Jumaat, 19 Ogos 2022

KAK BEDAH JADI SUSAH


GTA guna satu logo bertanding PRU15, kata Dr Mahathir

PEJUANG dan tiga parti lain dalam Gerakan Tanah Air (GTA) akan menggunakan satu logo bersama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang, kata Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Bekas perdana menteri itu berkata gabungan baharunya itu masih belum mendapat kelulusan rasmi Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan akan hantar permohonan itu minggu depan.

“Kami setuju guna satu logo untuk GTA,” kata ahli Parlimen Langkawi itu pada sidang media selepas mesyuarat presiden GTA di Putrajaya hari ini.

“Logo akan dipanggil Tanah Air. Kita belum putuskan lagi (reka bentuk logo). Kita akan buat perancangan reka bentuk baharu dan saya ingat pada minggu depan akan putuskan.

“Kita juga akan hantar permohonan (ke RoS) minggu depan,” tambah Dr Mahathir.

Awal bulan ini, Dr Mahathir, yang juga pengerusi Pejuang, mengumumkan penubuhan GTA yang menyasarkan pengundi Melayu dan Islam yang sudah muak dengan jenama politik Umno.

Ahli politik veteran itu berkata selain Pejuang, GTA turut disertai Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Ditanya sama ada pergerakan itu akan mendapat kelulusan mereka daripada RoS sebelum PRU15, Dr Mahathir berkata ia yakin walaupun ada pengalaman lampau.

“Pengalaman politik dalam Malaysia ini, dekat dengan pilihan raya kalau Umno berkuasa nanti dia tidak akan daftar.

“(Contohnya) dalam PRU14 lalu kita tahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang sudahpun didaftar, digantung pendaftarannya dan Pakatan Harapan (PH) tak didaftar. Itu strategi mereka.

“Tetapi kami yakin perbuatan yang salah ini tidak akan dilakukan. Kami ada plan B jika ia berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut mengumumkan beberapa senarai jawatan dalam GTA untuk melengkapkan pendaftaran ke RoS nanti.

Mohamad Ismail dari Parti Iman dijadikan bendahari, Nizam Mahshar dari kumpulan masyarakat sivil Melayu dijadikan ketua penerangan, Che Asmah Ibrahim dari Pejuang akan mengetuai Sayap Wanita GTA, Nasrul Ali Hasan sebagai ketua Sayap Pemuda manakala Azliza Rajain dari Berjasa ketua Sayap Pemudi.

Dr Mahathir turut menolak tuduhan gerakan itu akan memecahbelahkan orang Melayu di negara ini.

Beliau berkata, GTA gerakan yang membela orang Melayu, yang didakwanya berhadapan pelbagai masalah selama ini.

“Ada tuduhan yang kita pecah belah orang Melayu sebab tubuhkan gerakan ini.

“Ini tidak benar sebab kita bentuk gerakan ini kita gabungkan empat parti politik Melayu.

“Parti ini akan berada dalam GTA dan ini bermakna dalam pilihan raya akan datang, mereka tidak akan bersaing sesama sendiri dan kami akan menyokong calon daripada GTA,” katanya.

Tambah Dr Mahathir pergerakan itu terbuka kepada semua parti politik, pertubuhan dan individu Melayu yang berakhlak mulia yang berminat untuk mengangkat nasib orang Melayu di negara ini.

Beliau bagaimanapun berkata, pergerakan itu tidak akan menerima orang yang dicemari skandal, merujuk kepada sebahagian ahli Umno.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Presiden Putra Ibrahim Ali, Presiden Berjasa Zamani Ibrahim dan Mohammed Mosin Abdul Razak dari parti Iman. – 18 Ogos, 2022.


WOIT

PRU15 KITA

BERASAK ASAK

KAH KAH KAH

MAKIN RAMAI

CALON PARTI

UNTUK DIPILIH

KAH KAH KAH

MAKIN SUSAH

KAK BEDAH

LEBAI MUIN

NAK MENGUNDI

KAH KAH KAH

HAJI DERAMAN

JADI CUNT PIUS

KAH KAH KAH

AMIN

NAJIB BUANG PEGUAM


Najib tamatkan khidmat firma guaman Zaid Ibrahim, rayuan diteruskan

PERBICARAAN rayuan kes SRC International Najib Razak bermula pagi ini di Mahkamah Persekutuan dengan berita bekas perdana menteri itu menamatkan perkhidmatan peguamn baharunya.

Ketua peguam bela Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan panel lima hakim yang Najib memecat anggota pasukan peguamnya daripada Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners.

Zaid Ibrahim, Liew Teck Huat dan Rueben Mathiavarnam, yang merupakan sebahagian daripada pasukan peguam Najib, tidak berada di mahkamah pagi ini.

Bagaimanapun Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mengarahkan prosiding diteruskan, dengan timbalan pendakwa raya V Sithambaram menyambung semula hujahan lisannya terhadap rayuan Najib.

Hisyam kekal duduk di mahkamah bersama dua peguam lain.

Semalam Mahkamah Persekutuan menolak permintaan Hisyam untuk berhenti daripada mewakili Najib dalam rayuan terakhirnya.

Tengku Maimun berkata mahkamah ada kuasa budi bicara untuk membenarkan atau menolak permohonan tersebut.

“Kami memberikan arahan dan alasan kami.

“Kami berpendapat peguam tidak menunjukkan alasan untuk menarik diri. Kami menolak permintaannya untuk menarik diri. Beliau masih dalam rekod sebagai peguam utama,” katanya. – 19 Ogos, 2022.

WOIT

KAH KAH KAH

PASAI APA

BUANG PEGUAM

DARI UK

OPPS..SILAP

 ULU KELANTAN

KAH KAH KAH

GUNA MACAM

CAWAT DAH

PAKAI BUANG

KAH KAH KAH

APA SUDAH JADI

KAH KAH KAH

AMIN

KESIAN NAJIB


KESIAN

MAT NAJIB

TAKDA PEGUAM

KAH KAH KAH


INI KES BESAR

BUKAN KES

CURI SUSU

AMIN

BAR COUNCIL

 WAJIB

ARAHKAN

LEGAL AID

DATANG BANTU

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

HOT HOT HOT TER KINI TER NOWW

 



Najib tamatkan khidmat firma guaman Zaid Ibrahim, rayuan diteruskan



HOT HOT HOTT

TERKINI

TER NOWW

KAH KAH KAH

TER SEDIH

TER KEDU

KAH KAH KAH

AMIN

SILA DENGAR NASEHAT NAJIB



NAJIB BERI

NASEHAT

 BAGAIMANA

NAK CURI DUIT

KAH KAH KAH

AMIN

TANDA KIAMAT



TANDA KIAMAT

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 
"NAJIB DIHUMBAN 
KE BAWAH LORI"

Kiamat sudah dekat bila rakyat memilih utk bersama pemimpin penyamun.. Bahalol bangsa meleis nak sangat kiamat makin dekat.
Unknown commented on 
"PERLU TANGGUH"

Spatut nya kes ini di bicara kan ble esok nk perang dunia ke 3 atau esok kiamat..