Jumaat, 9 April 2021

DARURAT HARI KE 87

 



DARURAT
HARI KE 87

Khamis, 8 April 2021

BILA TUN NAIK DARAH

 

BILA TUN

NAIK DARAH

PROJEK JATUHKAN MUHYIDIN

 


JANGAN

TERPERANJAT

BILA MUNCUL

RAKAMAN ANWAR

BERBUAL DENGAN MUHYIDIN

AMIN


Bersatu takut Umno bekerjasama dengan parti lain, kata Nur Jazlan

PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi terus diserang bertalu-talu kerana Perikatan Nasional (PN) terutamanya Bersatu takut Umno akan bekerjasama dengan parti lain, kata Nur Jazlan Mohamed.

Beliau merujuk rakaman audio yang dikatakan perbualan antara Ahmad Zahid dan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang dipercayai berlaku selepas Perhimpunan Agung Umno pada akhir bulan lepas.

Timbalan Pengerusi Umno Johor berkata tiada salahnya isu hubungan antara Zahid dengan Anwar demi mencari titik persamaan bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Kedudukan itu jelas katanya, selepas Bersatu kini tiada harapan untuk bersama dengan Umno setelah Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini memutuskan tiada kerjasama antara dua parti itu dalam pilihan raya umum ke-15.

“Apa yang ditakutkan (mereka) ialah Bersatu dan PN kerana Umno ada pilihan lain dan bukan mereka.

“Sebab itu mereka bersungguh-sungguh memburukkan Presiden dan Najib Razak. Ia cuba menghalang perbincangan dibuat untuk mencari jalinan politik yang lain.

“Sebab dengan mereka (Bersatu) memang (Umno) dah tolak. Hubungan dengan mereka (PKR) bukan rundingan pun tetapi hubungan dibuat untuk mencari persamaan bagi menempa PRU15.

“Parti dah buat keputusan tak mahu dengan Bersatu, kita kena cari alternatif lain,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight.

Nur Jazlan bagaimanapun berkata rakaman audio itu tidak dibuktikan sahih dan mempunyai motif untuk memecah-belahkan Umno. 

“Kesahihan tidak dibuktikan. Ini hanya mahu pecah-belahkan parti,” katanya lagi.

Zahid sebelum ini menafikan beliau ada berbual dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim selepas perhimpunan agung Umno baru-baru ini, yang rakaman didakwa perbualan itu tersebar melalui media sosial sejak malam tadi.

Katanya, penyebaran rakaman itu satu percaturan politik untuk menghancurkan Umno.

Kenyataan Ahmad Zahid menyusul rakaman audio yang dikatakan perbualan telefon antara beliau dan Anwar mengenai keputusan Perhimpunan Agung Umno 2020, yang berlangsung pada 28 Mac lalu.

Dalam perbualan telefon itu, suara mirip Anwar didengar memuji Zahid atas ucapannya di perhimpunan agung itu.

Dalam ucapan penggulungannya, Zahid menegaskan pendirian Umno untuk tidak bekerjasama dengan PKR, DAP dan Bersatu.

Beliau juga mendapatkan mandat daripada perwakilan untuk Majlis Kerja Tertinggi menentukan tempoh yang sesuai bagi Umno menarik balik sokongan kepada kerajaan Muhyiddin Yassin.

Rakaman perbualan itu membayangkan wujud usaha dan percaturan kuasa antara Zahid dan Anwar untuk menjatuhkan kerajaan Muhyiddin yang dikatakan sudah hilang majoriti di Dewan Rakyat. – 7 April, 2021

ZAMAN KOBID

MENYERANG

SEMUA BOLEH

BERLAKU

KAH KAH KAH

PERBUALAN

SENATOR YUSMADI

DENGAN OBAMA

HANYA MENUNGGU

MASA NAK MELETUP

BUNTING DAH LAMA

KHALAS



KES INI AMAT SENANG

 

ANWAR AMBIL

LANGKAH BIJAK

AMIN

BUKTI CUKUP JELAS

AMIN

SEMUA INI FITNAH

NAK MALUKAN 

ANWAR IBRAHIM

PEMIMPIN ISLAM

KHALAS


Anwar nafi rakaman audio, ikut langkah Zahid buat laporan polis

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Anwar Ibrahim juga menafikan rakaman audio tular kononnya ia perbualannya dengan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.

