Rabu, 13 September 2023

SABTU PETANG DI SOGO


SABTU PETANG

DI SOGO

RABU 13 SEPTEMBER 2023
HARI SABTU 16 SEPTEMBER
LAGI DUA HARI
ADA DEMO DIRANCANG
DI SOGO
JENG JENG JENG

IKLAN DAH BANYAK KELUAR
PEGUAM BERI IKLAN
POLIS BERI IKLAN
ADA PENGANJUR
DI PANGGIL POLIS
INI SEMUA PETANDA BAIK

BILA DI LARANG
BILA DI HALANG
BILA DI BERI AMARAN
ERTINYA DEMO ITU MENGIGGIT
ERTINYA DEMO ITU
MENAKUTKAN MUSUH

BILA TIDAK DI HALANG
BILA TIDAK DI BERI AMARAN
BILA TAKDA LARANGAN
ERTINYA DEMO ITU HAMPEH

DEMO YANG BAIK
ADALAH DEMO YANG ADA
PERLAWANAN

JIKA ADA 1000 PESERTA TURUN
INI  PETANDA JAYA
JIKA 20 TURUN
INI DEMO PALAT
KAH KAH KAH
AMIN

LIBYA
BERITA BURUK
BANJIR HUJAN
EMPANG PECAH
2000+++ DISAHKAN MATI
10,000 MASIH HILANG

MOROKO
BERITA BURUK
GEMPA BUMI MEMBAWA PADAH
PERANCHIS MAHU BERI BANTUAN
JIKA RAJA MEROKO BERI
RAKYAT MOROKO MARAH
KERAJAAN GAGAL
BERI BANTUAN

AMERIKA
ADA RANCANGAN 
DARI PARTI REPUBLIKAN
UNTUK MEMECAT BIDEN
JENG JENG JENG
KES RASUAH 

RUSIA
KIM JUNG UN 
SAMPAI KE RUSIA
DIA NAIK KERETA API SPESIAL
PUTIN DAH SAMPAI LEBIH AWAL
MEREKA BERTEMU DI BANDAR
 VLADIVOSTOK

HOKKIEN
PAGI INI KERING SEGAR
ADA KABUS NIPIS
KL & KL SENTRAL PUN
BERKABUS

HA HA
SAEKOR KENG BERSUARA
PIPIT DALAM PADANG RUMPUT
TERKUKUR BERLAGU
INDAH PAGI INI DI HOKKIEN

KEINDAHAN BERGANDA
BILA MURAI BERKICAU
HA HA 
PAGI YANG PERMAI

BAWAH POKOK SAKA
BATANG PISANG TELAH DIMUSNAH
LALANG DAN RUMPUT
DAH MENGUNING DI RACUN
MENUNGGU MASA UNTUK
DI BAKAR

GUA YAKIN
HARI INI AKAN PANAS
WALAU PUN MATAHARI
BELUM MUNCUL
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT RABU
YANG PERMAI

BRO
INGATLAH ANAK ANAK LU
BUKAN MILIK LU
LU DIBERI PINJAM
OLEH SANG PENCIPTA

BRO
MANUSIA ADLAH MILIK BUMI
BUKAN BUMI
MILIK MANUSIA

BRO
LU AKAN DI INGATI
DENGAN JEJAK
YANG LU TINGGALKAN

BRO
DENGAR
ATAU LIDAH LU
AKAN MEMBUAT LU PEKAK

BRO
LU TUNJUK PADA GUA
MUNGKIN GUA TDAK INGAT
LU CAKAP PADA GUA
MUNGKIN GUA LUPA
LU LIBAT GUA SAMA LU
PASTI GUA FAHAM

BRO
MENJADI MISKIN
BUKAN SATU MASALAH
SEPERTI MENJADI
TIDAK JUJUR 

BRO
HARGAI MASA MUDA
YAKINI MASA TUA

BRO
JIKA LU TAK TAHU
BERSYUKUR BERTERIMA KASIH
KESALAHAN ADALAH
PADA DIRI LU

BRO
BERBAGI BAGI
DAN MEMBERI
ADALAH JALAN KEBENARAN

BRO
TAKDA SUNGAI
BOLEH KEMBALI
PADA PUNCANYA
NAMUN
SEMUA SUNGAI ADA PUNCANYA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU
SABTU 16 SEPTEMBER



