Selasa, 4 April 2023

KALAU RINDU LIHAT DI BULAN BIRU


JIKA RINDU

LIHAT DI BULAN BIRU

KHALAS

JANJI DI CAPATI


JANJI DI CAPATI

KAH KAH KAH

AMIN

DOA DI KAABAH


Puad doa pembebasan Najib di depan Kaabah

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Puad Zarkashi sedih apabila mengenangkan keadaan bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang kini menunaikan ibadah puasa di penjara.

Beliau yang kini berada di Mekah untuk menunaikan umrah mengimbau kembali kenangan berbuka puasa dengan Najib di kondominium Pavilion dahulu.

“ Saya terus berdoa pembebasan beliau di depan Kaabah,” katanya dalam hantaran Facebook malam tadi.
 

WOIT

INI DAH

REKRUT ALLAH

AMIN

TAPI KALAU

PENCURI TAK BEBAS

APAKAH INI

BERMAKNA

ALLAH SUKA

NAJIB TERUS

DUDUK DALAM

PENJARA

KAH KAH KAH

AMIN

SANUSI KALAH DENGAN MAHFUZ


Saya akan berusaha bayar berapa pun harganya – Sanusi


KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi MD Nor bersedia membayar ganti rugi RM120,000 kepada bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan semalam.

Tulis Sanusi dalam Facebook beliau, beliau akan bertanggungjawab untuk melunaskan tuntutan selepas mahkamah mendapatinya bersalah melakukan kenyataan fitnah.

Malah kata Sanusi, walauapapun jumlah ditentukan oleh mahkamah beliau akan berusaha untuk membayarnya secepat mungkin.

“Saya didapati bersalah oleh mahkamah dan diperintahkan membayar ganti rugi RM50,000 oleh Mahkamah Tinggi, kemudian dinaikkan kepada RM120,000 oleh Mahkamah Rayuan kerana RM50,000 didapati terlalu rendah oleh plaintif.

“Mereka membuat ‘counter appeal’ untuk tuntut lebih tinggi. Apabila sudah didapati bersalah, menjadi tanggungjawab saya untuk melunaskan tuntutan mereka. Saya akan berusaha bayar berapa pun harganya,” katanya.

Semalam melaporkan Mahkamah Rayuan memerintahkan Muhammad Sanusi Md Nor membayar ganti rugi kepada Mahfuz Omar selepas kenyataan fitnah empat tahun lepas.

Dalam pada itu, Sanusi turut meletakkan kembali kenyataan beliau berkaitan isu judi di negeri tersebut.
.
“Posting inilah yang didapati saya bersalah oleh mahkamah dan diperintahkan membayar gantirugi.

”Sebagai ahli dan pimpinan PAS serius dengan usaha membanteras kegiatan perjudian di Kedah, sebaik mengambilalih kerajaan sejak 17 Mei 2020, maka satu langkah besar dibuat mulai tahun 2021-2022 untuk memberhentikan pengeluaran lesen premis perjudian di seluruh Kedah, apabila lesen sedia ada tamat beransur-ansur dari 2021 sehingga Disember 2022.

”Mulai Januari 2023, tiada lagi premis perjudian berlesen di seluruh Kedah, selari dengan keseriusan PAS menghentikan kegiatan yang merosakkan seluruh masyarakat di negeri ini,” ujarnya. 

Untuk makluman, pada November 2021, Mahfuz menang saman fitnah yang difailkan terhadap Sanusi, dengan Mahkamah Tinggi mengarahkan Sanusi membayar RM50,000 kepada Mahfuz.

Sanusi didakwa memfitnah Mahfuz selaku wakil rakyat Pokok Sena terlibat dalam isu pemindahan Sport Toto ke kawasan itu menerusi laman sosialnya pada tahun 2019. 

S

 WOIT

SANUSI NI

MUKA BARU

DALAM PAS

AMIN

AMAT POPULAR

DALAM MEDIA

SOSIAL

KAH KAH KAH

SEKARANG DAH

KALAH

KENA  SAMAN 

AMIN

AKAN DATANG

KES MORAL ANWAR

KAH KAH KAH

KHALAS

HUJAN RAHMAT



JAM 7 PETANG

HUJAN TURUN

ALAM DATANG MEMBANTU
HUJAN TURUN JAM 7 PETANG
PAK CIK MAK CIK
DI BAZAAR RAMADAN
NIAGA TAK DI GANGGUU

JAM 7 HAMPIR
SEMUA BERES

CUACA MALAM JADI ENAK
SEJUK DAN RANUM
PUASA TAK LETIH
TAK LAPAR
TAK DAHAGA

INI NAMANYA
HUJAN RAHMAT
AMIN

SELAIN DARI WARTAWAN PERANG - INI KERJA PALING BAHAYA


112 penghantar makanan meninggal dunia akibat kemalangan, kata menteri


Menteri Pengangkutan Anthony Loke mendedahkan seramai 112 penunggang p-hailing maut dari tahun 2018 hingga Mei tahun lalu.

Katanya, jumlah itu daripada 1,242 kemalangan membabitkan golongan tersebut.

"112 'rider' mati atas jalan raya, satu angka yang sangat besar. 82 kecederaan parah dan 1,048 kecederaan ringan yang dicatatkan. 

"Sudah tentu kita ingin mengawal selia supaya keselamatan adik-adik 'rider' terjamin," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

P-hailing merujuk kepada perkhidmatan menghantar makanan.

Loke membentangkan tiga Rang Undang-undang (RUU) pindaan akta bertujuan mengawal selia komuniti p-hailing.

RUU itu ialah RUU Pengangkutan Jalan (pindaan) 2023, RUU Pengangkutan Awam Darat dan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan.

Antara isu yang dibahaskan ialah kebajikan penunggang p-hailing berkaitan pembayaran upah dan perlindungan, selain permohonan lesen vokasional. 

Katanya, kebajikan pekerja sektor ekonomi gig akan diperjuangkan oleh kerajaan namun perlu memastikan kawal selia tidak terlalu ketat bagi membenarkan sektor itu boleh berkembang.

"Hubungan rider dengan syarikatnya bukan majikan dan pekerja.

“Mereka ialah partners (rakan kongsi).

"Di seluruh dunia, ekonomi gig masih dalam proses ditambah baik dan diberikan pelindungan kepada penunggang," katanya.

WOIT

BERITA 

 MEMERANJATKAN

AMIN

TAK SANGKA

INI KERJA BAHAYA

AMIN

LEBIH BAHAYA

DARI WARTAWAN

MEDAN PERANG

AMIN

MEREKA ADA

INSUARN ATAU

MATI KATAK

AMIN

KHALAS