Ahad, 5 November 2023
NAJIB BELUM BAYAR CUKAI
Penyokong Bossku mahu Najib-Muhyiddin kembali 'bersatu'
KUALA LUMPUR: Penyokong Najib atau dikenali sebagai ‘Bossku’ meletakkan harapan agar banduan bekas Perdana Menteri itu dan Muhyiddin Yassin membuka lembaran baharu, dan bergerak bersama demi negara serta rakyat.
Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berpandangan, Malaysia akan lebih hebat jika dua bekas pemimpin nombor satu negara itu, bersatu ketika rakyat sedang berdepan masalah ekonomi dan kos sara hidup.
Beliau menyuarakan perkara itu selepas Muhyiddin, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mendoakan kesembuhan Najib yang kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat COVID-19, semalam.
"Negara akan menjadi lebih hebat jika dua figura ini bergabung.
KAH KAH KAH
WOIT SEBELUM
CAMPUR POLITIK
BEBAS DULU
AMIN
KEMUDIAN BAYAR
CUKAI 1 BILION RM
LEBIH KALAU
TAK JADI BANGKAP
KAH KAH KAH
KHALAS
PKR PARTI JENIS GAPO ?
Liberal International keluarkan nama, logo PKR
NAMA dan logo PKR sudah dikeluarkan daripada laman sesawang Liberal International, sebuah organisasi berdaftar yang berpangkalan di London.
Semakan terkini di laman sesawang organisasi itu mendapati nama dan logo PKR yang sebelum ini tersenarai bersama beberapa parti atau pertubuhan lain bagi negara Asia sudah tiada.
Setakat jam 3.40 petang ini, hanya tujuh parti atau pertubuhan membabitkan Asia masih berada dalam senarai di laman sesawang Liberal International.
Semalam, Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata beliau berhubung dengan pihak Liberal International untuk meminta supaya nama dan logo parti itu dikeluarkan daripada laman sesawang organisasi berkenaan. Bernama, 5 November, 2023.
WOIT PKR
BUKAN PARTI
LIBERAL
AMIN
BUKAN PARTI
MELAYU
AMIN
NASIONALIS BUKAN
SOSIALIS BUKAN
KAH KAH KAH
SEKULAR BUKAN
ISLAM PUN BUKAN
KAH KAH KAH
JENIS GAPO
PARTI PKR INI
JENG JENG JENG
KHALAS
HARGA AYAM MULA NAIK
Kementerian giat pantau harga ayam
KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melipatgandakan dan memperkasakan pemantauan untuk memastikan bekalan ayam mencukupi dan dijual dengan harga berpatutan khususnya di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Pemangku Menterinya Armizan Mohd Ali berkata sehubungan itu, kementerian telah menjalankan beberapa pendekatan serta-merta bagi memantau isu harga ayam susulan penamatan subsidi dan kawalan harga yang berkuat kuasa Rabu lepas.
“Langkah itu ialah meneruskan aspek pemantauan dan penguatkuasaan dengan mengguna pakai Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, selain mempertimbangkan penggunaan Akta Persaingan 2010 jika perlu. Seterusnya, kementerian akan melaksanakan mitigasi bersasar mengikut kawasan memandangkan ada tempat tertentu yang kita lihat mempunyai isu.
“Kementerian juga akan meneruskan program intervensi khususnya di kawasan yang terdapat isu penawaran harga ayam melebihi RM9.40 sekilogram yang pernah ditetapkan sebelum ini khususnya di Sabah, Sarawak dan Labuan yang sememangnya harga ayam lebih mahal dijual di kawasan berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Program Jualan Rahmah (PJR) Sabah, Sarawak dan Labuan di Klias dekat Beaufort hari ini.
Armizan berkata KPDN juga akan menambah jumlah pelaksanaan PJR di Sabah, Sarawak dan Labuan bagi bulan ini dan Disember.
“KPDN akan memastikan penawaran bekalan ayam ditambah dengan harga jualan Rahmah pada kadar diskaun antara 10 hingga 30 peratus. Pendekatan ini diambil sebagai satu daripada strategi intervensi untuk membolehkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana mendapat akses kepada bekalan jualan ayam pada harga yang berpatutan.
“Pelaksanaan pendekatan ini akan ditumpukan di kawasan-kawasan yang dilaporkan mempunyai isu penjualan harga yang agak tinggi di pasaran setempat. Pendekatan ini juga adalah sejajar dengan usaha untuk menangani sebarang isu berbangkit berkaitan kadar harga ayam,” katanya.
Beliau berkata penetapan harga kawalan sementara ayam super sebelum 1 Nov 2023 bagi negeri Sabah melibatkan dua harga iaitu RM12/kg bagi Pantai Barat dan RM12.30/kg di Pantai Timur.
“Di Sarawak, penetapan harga kawalan sementara ayam super sebelum ini adalah berbeza mengikut zon dengan kadar antara RM10.80/kg hingga RM13.90/kg. Sementara itu, harga kawalan ayam super bagi Labuan ialah RM12.30/kg.
“Dengan penamatan langkah penetapan harga kawalan sementara, KPDN telah melaksanakan pemantauan harian di pelbagai premis di seluruh negara. Bagi Sabah, hasil pemantauan mendapati harga ayam super di pasaran adalah antara RM11.49/kg hingga RM13.90/kg.
“Di Sarawak pula harganya dalam lingkungan RM8.90/kg hingga RM18.90/kg, manakala di Labuan antara RM9/kg hingga RM13.90/kg,” katanya. – Bernama, 5 November, 2023.
HARGA AYAM
DI SABAH
DI SARAWAK
MULA NAIK
AMIN
DI PASAR
CHOW KIT
KELMARIN MASIH
9 RM SEKILO
AMIN
Langgan:
Catatan (Atom)