Malah beliau juga mengarahkan pegawainya untuk membuat laporan polis mengenainya.

“Ini (rakamn audio tular) nak gunakan kita nak lawan poitik dalam UMNO. Nak gunakan kononnya perbualan saya dengan  Zahid untuk politik Bersatu nak menikam pimpinan UMNO.

“Ini bukan kerja saya. Sebab itu saya juga arahkan pegawai saya buat laporan polis biar siasat siapa yang punca ini,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian dan Pelancaran Bilik Gerakan Utama Keadilan Selangor di Shah Alam malam ini.

“Ya, suara macam saya. Saya tak peduli. Nyata ada usaha untuk fitnah merekayasa dengan lebih canggih supaya dalam Keadilan ada tanya DAP, Amanah tak mudah tergugat dengan benda macam ini,” ujarnya lagi.

Menurutnya, Ahmad Zahid sudah menafikan mengenai kesahihan audio dan kali ini beliau juga melakukan perkara yang sama.

Pagi tadi, Ahmad Zahid menafikan penularan audio mengaitkan dirinya dan akan mengarahkan pegawainya membuat laporan polis.- 

BUKTINYA

CUKUP SENANG

ANWAR BERIKAN

TALIPON MILIKNYA

PADA POLIS

AMIN

POLIS PEREKSA

AMIN

TERBUKTI ANWAR

TAK ADA NUMBO

TALIPON ZAHID

AMIN

ANWAR DARI PKR

ZAHID DARI UMNO

MEREKA MUSUH

MUSTAHIL ADA

HUBUNGAN GELAP

KHALAS



ANWAR TIPU ZAHID TIPU ATAS TIPU


KES MAKIN PELIK

KAH KAH KAH

SAPA TIPU SAPA

KAH KAH KAH

ANWAR TIPU ZAHID

AMIN

ZAHID TIPU UMNO

AMIN

UMNO 

TIPU MELAYU

KAH KAH KAH



Zahid tipu perwakilan Umno, kata Tun Faisal

AHMAD Zahid Hamidi menipu di Perhimpunan Agung Umno tentang hubungannya dengan Anwar Ibrahim, kata Tun Faisal Ismail Aziz.

“Ketika di perhimpunan agung Umno, Zahid kata jumpa Anwar hanya makan-makan minum. Pada saya itu sangat-sangat misleading,” kata timbalan ketua Umno bahagian putrajaya dalam temu bual di Insight Talk.

Tun Faisal, yang digantung keahlian enam tahun kerana memfitnah Zahid, berkata presiden Umno itu tidak menjelaskan tentang suratnya kepada perwakilan Umno pada perhimpunan agung yang diadakan 27 hingga 28 Mac lalu.

“Saya mendapat maklum itu adalah surat sokongan terhadap Anwar adalah surat yang benar dan tujuan supaya Anwar boleh bawa kepada Agong untuk beritahu dia dapat cukup sokongan supaya kerajaan dapat digantikan.


“Macam mana presiden melalui surat menyokong Anwar untuk meruntuhkan kerajaan. Itu saya tak boleh terima. Kita pertahankan dasar parti.

“Mana boleh senyap-senyap tanpa pengetahuan MKT, semua ahli tiba-tiba ada surat sokongan.”

Tun Faisal merujuk kepada surat sokongan yang didakwa diberi oleh Zahid kepada Anwar pada September lalu.

Sokongan yang dikatakan itu, tetapi dinafikan oleh Umno, bertujuan membolehkan Anwar membuktikan kepada Agong beliau mempunyai sokongan mencukupi untuk menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Seminggu sebelum surat berkenaan bocor, Anwar mengumumkan beliau ada “jumlah yang cukup” untuk menggantikan Muhyiddin.

Tun Faisal berkata Zahid sepatutnya menjelaskan tentang hubungannya dengan Anwar dan surat sokongan yang dikatakan itu.

“Kita nak buat satu keputusan besar dan kita bohong mereka dan kita tidak cerita benda yang betul. Ini satu kesalahan yang tidak boleh pandang ringan dan ahli kena tahu perkara itu benar,” kata bekas pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu.