 

Selasa, 12 September 2023

MCA & MIC TIBAI DAP


MCA & MIC

TIBAI DAP

JENG JENG JENG

KHALAS

PEGUAM BERI AMARAN PADA POLIS



Peguam beri amaran kepada polis, kerajaan terhadap ugutan berhubung himpunan bantah bebas Zahid

Peguam hak asasi manusia memberi amaran kepada kerajaan dan polis supaya tidak menakut-nakutkan penganjur perhimpunan pada Hari Malaysia bagi membantah keputusan kontroversi oleh peguam negara untuk menghentikan perbicaraan rasuah terhadap  Zahid . 

Lawyers for Liberty (LFL) juga mengingatkan kerajaan supaya tidak menggunakan Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA), undang-undang yang digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini terhadap penunjuk perasaan yang menurut pengkritik adalah tidak berperlembagaan. 

"Menteri dan ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) amat menyedari sifat penindasan APA, kerana mereka juga diganggu dan dianiaya kerana dikatakan melanggar APA apabila mereka menganjurkan perhimpunan semasa mereka menjadi pembangkang. 

“Atas sebab inilah PH sebelum ini menggesa pemansuhan APA. 

“Tetapi kini PH yang teraniaya nampaknya bertukar menjadi penganiaya, mengubah undang-undang yang sama yang pernah mereka kecam terhadap pembangkang sekarang,” kata Pengarah LFL Zaid Malek. 

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap penganjur protes yang dirancang oleh Perikatan Nasional (PN) pada 16 September, berkata mereka mesti mematuhi keperluan APA.

Beliau berkata mengikut Seksyen 9 (1) APA, mana-mana pihak yang berhasrat mengadakan perhimpunan perlu memohon permit lima hari lebih awal. 

Ketika ditanya mengenai perhimpunan yang diadakan tanpa permohonan yang diperlukan, beliau berkata tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada. 

Zaid berkata kenyataan Ayob dan beberapa pemimpin PH "tidak syak lagi" bahawa kerajaan dan polis sedang bersedia untuk mengambil tindakan. 

“Ancaman sebelum perhimpunan dan amaran awam kepada mereka yang merancang perhimpunan itu adalah taktik yang sama pernah digunakan oleh kerajaan BN lama terhadap Pakatan Rakyat dan kemudiannya PH,” katanya. 

"PH dan pemimpinnya sendiri menjadi apa yang pernah mereka kritik sebagai menindas." 

Beliau juga menyifatkan ia sebagai satu ironi bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sedang bersiap sedia untuk menyekat perhimpunan aman. 

"Reformasi dilahirkan di jalanan, dan berkembang maju dengan menentang Akta Polis dan APA untuk mengadakan perhimpunan antikerajaan," katanya merujuk kepada slogan yang sering dilaungkan Anwar.

WOIT

INI LAGI HEBAT

KHALAS

PEGUAM BERI

AMARAN PADA

POLIS

JENG JENG JENG

SEKALI GUS

BERI IKLAN

DEMO PETANG

SABTU DI SOGO

KAH KAH KAH

INI IKLAN TERBAIK

TERCUN TERMOLEK

KHALAS

INI TEATER ? SANDIWARA ? ATAU WAYANG ?



Isu DNAA Zahid, jawatankuasa khas Parlimen panggil 2 peguam negara

JAWATANKUASA Pilihan Khas Parlimen (JKPK) ke-15 Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi akan memanggil dua peguam negara untuk memberi penjelasan berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi.

