Isnin, 15 September 2008

PEMECAH BERITA !! 40 RIBU DI KELANA JAYA

Seramai 40 ribu warga Kuala Lumpur telah membanjiri Stadium Kelana Jaya.

Mereka datang untuk menyambut hari MERDEKA MALAYSIA - 16 September.

Warga - tua muda dan kanak-kanak telah hadir. Minah cun, Mak cik bergetah, Pak cik berketayap, berkain tudung labuh, berscaft kepala, bertali leher, berdasi dan berjaket, baju batik dan baju t, jean biru, jean koyak - semua hadir.

Tempat letak telah muntah dengan kereta. Mat Rempit bertaburan.

Inilah kali pertama rakyat menyambut semangat MALAYSIA MERDEKA!

7 ulasan:

Stormbringer berkata...

ghugi la den tak dapek besamo samo dongan member2 lain bagi menyatakan sokongan.

tapi bang isham... kalau dah bahaso melayu sumo eh, macam mano anak anak kito nak masok pasaran global kalau tak ghoti cakap omputeh.

abang isham sendighi bahaso omputeh beghasap...

camano tu?

Tanpa Nama berkata...

selamat hari lahir utk aku gak! yeah~ xsabar nak dpt malaysia baru..
Verdammt ISA! Scheisskerl alle Leute, die in UMNO sind.

Tanpa Nama berkata...

salam dan sokongan dari jauh..kalau fulus baik dah tentu join sekali,..kah..kah..kah

Unknown berkata...

Stormbringer,

Kena belajar dengan negara Scandinavia dan juga Belanda. Bahasa ibunda mereka dimertabatkan dalam masa yang sama BI mereka berabuk.

Budak-budak kita belajar 11 tahun tak reti-reti, mana silapnya?? Melayu hancur, BI pun hancur yang ada bahasa rojak macam Menteri UMNO.

Tanpa Nama berkata...

betul kata kutucyber..

gua kat sweden nie,diaorang lebih
pentingkan bahasa svenska tapi
english pun diaorg hebat..itula namanya memartabatkan bahasa sendiri..kalo bukan
kita sapa lagi nak buat???

Tanpa Nama berkata...

40 ribu?? Uhhh, Utusan Melayau cakap 10 ribu je.. Pusing jauh sangat tu..

Tanpa Nama berkata...

Nak kuasai bahasa Inggeris tak semestinya melalui subjek sains & matematik. Sebaliknya sistem pembelajaran bagi subjek bahasa Inggeris itu perlu diperbaiki dan diperkemaskan. Baru la mantap..

Anak-anak Malaysia Baru bakal menguasai Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris dgn sebaiknya.
Insya-Allah..

Salam Reformasi..