Tun Faisal turut meluahkan rasa terkejutnya kerana digantung keahlian enam tahun daripada parti.

Beliau mendakwa lembaga disiplin parti mungkin terlepas pandang penjelasannya.

“Jika mereka benar-benar melihat fakta dan merit kes saya, saya tidak akan dikenakan tindakan, apatah lagi digantung enam tahun,” katanya.

Katanya, proses jawatankuasa disiplin cacat kerana pengadu dan mangsa terbabit dalam membuat keputusan menggantungnya.

Pengadu ialah Ketua Umno Bahagian Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor sementara pihak yang “difitnah” ialah Zahid.

“Kedua-duanya ada dalam Majlis Tertinggi yang memutuskan saya digantung,” kata Tun Faisal.

Tun Faisal dan Annuar Musa mengecam tindakan presiden yang cuba memutuskan kerjasama dengan Bersatu, untuk bersama PKR yang diketuai Anwar, dan DAP. – 8 April, 2021.

BERAT 

KES

MAKIN BERAT 

KAH KAH KAH

DAH SAH KE

SUARA ANWAR?

AMIN

SUARA MACAM

SUARA NIK NAZMI

KAH KAH KAH

SILAP SILAP

MACAM SUARA

DOLAH SANI

KAH KAH KAH



PIL WAHABI

 

DOA SAJA

TIDAK CUKUP

AMIN

NAK BERJIHAD

PERLU ADA

PIL WAHABI

AMIN



Polis rampas dadah pil captagon bernilai lebih RM221 juta 

JABATAN Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) merampas 650 kilogram dadah jenis pil captagon atau dikenali sebagai ‘dadah jihad’ bernilai lebih RM221.86 juta di Pelabuhan Klang, Isnin lepas. 

Pengarah JSJN Razarudin Husain berkata rampasan kedua dadah jenis tersebut di Malaysia itu adalah hasil perkongsian maklumat perisikan daripada Direktorat Jeneral Pengawalan Narkotik Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.

“Dadah itu telah dibawa dari negara Timur Tengah dan singgah di Pelabuhan Klang sebelum dirancang untuk menuju ke negara-negara Asia Barat untuk memenuhi permintaan pasaran di sana,” katanya pada sidang media di sini hari ini. 

Beliau berkata susulan hasil maklumat risikan tersebut pihaknya telah berjaya mengesan sebuah kapal yang berlabuh di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang Ahad lepas. 

“Maklumat risikan mendedahkan sebuah kontena daripada kapal tersebut akan dipindahkan ke kapal lain yang akan meneruskan perjalanan ke Singapura pada 6 April,” katanya.

Razarudin berkata dadah yang disimpan di dalam aluminium floor spring itu berjaya dikesan pihak berkuasa melalui hasil imbasan yang menimbulkan imej yang mencurigakan.

Namun katanya tiada tangkapan dibuat dalam operasi tersebut dan JSJN dan pihak berkuasa Arab Saudi akan terus bekerjasama untuk menangkap  pihak yang terlibat. 

Menurutnya pil itu pada mulanya digunakan oleh Jerman untuk membesarkan otot seawal 1960-an namun telah diharamkan penggunaannya di Amerika Syarikat dan Eropah itu pada 1980-an kerana dikategorikan sebagai dadah. 

Razarudin berkata dadah yang mempunyai kandungan amfetamina dan fenethylline itu biasanya digunakan oleh militan Daesh untuk menimbulkan rasa berani dan kini mula digunakan di pusat-pusat hiburan, namun katanya dadah tersebut masih belum memasuki pasaran Malaysia. 

“Kita tidak mahu Malaysia dijadikan negara transit dadah dan mahu menyekat dadah ini dari masuk ke dalam negara ini,” katanya. – Bernama, 8 April, 2021.


TAK MAIN

DOA DOA

TAK MUJARAB

KAH KAH KAH

NAK BERJIHAD

NAK ENTOT

 BIDADARI

WAJIB TELAN 

PIL WAHABI

AMIN

PIL  TERBAIK

BUATAN KAPIR

TAK BEEER

KAH KAH KAH