kelab gagalis

kepada mereka ini
diucapkan selamat datang

ADA  GAGALIS
 CUBA MEMBANTAH
tapi gagal
hari gagalis terus semarak

justeru
tahun ini para juri
bersidang lebih dari 14 kali
untuk memastikan bukti bukti
semua saheh

justeru
semua muka muka ini
adalah para gagalis yang saheh
yang gagal 

senarai ini tidak menyebut nama
si polan dan si polan
ini bertujuan
untuk memastikan
nasib si polan  akan bercahaya
bersama gagalis
di tahun hadapan




BAHAN BUKTI
 DI TOLAK JURI
MENGGUNAKAN
model upahan sebagai bahan bukti
terus ditolak

DI TOLAK JURI
JURI MENOLAK
kerana dari ilmu semiotik
kalau mereka bercinta
pasti tidak jauh jarak badan
ini saekor gajah boleh melintas
cuba lagi tahun depan

SEMIOTIK SALAH
 
DI TOLAK JURI
perhatikan mata balak ini
memandang tukang ambil gambar
tidak kelihatan cinta kaseh sayang
pada matanya

MUKA MUKA
yang 
ditendang keluar

BELOT
 
BELOT
 BELOT

BELOT


BELOT


BELOT 
MERANGSANG
 para gagalis 


GAGALIS SEPANJANG  TAHUN
dara pingitan tanjung

MINAH CUN
tapi
terus gagal

SIAPA  GAGALIS 
ini

CUBA
tahun hadapan

GAGALIS
cuba menyamar

MASIH GAGALIS
dua tahun berturut turut
walau gila mencuba
dengan mengubah gambar
profil difb
berkali kali

 GAGALIS
cuba nasib
di negara bawah angin
masih gagal lagi

GAGALIS 
luar negara

SELAMAT 
MASUK KEMBALI
ke kelab gagalis

LEBAI GAGALIS

GAGALIS
cuba nasib
di negara china

SAHEH
gagal

BUNGA GAGAL  
belum disunting

BUKTI SAHEH
DI TENDANG KELUAR
DARI SENARAI GAGALIS
gambar diatas ini 
pada awalnya
agak mencurigakan
tetapi
para juri dengan menggunakan ilmu semiotik
mendapati wujud 
kasih sayang dalam gambar ini
maka dua wajah 
dalam gambar ini
telah ditendang keluar dari senarai gagalis
amin

GAGALIS SEMAKIN TEGAR

GAGALIS
 SEDIH SEDIH SEDIH
siapa jantan ni
masih menjadi tanya tanya
tapi
yang jelas jantan ini
gagalis


SAHEH DI TOLAK
dari senarai gagalis


LAGI MUKA 
GAGALIS TAHUN 2014

GAGALIS
poseur

GAGALIS 
politik tersohor 2014

 GAGALIS 
aktivis

GAGALIS
aktivis


GAGALIS BERSIH
selamat datang kembali
sebagai ahli kelab gagalis

GAGALIS MINAH CUN
masih gagal

GAGALIS 
TEGAR





MENYAMAR
bukan gagalis


MUKA TEGAR

GAGALIS
sukan

GAGALIS
 jual puisi

GAGALIS
jambu

SIAPA MINAH INI



MUKA MUKA SEDIH
GAGALIS 
YANG TAK PERNAH DAPAT 
HADIAH COKLAT

TANPA HARAPAN


GAGALIS
jual kereta

GAGALIS 
utara

GAGALIS
selatan


SELAMAT DATANG
kembali

SELAMAT  DATANG KEMBALI 
ke asal usul

GAGALIS
lirik merayu rayu

GAGALIS 
paling tegar

GAGALIS
sepanjang tahun

DITENDANG KELUAR
senarai gagalis
kerana telah berjaya

GAGALIS NGO


GAGALIS
selangor


GAGALIS
jual berita

GAGALIS
king kong

MUKA CUN
tapi gagal

IBU GAGALIS


MUKA MUKA SEDIH
pada 14 febuarari
tak pernah ada awek
maka
mereka ini
dicadangkan agar 
mandi bunga






POLITIK GAGAL

KES KLASIK GAGALIS TAHUN 2014

para juri telah menerima satu tuduhan  gagalis tegar
lalu dijalankan siasatan
maka didapati yang menuduh juga gagalis
maka dengan ini mereka berdua ini
di cap sebagai gagalis bermasalah

apakah mereka ada masalah seksualiti?
atau
masalah takut betina?

LAGI TUDUHAN GAGALIS

Sila masukkan 


dalam list! 

dia masih gagal walaupun ada ramai awek cun kt luar sana! 

kahkahkah!!!


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh Tukar Tiub,

Alhamdulillah. bertemu kembali kita dibulan Februari ini, 

bulan yang penuh barakah dan istiqamah.

Menjelangnya bulan mulia ini, janganlah hanya fokus 

"Langkah Kajang" "Kaki Kejang" "Satay Kajang Malaysia" 

tetapi saya ingin memberikan sedikit dan dua dikit cadangan agar me"list"kan nama 

Mat Koy dan Rizal 'Syeikhryz' Hamdan 

sebagai Ayatollah Gagalist Valentine ini. 

Diharap, nama aku digugurkan kali ini. terima kaseh. 

#SyukurlahMalaysiaMasihAman


PENGUMUMAN
adalah diumumkan
mamat ini masih gagalis
kerana jatuh cinta
dengan anak murid

adalah diberitahu bahawa
tidak ada siapa terlepas dari senarai gagalis
jika awek bawah umur
awek murid sendiri
awek sedara cik gu
awek anak buah boss

SAHEH GAGAL


MEMANG GAGAL

GAGALIS ROMANTIKA


GAGALIS JAMBU
jentina belum menentu


JUMPA LAGI TAHUN DADAPAN



--------