Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 22 Julai 2009

JANGAN LUPA 1 OGOS NANTI



DEMO ANTI ISA SETIAKAWN UNTUK TEOH
- malaysiakini

Penentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh berkumpul di tiga lokasi sebelum berarak ke Istana Negara dalam demonstrasi besar-besaran untuk menyerahkan memorandum, 1 Ogos ini.

Tiga lokasi yang menjadi pusat perhimpunan anti-kerajaan dipilih: kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan KL Sentral, kata ketua Pemuda PAS yang terlibat dalam Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang menganjurkan perhimpunan itu.

Nasrudin Hasan juga berkata perhimpunan itu boleh dijadikan pentas untuk menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock - setiausaha exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah - yang ditemui mati dalam tanda tanya dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khamis lalu.


ISA PENYELAMAT PEMIMPIN PEMERINTAH BUKAN KESELAMATAN NEGARA
– harakah daily

ALOR SETAR, 21 Julai (Hrkh) -Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada masa ini bukan lagi undang-undang keselamatan negara sebaliknya menjadi undang-undang keselamatan kepada tokoh dan pemimpin parti yang memerintah.

Demikian ditegaskan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang baru-baru ini berhubung akta 'tanpa bicara' yang telah mendapat bantahan seluruh masyarakat sekaligus menggesa kerajaan memanmsuhkannya serta-merta.

Katanya, ISA adalah undang-undang zaman penjajah sedangkan negara ini memerlukan satu undang-undang yang merdeka tanpa mengongkong rakyat sebaliknya bertujuan untuk menjaga keamanan dan keselamatan.



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kepada semua PR, jgn lupa ikat kepala sambil bawa lilin kiri kanan tangan kalau boleh kaki sekali.

cicitHJHASSANu berkata...

TENTANG HABIS-HABISAN PENGUASA DURJANA...
STANDBY TELO-TELO BUSUK,DGN TELO-TELO MADEY SKALI..

LeeSlimShady berkata...

Tapi Kita akan Bertembung Perwaris