Pengerusinya, William Leong memberitahu Parlimen pagi ini ia akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu dan laporan penuh akan dibentangkan kepada jawatankuasa selepas selesai prosiding.

“Sebagai pengerusi saya akan panggil kedua-dua peguam negara untuk beri penjelasan.

“JKPK akan bentangkan laporan selepas siasatan dibuat,” katanya ketika bangun mencelah semasa sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12) di Dewan Rakyat hari ini.

Dua peguam negara berkenaan adalah Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan Idrus Harun.

Terdahulu, ahli JKPK daripada blok pembangkang bangun bertanya kepada Speaker Johari Abdul sama ada beliau akan membenarkan isu pembebasan Zahid dibahaskan di Parlimen.

Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim berkata beliau tidak dimaklumkan berkenaan keputusan JKPK mengadakan prosiding itu.
– 12 September, 2023.


MAKA TEATER

DI PENTAS

AMIN

WAYANG

PAK DALANG

UNTUK TEPIS

 OMBAK

KEBENCIAN 

RAKYAT

AMIN

KHALAS

PALESTIN GADUH DENGAN PALESTIN



PALESTIN

GADUH DENGAN

PALESTIN

KHALAS

DEMO SOGO - PEGUAM BERI IKLAN !!!


Himpunan protes Zahid perlu dibenarkan, kata kumpulan peguam

SEBARANG tindakan diambil terhadap penganjur protes Selamatkan Malaysia diketuai Perikatan Nasional (PN) akan dilihat sebagai penegasan yang kerajaan diterajui Anwar Ibrahim tidak lagi memperjuangkan reformasi, kata Lawyers for Liberty (LFL).

Pengarah LFL Zaid Malek berkata himpunan protes terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang dibebaskan tanpa dilepaskan (DNAA) daripada kes rasuahnya, perlu dibenarkan tanpa tindakan polis.

“Ini dianggap gangguan dan intimidasi, kerana tidak indikasi menunjukkan himpunan itu akan diadakan secara tidak aman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan LFL itu susulan kenyataan amaran dikeluarkan Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay semalam.

Ayob Khan berkata polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur dan peserta himpunan Selamatkan Malaysia PN yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini.

Katanya, setakat ini polis belum menerima permohonan permit atau maklumat daripada penganjur untuk mengadakan protes di depan pusat beli-belah Sogo.

“Akta Perhimpunan Aman 2012 memerlukan penganjur perhimpunan menyerahkan notis lima hari sebelum hari acara. Hari ini hari terakhir di mana penganjur sepatutnya membuat permohonan permit.

“Pemohon perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik premis di kawasan itu. Dalam konteks ini, saya difahamkan perhimpunan itu akan diadakan di kawasan Sogo, jadi mereka perlu dapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Sogo,” katanya dipetik sebagai berkata dalam laporan berita semalam.

Zaid berkata undang-undang berkenaan, iaitu Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 adalah perundangan tidak mengikut perlembagaan yang secara langsung melanggar hak berhimpun secara aman seperti di bawah Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, menteri dan ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) sepatutnya tahu wujud unsur penindasan dalam PAA.

“Mereka juga pernah diganggu dan didakwa kerana dikatakan melanggar PAA ketika mereka menganjurkan himpunan dan protes semasa mereka masih pembangkang.

“Itu sebabnya sebelum ini PH mendesak PAA dimansuhkan. Tetapi sekarang PH nampaknya berubah menjadi pendakwa, menggunakan undang-undang sama yang pernah mereka kritik, terhadap pembangkang pada masa ini,” katanya. – 12 September, 2023.

WOIT

POLIS DAH

BERI IKLAN

KAH KAH KAH

SEKARANG

PEGUAM PULAK

BERI IKLAN

AMIN

PAK LEBAI

BILA NAK BERI

FATWA & IKLAN

KAH KAH KAH

LAGI BANYAK

IKLAN LAGI

CUN

KAH KAH  KAH

KHALAS