Jumaat, 6 Mei 2016

HUSAM MUSA





BULAN REJAB & MASA DEPAN PERJUANGAN SAYA

Di pagi Juma'at yang agung dan mulia, di akhir bulan Rejab yang mengandung pelbagai rahsia Ilahi, se hari selepas peristiwa Isra' dan Mi'raj yang penuh dengan pelajaran bagi orang Islam dan pejuangnya yang telah dijalani oleh Nabi berakhlak mulia - hati saya tengah pilu merenung peristiwa kehilangan heli di Sarawak - ketika tiba-tiba telefon saya tak putus-putus berdering.

Menerusi whatssap dan sms, saya dikhabarkan oleh sumber-sumber tidak rasmi, saya telah dipecat dari Pas pada hari ini.

Tanpa saya sedari, air mata saya menitis. Sebak bercampur pilu.

Di tahun 1982, saya menyertai Pas dan seperti kebanyakan anak muda mana jua - dulu dan kini - mereka serahkan se penuhnya jiwa raga pada apa yg mereka fikirkan sebuah perjuangan suci - membawa obor Islam menerangi kehidupan - termasuk bernegara. 

Islam yang komprehensif atau syumul, termasuk hak untuk menegur, mengkritik dan bersuara kepada para pemimpin selagi mana teguran itu adalah berasaskan kebenaran dan kejujuran. Seperti bebasnya Saiyidina Abu Bakar, Umar dan pemimpin agung Islam yang lain ditegur dan dimuhasabah, hatta oleh rakyat kerdil sekali pun.

Semak dan imbang seperti janji Pas dalam PRN Sarawak sekarang.

Namun, saya hanya insan kerdil.

Jika Nabi yang agung pun dilanda sejuta penderitaan dan itu lah latar untuk baginda dihiburkan dgn di Mi'rajkan menemui Kekasihnya di Sidratul Muntaha - usah lah engkau terlalu bergundah hati.

Mungkin ada hikmah yg sedang menanti.

Apa yang telah berlalu, moga kekal dalam simpanan Ilahi dan tidak perlu diungkit lagi.

Kepiluan yang engkau jalani, sangat kecil berbanding pejuang lain.

Kepada kawan dan teman serta rakan media, suka saya nyatakan di sini, saya hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas saya mendapat pemakluman rasmi mengenai tindakan yang diambil ke atas saya.

Sehingga waktu ini, saya belum menerima pemakluman rasmi mengenainya. 

Untuk itu, saya tetap akan hadhir pada mesyuarat agung Pas Kawasan Kubang Kerian yang dijadualkan esok.

Semoga Sya'ban dan Ramadhan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kejayaan perjuangan kita dan idealisme Islam yang didokong selama ini.

Moga Allah sentiasa membimbing kita semua.

Sekian. Terima kasih.

Husam Musa
Jumaat
28 Rejab 1437
6 Mei 2016









----------

4 ulasan:

giorgio berkata...

I love this guy, probably got some few good lesson from his Guru, unfortunately PAS today is going different direction, PAS Trengganu should have siezed the opportunity, in politics we talk about Gentlemen, then Kak Ros is still virgin, too bad , nice guy, guy seeking truth will always be the expense, wishful to see Kelantanis wake up...but I doubt so, people used to say, Melayu always lupa, beri secupak besok kita rakan sepejuangan. My hero Musa, GOD BLESS YOU...take care...sure you will find your light in front.

Tanpa Nama berkata...

tenang tenang saja OK

Husam ini budak LURUS BENDUL

orang takut SEKSA KUBOR ini hidup murah rezeki

Husam muka pun bersih ber seri

hidup aman lebih baik dari KAYA BERGAYA MUKA JERANGKONG

rakyat tengok muka pun tahu mana LAHANAT , mana AMANAT , dan siapa PUNAT

tenang tenang saja HUSAM

kita mungkin SEBAYA

yakin lah ada lebih besar TANGGUNG JAWAB dan REZEKI tuk Husam menanti

mana nak sama orang orang mulia dengan orang orang JERANGKONG

OH MY LOL , ketawa agak nya ANWAR IBRAHIM baca komen ini......

Tanpa Nama berkata...

YB Husam kena pecat! ye ye
YB Husam kena pecat! ye ye
YB Husam kena pecat! ye ye

itulah ikon TGNA terakhir dlm pas. nampaknya, pas skrg begitu musuh dgn TGNA. semua projek arwah disabotaj dilenyapkan.

ada anak tp khianat pd bapa.

kalau dulu, skit2 'ana dah bincang dgn ayahanda. takkan kes rompak balak sampai NASA pun komen, dibincang dgn ayahanda?

Tanpa Nama berkata...

Welcome aboard brother Husam. Lets fight together till the end.